Spesis cicak 'spiderman' ditemui

Thursday, September 21, 2017

Assalamualaikum wbt..
Ada cerita pelik tapi ianya memang wujud... Tengok pada tajuk entri macam tak percaya kan... Nak tengok gambarnya..?

Related image
Sumber gambar : Google Images

Dikatakan sepasang suami isteri dari Sao Paolo, Brazil telah berjaya menemui sejenis spesis cicak yang amat unik dan warna cicak nie lebih mirip pada karakter superhero Spiderman.. Cassio Lopes dan isterinya, Alessandra berada di lokasi yang berhampiran dengan sebatang anak sungai yang dikenali penduduk tempatan, Rongai River. 

Pasangan ini bekerja dalam bidang fotografi dan mereka masa tue sedang membuat tugasan di lokasi tersebut. Masa Cassio sedang asyik mengambil gambar, dia terkejut dengan panggilan isterinya macam seolah-olah berjumpa dengan sesuatu yang pelik. Cassio pun bergegas ke tempat isterinya dan bila tiba di sebuah batu besar tebing sungai, dia terperanjat dan kagum selepas melihat sejenis spesis cicak yang amat unik sekali. Cicak nie mempunyai warna merah di bahagian dada, manakala pada bahagian lengan sehingga kaki pula berwarna biru, persis watak Spiderman. 

Image result for lizard spiderman

Tengok..! Sama kan dengan kostum Spiderman.. Kuasa Allah melebihi segala-galanya, Subhanallah..!

10 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧