Assalamualaikum wbt..
Okey, seperti biasa saya akan umumkan pemenang Top Commentator untuk bulan November.. Sebelum tue saya nak ucapkan bebanyak terima kasih pada awak semua kerana masih sudi untuk membaca jurnal saya walaupun saya tak dapat nak bagi komitmen yang jitu pada jurnal ini ekoran daripada kerja-kerja hakiki dan kerja-kerja sampingan saya..
Anyway, TAHNIAH diucapkan kepada 10 orang Top Commentator yang berjaya memasuki carta bulanan saya.. Selamat kembali kepada Kak Sha Mohamed dan Azhafizah MN kerana berjaya memasuki carta bulanan ini..
Oleh kerana semua yang tersenarai ini pernah menjadi pemenang, saya terpaksa membuat cabutan undi.. So, jom kita tengok video ini, siapakah yang bertuah untuk menerima hadiah kecil ini, jadi saya berlaku adil kepada semua orang..
TAHNIAH diucapkan pada nama yang disenaraikan.. Untuk pemenang bulan September dan Oktober hadiah awak akan dipos bersama dengan pemenang bulan ini.. Maaf di atas kelewatan pengeposan kerana PKPB yang membataskan pergerakan...
Seperti biasa jugak, kesemua 10 orang yang berjaya memasuki carta bulanan ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 30 November 2020...
Tahniah diucapkan..
You are the best of the best...!
Terima kasih kerana selalu support saya..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Jom join giveaway daripada Ejulz nie yang collaborate dengan Radhia...
Klik pada banner untuk join...
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 November 2020..
Best of luck...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
First entry for November...Kesibukan kerja hakiki membataskan saya untuk update jurnal nie... Ini kerana saya terlibat secara langsung dengan konsep BDR (bekerja dari rumah) dek PKPB yang dilaksanakan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur..
Bukan duduk saja kat rumah tau, ada task yang perlu disiapkan..
Task nya adalah saya kena buat 6 buah scrapbook keratan akhbar dan ini bermakna ada 6 tajuk yang perlu saya siapkan...
Tajuk yang saya pilih adalah :
- Rasuah di dalam kalangan rakyat Malaysia
- Pencemaran sungai di Malaysia
- Bencana alam peringkat global
- Penipuan online (scammer) / Macau scam
- Tempat percutian menarik di Malaysia
- Pendidikan kesihatan awam
Okey tak tajuk nie..? Apapun doakan saya siapkan task nie pada waktu yang telah ditetapkan kerana semua scrapbook ini perlu dihantar kepada ketua unit saya pada minggu depan..
😨and banyak lagi yang belum siap... huhuhu
Apapun, saya akan cuba untuk update jurnal ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)



Social Icons