Sunburn - musuh ketat kulit

3:54 PM

Assalamualaikum wbt..
Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau atau berlebihdan di mana badan kita tak dapat lagi membantu untuk mengawal pigmen pelindung kulit iaitu melanin. Cahaya matahari memancarkan cahaya yang membahayakan dengan gelombang yang tertentu seperti sinaran ultra violet (UV) terutamanya pada sekitar jam 10 pagi sehingga 5 petang.

Image result for sunburn

Awak tau, dengan menggunakan sumber bahan alami yang berada di keliling kita, boleh merawat sunburn. Antaranya adalah :


Related image🔍Mayonis - selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, awak sapu sikit mayonis pada kulit dan ianya akan memberi kesan kelegaan. Mayonis juga dikatakan mengandungi cuka yang membantu untuk mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan di dalam suhu yang sejuk bila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit kita.


Image result for watermelon🔍Tembikai - Kalu nak tahu, buah tembikai yang kita selalu makan tue boleh menyejukkan kulit yang terbakar akibat sinar matahari. Caranya adalah hiris nipis tembikai, lepas tue, tekan isi tembikai tue selama 20 mint pada wajah yang dah dibersihkan, kemudian bilas dengan air bersih. Tembikai mempunyai kandungan zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari. 


Related image🔍Daun lidah buaya - Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Awak ambik lendir daun lidah buaya nie kemudian sapukan pada kulit wajah awak sambil urut dengan perlahan. Cuba amalkan setiap hari, pasti awak akan nampak kesannya yang memuaskan.


Image result for cucumber masker🔍Masker timun & susu tepung - Cara nak buat masker timun nie senang jea...Ambil beberapa biji timun kecil, kisar sehingga hancur. Seterusnya awak campurkan dengan 2 sudu susu tepung. Kacau campuran ini sehingga likat.. Bila dah likat, sapukan campuran ini ke kulit wajah dengan rata dan awak jadikan ianya seperti memakai masker. Khasiat timun dan susu tepung nie dipercayai mampu menyejukkan kulit yang terbakar.


Image result for tomato🔍Tomato - Cuci bersih tomato yang hendak digunakan, kemudian tomato tue dibelah dua. Awak gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ianya kering seketika kat wajah. Selepas 10 minit, cuci wajah awak dengan air yang bersih. Tomato nie dikatakan mempunyai agen penyejukkan sendiri.

Itu adalah cara rawatan sunburn dengan menggunakan sumber bahan alami. Ada cara tak nak elak daripada terkena sunburn..? Sebenarnya ada.. Saya nak kongsikan 6 cara yang mudah untuk mengelakkan kulit kita dari terkena sunburn.. So, apakah cara-caranya..?

1) Gunakan krim ataupun losyen yang mempunyai formula penghadang matahari sekurang-kurangnya UV25 - UV50 untuk perlindungan yang maksimum.

2) Jika awak sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan membuatkan kulit kita menjadi lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.

3) Penggunaan pakaian daripada kain woven adalah yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar dan cuba elakkan memakai pakaian yang berwarna gelap.

4) Jika awak berasa terlalu panas contohnya semasa berjalan-jalan di tepi pantai, awak perlu memakai topi ataupun payung. 

5) Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah katarak.

6) Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit.

Dan itulah cara camne nak elakkan daripada terkena sunburn.. 

You Might Also Like

15 lovely notes

  1. wow,,, dgn tembikar pun leh buat maker....

    ReplyDelete
  2. Pernah juga kena, pedih je kulit rasa..

    ReplyDelete
  3. Wah petua yg bagus ni shikin. Boleh amalkan.

    ReplyDelete
  4. good sharing.boleh amalkan tips kak shikin bagi ni..nak makin cantik

    ReplyDelete
  5. kalau gee pakai tembikai tak sempat guna kat muka rasanya. Habis makan di anak-anak tembikai tu..hahaha...btw good sharing!

    ReplyDelete
  6. wahhh!! petua yang bagus ni. tpi sekarang jarang kena sunburn sbb selalu duduk dalam rumah

    ReplyDelete
  7. aira tak keluar rumah sangat, jarang kena. hehe

    ReplyDelete
  8. uish mayonis pun boleh rawat sunburn hahaha sha selalu tengahari tak kluar

    ReplyDelete
  9. Petua yang ohsem.. Tembikai dan aloe tu memang best..

    ReplyDelete
  10. mrs pip kalau sunburn, guna putih telur saja..

    ReplyDelete
  11. Pendek kata mencegah lebih baik dari mgubati kan. Skrg ni xke pantai pun bole juga kena sunburn.. cuaca skrg lain mcm panas bbanding dulu huhu

    ReplyDelete
  12. pernah dulu sunburn yang teruk akibat main air di gambang water park.. lambat sgt nak pulih balik.. tak tahu pulak ada cara camni.. gut sharing shikin..

    ReplyDelete
  13. aida... and now menurun kat anak-anak dara... kulit memang mudah sunburn!
    memang elergic btol dgn cahaya matahari.
    aduhai! now aida sedang mencuba satu skincare.
    try my hard utk pulihkan kulit, moreover dah nak masok 40-an, shikin. hu hu hu :(

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators