Assalamualaikum wbt...
Allahu Akbar, betapa besar kurniaan-Mu Ya Allah. Dalam tidak disangka, Engkau hadirkan rezeki dan kemudahan yang tak ternilai…
Awak masih ingat dengan cerita saya pada bulan Januari lepas..?
BACA SINI ⇨ TAHUN BARU, CERITA BARU
Hingga kini, masih terasa tak percaya TAPI itulah yang membuktikan yang Allah Maha Mendengar setiap doa hamba-Nya...
Beg pakaian yang hilang dan barang-barang berharga saya kini dijumpai semula... Alhamdulillah Ya Allah...
Camne boleh dijumpai semula..?
Kisahnya begini... Pada hari Ahad yang lepas saya sedang berbual dengan ummie dan adik yang bermalam satu malam di rumah.. Masa tue mereka berdua sedang bersiap-siap untuk pulang ke Hulu Langat... Lepas tue, hubby datang ke arah saya dan mengatakan yang beg pakaian yang hilang tue mungkin dah dijumpai semula.. Masa tue, hubby sedang berbalas mesej whatsapp dengan seorang wanita yang tak dikenali yang dipercayai telah menjumpai beg tersebut.. Menurut mesej, wanita tue bertanya dengan hubby adakah dia ada kehilangan beg pakaian, beg tue berwarna apa dan ada apa dalam beg tue... Bila hubby menerangkan perkara tue, wanita tue berkata yang beg tue berada di tangannya..
Masa tue, kami berdua rasa macam tak percaya tapi bila saya call dan bercakap sendiri dengan wanita yang dikenali sebagai Aina, barulah kami berdua percaya yang beg tue memang berada di tangan Aina...
Kata Aina, beg tue sebenarnya berada di dalam bas persiaran yang menuju ke Pulau Pinang dan bas tue dipandu oleh suaminya.. Masa beg tue dijumpai, rakan suaminya yang merupakan pemandu kedua bas persiaran terbabit, menyangka yang beg tue adalah kepunyaannya kerana mempunyai warna yang sama.. Tapi bila sampai di pejabat, barulah dia perasan yang beg tue bukan kepunyaannya. Jadi beg tue disimpan di dalam pejabat dan menunggu pemilik beg untuk datang menuntut.. Tapi dah berapa bulan beg tue masih tak menuntut membuatkan Aina yang juga merupakan salah sorang pekerja syarikat bas persiaran tue tergerak hati untuk mencari pemilik beg terbabit.. Jadi Aina pun membuka beg tue dan mendapati ada beberapa barang berharga seperti laptop, chromebook laptop dan beg yang mempunyai external hard disc serta pakaian harian.. Jadi dengan niat untuk mencari pemilik beg, dia pun membuka laptop tapi takde maklumat pemilik disebabkan saya baru buat pembaikan pada laptop tue. Jadi memang takde apa-apa maklumat yang saya letakkan dalam laptop tue.. Kemudian Aina pun membuka chromebook laptop untuk mencari maklumat dan dalam chromebook nie memang saya letakkan nama serta password. Dengan adanya nama saya terpapar di skrin, dia pun tergerak hati untuk mencari nama saya di facebook dan Alhamdulillah dia menjumpai nama saya.. Dengan takdir Allah SWT, kebetulan saya masih belum delete post dalam facebook saya mengenai kehilangan beg tue dan itulah cara dia menghubungi hubby saya...
Jadi lepas dengar cerita dari Aina, saya bertanya di mana keberadaan dia sekarang nie untuk kami suami isteri boleh mengambil beg tue.. Aina mengatakan yang dia berada di Kuala Kangsar tapi dia mengatakan suami dia mungkin akan ke Putrajaya dalam beberapa hari akan datang untuk menurunkan penumpang bas persiaran di Stesen Putrajaya Sentral, jadi masa tue suaminya boleh menghantar beg tersebut.. Bila dah deal, sekali lagi Aina mesej pada hubby saya, mengatakan suaminya akan ke Putrajaya dan dijangka sampai di stesen tersebut pada jam 6.00 petang pada hari tue juga.
Akhirnya pada jam 6.10 petang, kami berdua dapat berjumpa dengan suami Aina dan kini beg tue dipulangkan semula pada saya... Alhamdulillah, saya bertemu dengan orang-orang yang jujur...
Berulang kali saya panjatkan kesyukuran dan berjuta kali saya ucapkan terima kasih pada Aina dan suaminya kerana memulangkan semula beg serta barang-barang berharga.. Yang paling menggembirakan saya adalah saya dapat kembali dua external hard disc yang mengandungi kerja-kerja pejabat serta peribadi... Berkat doa ummie dan keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam penemuan beg nie dan yang PALING UTAMA, bila di saat segala usaha seakan buntu, Allah SWT telah hadirkan kebesaran-Nya. Dengan izin Allah SWT, Kun Fayakun — beg yang hilang, kini kembali dalam genggaman. Tiada yang mustahil bagi-Mu Ya Allah, apabila Engkau berkehendak… segalanya terjadi sekelip mata.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Allahuakbar dapat balik dengan cara tidak disangla.
ReplyDeleteYa Allah.
ReplyDeleteBenarlah, kalau sudah rezeki kita Allah akan permudahkan jalannya.
Alhamdulillah.. segala yang baik semuanya dari Allah swt..
ReplyDeletealhamdullilah....syukur
ReplyDelete