Assalamualaikum wbt.
Antara 26 hingga 29 Mei 2025 yang lalu, kami di Unit Pengurusan Pusat Sumber Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjadi lebih meriah daripada hari biasa! 💥Kami telah menganjurkan satu acara program tahunan iaitu Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2025, yang penuh dengan aktiviti santai, berilmiah, dan paling penting — menyeronokkan! 😄
📍 Lokasi: Perpustakaan, Aras G, Ibu Pejabat JBPM
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program nie adalah :
📅 26 – 29 Mei 2025
📖 Teka Muka Surat Buku & Teka Berat Buku
Siapa sangka teka berat buku pun boleh jadi aktiviti yang penuh debaran! Ramai yang mencuba nasib dan yang paling hampir jawapannya akan mendapat hadiah!
📅 27 Mei 2025
💻 Kursus Pengurusan Sistem Perpustakaan (Libarika)
Sesi perkongsian ilmu untuk mantapkan cara pengurusan bahan bacaan secara digital.
📅 28 Mei 2025
📚 Jom Baca Bersama 10 Minit – satu detik untuk berhenti sejenak bagi sama-sama tenggelam dalam dunia buku.
🧠 Kuiz Atas Talian (Kahoot Games) – siapa cepat dia menang!
🎲 Permainan Bingo & 🎁 Cabutan Bertuah – hadiah-hadiah yang besar menanti yang bertuah.
📅 29 Mei 2025
📚 Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (WTCKL)
Jalan-jalan cari buku, tambah koleksi bacaan dan jumpa penulis kegemaran secara langsung!
🎥 Nak tengok sendiri kemeriahannya?
Kami ada sediakan video sorotan sepanjang program nie :
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga semangat membaca terus membara dalam jiwa Keluarga Bomba! ❤️🔥📖 Inilah aktiviti library yang telah berlangsung pada bulan lalu. Insha Allah ada lagi program library yang akan kami jalankan kelak.. Yang penting, hadiah untuk pemenang program telah disediakan..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
lama tak buat Vlog...dulu masa berkecimpung dalam dunia youtube memang kerap juga buat Vlog..mula mula segan lama lama nampak OK
ReplyDeleteSukses dangan program acara membaca keluarganya, Mbak.
ReplyDeleteSemoga program yang bagus ini terus berlangsung setiap tahun.
Salam,
bolehlah nanti tgk dekat youtube...
ReplyDelete