T.B.S. hari lahirku

Tuesday, August 22, 2017

Assalamualaikum wbt..
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan sihat, dan semoga kita diberikan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala susah payah dalam kehidupan.. Citer nie patutnya dah lama tersiar tapi maklumlah, Cik 'M' datang singgah di hati, baru hari nie nak dikeluarkan... hihihi..

Okey, hari tue saya ada cerita dengan awak kan tentang bulan kelahiran saya.. Pada 12 Ogos 35 tahun yang lalu, lahirlah seorang puteri anak kepada Encik Razali Bin Abdul Hamed dan Puan Sharifah Hindon Binti Syed Abdull Rahman Al-Kaff dan puteri itu diberi nama Wan Nur Ashikin yang membawa maksud Cahaya Keasyikkan... 


Okey, pada 12 Ogos yang lepas jugak, hubby berkata yang dia nak masak masakan istimewa untuk isterinya yang tercinta bersempena dengan hari lahir saya.. Wow.. Dan inilah bahan-bahan yang nak dimasak.. Cuba teka...

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my


Yeaaayy.. Betul tue.. Awak nampak kan bahan yang tertulis kat situ.. Rempah arab, means dia nak masak nasi arab, antara makanan kegemaran kami berdua... Gambar seterusnya adalah proses dia memasak... Warning..! Warning..! Warning..! Ada gambar yang berunsur sensor sikit, hihihi....

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my


Opppssss...! Sensor...Sensor..! Chef pertama dalam dunia yang tak berbaju dengan alasan cuaca panas kat dapur...! 

http://starlavenderluna.blogspot.my

Dan inilah hasilnya...! Nasi Arab versi Chef Mohd Shahril Azmiza Bin Mohamed Shahimi...

http://starlavenderluna.blogspot.my


Oleh kerana hubby masak terlalu banyak dan memang kami berdua tak dapat menghabiskannya, jadi kami buat keputusan untuk ke Kampung Kemensah dan meraikan hari lahir saya di sana.. Kami pick-up nurse gigi dulu disebabkan dia baru saja pulang dari kerja, biasalah nama pun nurse gigi, jadi kena berkhidmat kepada masyarakat.. Sampai saja di sana, kami pun makan la nasi arab dari chef yang baru nak 'up'.. 

Dan dengan tak disangka-sangka, si kecik Salsabila mula nak menangis kerana menyangka yang kami akan tinggalkan dia sendirian untuk pergi berjalan-jalan.. Walhal kami memang takde planning nak ke mana-manapun tapi disebabkan Salsabila nampak kami semua bertudung, mungkin dia menyangka yang kami nak pergi keluar berjalan-jalan.. Hmm.. Memang cerdik betul budak kecik nie hinggakan dia taknak makan apabila disua makanan oleh mama dia.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my

Lastly, kami keluar jugak memandangkan budak kecik nie meraung macam kena pukul, huhuhu.. Salsabila nie seorang budak yang suka tengok pemandangan dalam kereta dan akhirnya tidur, sebab sejuk ada aircond yang nyaman... Kami ke kedai makan milik adik ipar saya yang juga ayah kepada Salsabila.. Nama kedai makan nie adalah...

http://starlavenderluna.blogspot.my

Yesss.. Kalu nak tahu yang saya dukung tue la tauke besar tau... Jangan main-main.. hihihi.. Sebaik saja hubby park kereta, dengan serta merta budak kecik yang nyenyak tidur tadi nie, terus bangun dari tidur dan muka ada senyum... 

http://starlavenderluna.blogspot.my

Memandangkan kami semua dah makan jadi kami order makanan ringan saja dan inilah makanan yang dihidangkan..

http://starlavenderluna.blogspot.my


Itu adalah hotdog bersalut dengan cheese yang dibuat khas.. Nampak sedap kan.. Kedai nie ada menyajikan banyak makanan, dan ini adalah menu-menunya..

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

Menu yang terakhir nie dinamakan peksat, saya pun belum mencubanya lagi, tapi nampak macam sedap aje, kan.. Kat mana lokasi kedai makan nie..? Kat sini..

http://starlavenderluna.blogspot.my

Kedai ini terletak di belakang hospital Ampang, so awak boleh try la makan kat sini.. Walaupun kedai nie kecil saja tapi makanan dia pun boleh tahan sedapnya, contohnya hotdog yang kami makan tue..

So inilah, kisah lalu semasa menyambut hari lahir saya.. Bukan hadiah yang didambakan tapi kasih sayang yang menjadi keutamaan... Saya sayang semua orang dan terima kasih pada sesiapa yang wish birthday saya yang lalu... Saya doakan agar kita semua diberkati oleh Allah dan dimurahkan rezeki.. 

5 comments

  1. Seronoknya hubby masakkan.. Sangat bermaknakan.. Pape pun epi besday ye shikin walaupun dah lambat wish.. hikss

    ReplyDelete
  2. Bahagianya... Alhamdulillah semoga terus kekal bersama hingga ke Jannah... Air tangan suami memang terbaik,...

    ReplyDelete
  3. Chef speciallll tu rasa mesti la special jgk kan. 😊😊

    ReplyDelete
  4. wah ..... seronok sambut birthday bila incik husband yang siapkan hidangan semuanya....

    ReplyDelete
  5. sedapppnya makanan tuuu..ikan tiga rasa tu sedapnya..kecur air liur

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧