Showing posts with label Blog & Walk. Show all posts
Showing posts with label Blog & Walk. Show all posts
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana akhirnya jurnal ini dapat capai 1 juta pageviews.. hihihi
Walaupun orang lain dah lama capai pageviews yang berjuta-juta dan saya masih merangkak lagi, tapi syukur pada Allah.. Terima kasih tak terhingga kepada awak semua kerana sudi baca jurnal ini walaupun saya tak update hari-hari...
Tanpa awak semua, siapalah saya yang cuma orang biasa-biasa jea...
Oleh kerana itu, saya nak umumkan berita baik untuk awak semua...
UNTUK TOP COMMENTATOR PADA BULAN OGOS NANTI, SAYA AKAN BAGI HADIAH MISTERI KEPADA KESEMUA 10 ORANG TOP COMMENTATOR YANG BERADA DALAM CARTA BULANAN SAYA...
Sebab utama adalah kerana saya nak bagi penghargaan kepada awak yang tak jemu-jemu baca jurnal saya dan sebab yang kedua adalah bulan Ogos jugak adalah merupakan bulan kelahiran saya..
So, pada sesiapa yang nak hadiah misteri daripada saya, awak boleh komen sebanyak yang mungkin untuk berada dalam carta bulanan saya... Ingat, carta bulanan ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada berapa banyak komen yang awak lakukan... So, anything can be happen and might be you will be win this mystery gift from me... Jadi awak boleh lakukannya sekarang hingga waktu saya umumkan nama-nama yang bertuah ini..
Terima kasih saya ucapkan pada awak semua...
Assalamualaikum wbt..
Dah lama rasanya saya tak tukar baju jurnal nie.. Kali nie saya tak godek-godek coding, tapi saya mintak bantuan daripada rakan saya Alien Oren untuk membantu saya dalam penukaran baju.. hihihi.. Okey tak..? Mula-mula nak pakai colour ungu memandangkan saya peminat colour lavender, tapi bila fikir-fikir balik, colour hijau menjadi pilihan..
Saya memilih colour blueish turqouise iaitu colour hijau pastel..
Untuk header pulak, saya masih lagi memilih gambar typewriter dan buku jurnal sebagai tema header jurnal saya...
Pada sesiapa yang nak guna khidmat Alien Oren bolehlah hubungi beliau untuk penukaran baju blog awak... Dia boleh buatkan header blog yang cantik dan cute.. Yang paling menariknya adalah, awak boleh pilih design yang awak inginkan, harga pun berpatutan jugak..
Oh ya..!! Sekarang nie AO sedang mengadakan contest yang menarik..
Semoga AO dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, terima kasih kerana tolong design kan jurnal akak..
Tersenarai dalam 55 Best Blogs You Need To Follow in 2021 by Farhana Jafri
Friday, February 12, 2021
Assalamualaikum wbt..
Semalam masa saya check in kat facebook, saya terbaca satu posting daripada rakan blogger yang memang kami dah kenal lama, mungkin ada di antara awak dah mengenali kelibat, beliau.. Namanya Farhana Jafri...
Kat posting wall dia, dia cakap dia dah siapkan satu data untuk masuk list untuk entri terbaru kat blog dia...
Tajuknya adalah .....
So, tadi saya berkesempatanlah singgah ke entri dia dan tak disangka-sangka, nama saya turut tersenarai dalam listing tue...
Sebenarnya saya tak sangka yang nama saya tersenarai, maklumlah nama saya tak segah seperti orang lain, niche jurnal saya pun tunggang langgang, hihihi.. Sebab saya cuma jadikan jurnal saya nie sebagai suka-suka saja, bagi sesetengah blogger yang lain, inilah lubuk rezeki mereka, melalui penulisan review dan buat job sebagai ghost writer, ambil upah untuk design blog dan sebagainya...
Apapun saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Farhana kerana sudi mencalonkan nama akak di dalam listing awak.. hihi cuma ada sedikit kesilapan fakta kat situ.. Adoiii, nasib baiklah akak tak kena luku kepala dek hubby akak.. Firstly, akak bukanlah isteri kepada abang bomba, sebaliknya akak bekerja di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, sebagai pembantu pustakawan di situ.. Secondly, akak menetap di Salak Tinggi, Sepang dan bekerja di Putrajaya, bukannya akak menetap di Perak.. Perak tue sebenarnya negeri kelahiran hubby akak dan akak pun berasal daripada Terengganu... hihihi tue jealah pembetulan fakta.. Tapi nasib baik awak dah edit semula.. hihihi
Kalau awak nak blogwalking ke blog yang best untuk tahun nie, bolehlah singgah ke entri Farhana Jafri, and jangan lupa untuk follow Farhana sekali..
Sebabnya blog Farhana nie penuh dengan review filem dan drama dari dalam dan luar negara, so memang sesuai sangat bagi orang yang suka menonton filem dan drama.. Saya pun selalu singgah ke blog Farhana untuk mengetahui filem yang terbaru..
So, jemputlah singgah ke sini...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, domain untuk jurnal saya telah di renew untuk tempoh setahun, mula-mula ingat nak renew untuk dua tahun tapi disebabkan saya nak balik kampung pada pertengahan bulan Mei nie bersempena dengan bulan Ramadhan, jadi terpaksa untuk buat renew setahun dulu..
Takpe, Insha Allah jika ada rezeki lebih saya akan buat renew untuk dua tahun ke tiga tahun ke..
Saya pakai khidmat NetKL untuk domain ini.. Sebenarnya, ianya adalah hadiah GA yang pernah saya menangi dulu, BACA SINI dan hingga kini saya masih pakai khidmat NetKL, kerana yuran tahunan pun agak murah jugak.. Sebelum ini saya ingatkan yang yuran untuk tukarkan domain nama agak mahal tapi domain daripada NetKL memang murah sangat-sangat, dan servis dia pun tip top..
Contohnya, macam saya sendiri, kalu ikutkan domain saya akan expire pada 11 Mei nie, dah diorang dah beberapa kali buat soft reminder kat emel untuk saya buat renew.. Memandangkan kesihatan saya untuk beberapa hari nie agak kurang memuaskan, saya tak dapat nak buat renew.. So hari nie barulah ada kekuatan dalam diri untuk lakukannya.. Dalam pukul 6.20pm tadi, saya buat pembayaran melalui perbankan online dan kemudian saya ikut langkah yang seterusnya, langkah yang diberikan memang ada disebutkan dalam emel reminder, camne nak buat pembayaran dan seterusnya.. Kemudian dalam beberapa minit saja, saya mendapat emel yang pembayaran telah diterima dan domain saya telah direnew.. Wah, memang cepat betul servis mereka, tak heranlah ada ramai blogger yang ambik khidmat mereka nie..
Jadi, pada awak yang nak rasa tukar daripada blogspot ke domain, saya memang rekomen kan NetKL nie, jika tak tahu cara nak pasangnya, awak boleh mintak bantuan daripada technician untuk untuk pasang domain..
Assalamualaikum wbt..
Bila rasa bosan, mulalah nak cari kerja lain.. aduhhh... kerja apa yea..? Hihi janganlah terkejut pulak yea, saya bukanlah nak cari kerja lain ataupun tukar bidang.. Saya masih lagi berkhidmat untuk masyarakat cuma bila buat rutin yang sama, ada masanya timbul rasa kebosanan, sebab rutin sama jea kan.. So, nak hilangkan rasa bosan dalam diri, tergodek-godeklah template blog yang baru dan inilah hasilnya...
Hihihi.. okey ke..? Camne boleh dapat idea nama-nama tue..? Jawapannya saya pun tak tahu, mungkin terpengaruh dengan kucing saya tak, Chibiusa... hihihi
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Dah lama rasanya tak godek-godek jurnal nie, dalam fikiran dah terbayang nak tukar baju tapi kesihatan tak begitu mengizinkan lagi untuk mencari idea.. Tapi idea nak letakkan label pada jurnal nie memang meluap-luap..
Saya lupa nak screenshot gambar sebelum sebab semuanya tak dirancang.. hihihi so gambar selepas aje la yang dapat diberi..
Pada awak yang perasan pada widget menu tue, sebelum nie saya buatkan label dan akan menjadi sub-menu.. Tapi hanya menu (bloglist saja) yang menjadi sub-menu.. Untuk label yang lain, saya buatkan page baru yang diberi nama 'My Bookmarks' dan awak boleh baca tentang apa saja entri seperti review sahabat blogger pilihan dan sebagainya..
So, okey tak..? hihi
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Bila kebosanan melanda, mulalah datang idea gila-gila untuk tukar header.. Kalau orang lain suka tukar theme dalam jurnal atau blog masing-masing, saya pulak memang suka tukar header.. Asal tak kena pada mata jea, mulalah tangan nie gatal-gatal mencari idea baru untuk buat header..
Hihihihi.. orang kata evolusi akan berlaku dan itulah yang terjadi sekarang.. Daripada mula-mula sebelum bertukar kepada dotcom, saya memang suka tukar header.. Satu lagi, buku dan saya memang tak dapat dipisahkan walaupun saya kurang buat review buku seperti Kak Shahida ataupun Fatina Mudz tapi saya sampaikan info yang mungkin ada yang tak tahu mengenai, so melalui buku ataupun majalah ataupun sumber-sumber lain jugak saya cari.. hihi..
Inilah evolusi header saya...
Harap-harap header baru nie kekal la kedudukannya kat jurnal nie..
Assalamualaikum wbt..
Hihihi awak jangan pening-pening tau... Ingat lagi yang saya kata nak tukar header kat bawah nie...
So, saya pakai yang nie... Okey ke..?
Atau ini..?
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kini jurnal saya telah bertukar kepada dotcom.. Terima kasih pada Sis Hawa kerana menolong saya untuk setup domain ini..
FROM http://starlavenderluna.blogspot.com
TO https://www.shikinrazali.com
Rezeki saya bermula di SINI.. Alhamdulillah.. Dan untuk sementara, saya pakai header yang ini.. Insha Allah nanti saya akan buat header yang baru..
Hurm... okey ke..?
Assalamualaikum wbt..
Kalau awak mengikut perkembangan jurnal ini, tentu awak masih ingat yang ada satu entri khas yang saya buat untuk awak semua... Okey, memandangkan entri khas 'Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna' mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada segi sokongan dan pembacaan, saya akan tambah lagi slot ini dengan logo yang diberi nafas baru..
![]() |
| 'Logo yang digunapakai hingga ke hari ini...' |
![]() |
| 'Inilah logo yang diberi nafas baru.. ' |
PENGUMUMAN : Bermula pada 1 Mei 2018, saya akan keluarkan entri khas ini iaitu 'Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna' pada setiap hari Selasa, jika sebelum ini entri nie dikeluarkan pada setiap 2 minggu sekali..
Okey tak..?
Assalamualaikum wbt...
Saya rasa ada yang dah perasan tentang header jurnal saya dah bertukar, kan.. Tetiba rasa macam nak tukar, jadi saya buat yang baru.. Sebenarnya, saya dapat satu lagi review dari rakan blogger, tapi masih dalam draf lagi, nanti saya akan publish kan.. Dalam review tue berkata saya perlu kecik kan sikit saiz header saya..
Jadi alang-alang nak kecikkan saiz header, idea giler saya mula datang..
![]() |
| Inilah header SEBELUM transformasi perubahan.... |
![]() |
| Inilah header SELEPAS transformasi perubahan... |
![]() |
| Watermark SEBELUM transformasi.. |
![]() |
| Watermark SELEPAS transformasi.. |
Hihihi... So, am I crazy to do that..? Your thinking..?
Assalamualaikum wbt..
Tadi masa dok blogwalking kat blog sahabat saya, mata saya tertancap pada blog kak Lea Azleeya, tajuk entrinya adalah 'Tersenarai 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com' lalu saya pun klik lah link dia dan macam biasa jika ada kesempatan saya akan drop down komen pada sesebuah entri blog.. Lepas tue mata saya tertumpu pada senarai nama dan nampak nama jurnal saya tersenarai kat situ jugak..
So, saya pun klik pada blog Hasrul Hassan dan dia buat kolum khas kat menunya, '100 Blog Pilihan 2018' dan ternyata memang nama jurnal saya turut tersenarai..
Dalam senarai nie, ada di antaranya yang dah menjadi sahabat saya dan ada jugak nama-nama baru dan Insha Allah jika ada berkesempatan, saya akan cuba singgah dan drop down komen kat situ..
Saya selalu jugak jadi silent reader pada blog Hasrul Hassan nie sebab dia mempunyai banyak info dan tutorial camne nak jadikan blog sebagai satu sumber pendapatan sampingan.. Dalam blog beliau jugak banyak mempunyai tips-tips keibubapaan dan mempunyai artikel-artikel percutian yang sangat menarik..
So, pada awak yang baru nak memulakan perjalanan sebagai seorang blogger, Blog Hasrul Hassan sememangnya boleh dijadikan rujukan untuk awak..
Jom kita...

Subscribe to:
Posts (Atom)
















Social Icons