Alhamdulillah, akhirnya dah ada group #BloggerPantaiTimur

Wednesday, September 13, 2017

http://starlavenderluna.blogspot.my


Assalamualaikum wbt...
Masa dok belek2 laman 'muka buku' pada 10hb yang lalu, saya ada ternampak satu post daripada blogger Sis Hawa, katanya nak kumpulkan dan wujudkan group Blogger Pantai Timur... Lepas tue, keluarlah entri beliau kat dalam blog beliau sendiri mengenai group nie, awak boleh baca 👉 KAT SINI ðŸ‘ˆ ... Akhirnya pada hari nie jam 11.25 pagi, saya dengan rasminya menjadi salah sorang ahli #BloggerPantaiTimur, hihihi..

Group ini ditubuhkan bagi mengumpul blogger-blogger seluruh Malaysia yang berasal ataupun menetap di Pantai Timur Semenanjung iaitu daripada Kelantan, Terengganu dan Pahang.. Walaupun baru ditubuhkan pada dua hari yang lalu, sambutannya dikatakan menggalakkan dan setakat hari nie ada 18 ahli yang berdaftar (termasuklah saya)... Jom kenali mereka ini..


Apapun, saya nak ucap terima kasih pada Sis Hawa dan Sis Gee yang menjadi pencetus dan admin utama bagi group ini.. Semoga ikatan ukhuwah antara sesama blogger dapat dieratkan lagi dengan adanya group ini...

Nak tengok logo kami : 

Inilah logo yang dihasilkan oleh Sis Hawa.. Oh ya! Sis Hawa nie ada mengambil tempahan untuk mengedit blog, header dan watermark.. So pada sesiapa yang nak tukar design blog dia, bolehlah hubungi Sis Hawa, okey.. Awak tau, ada maksud tau di sebalik logo yang dihasilkan.. 
http://starlavenderluna.blogspot.myPermainan warna hitam, merah dan putih adalah merupakan warna bendera daripada negeri Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bulan dan bintang tue pulak dibuat bagi mewakili kaum dan agama utama ahli group dan ia jugak bermaksud sikap kami yang akan sentiasa mencuba untuk bersinar bersama-sama.. Pastu yang kilat tue dihasilkan untuk memberi peringatan supaya kami sentiasa bersatu dalam apa jua keadaan tak kira masa senang atau masa susah.. 

Camne nak join..? Awak emelkan saja butiran peribadi awak pada Sis Hawa, Insha Allah nanti dia boleh masukkan nama awak di dalam group nie.. 



10 comments

  1. bestnya ..ccl dari utaqa tak leh laa join group ni ,,sedihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi CCL selalu ada dalam bloglist saya kan.. Jangan sedih2 tau..

      Delete
  2. Cantik header baru..best kan join group blogger pantai timur ni..

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnyaa .. sy pun ada juga.. Group Sabahan Bloggers hehe ~~

    ReplyDelete
  4. Bestnya dah ada group, nak join jugak...

    ReplyDelete
  5. Syok jumpa geng pantai timur kan.. Saya merantau kedah join geng pantai timur

    ReplyDelete
  6. wah bestnya dah ada group. geng utara bila lagi hehe

    ReplyDelete
  7. wah. pantai timur plak :) ha ha ha...
    moga jgn la tinggalkan blogger yg bukan dlm grup ye.
    ha ha ha ha skang aida perasan kalau ada grup, semua berkisar dlm grup aje.
    yg aida perasan la :) hi hi hi
    sebab tu aida mcm da tak brape minat join grup blogger. jadik asobiyah.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧