Bulan November yang sibuk

Thursday, November 02, 2023


Assalamualaikum wbt...
Tahun 2023 semakin melabuhkan tirai, rasa macam baru jea kita menyambut hari tahun baru tapi masa semakin lama semakin cepat berlalu.. 

Sebelum tue saya nak mohon maaf sangat pada awak kerana saya betul-betul terlupa nak announce nama-nama yang bertuah Top Commentator pada bulan Oktober lepas.. Namanya sudah ada tapi terlupa nak buat entri...hihihi

Tapi nanti saya akan combine kan senarai nama Top Commentator Bulan November nie nanti... Untuk pemenang bulan September, saya harap awak bersabar yea untuk hadiah tue, nanti saya hantarkan bersekali dengan pemenang bulan Oktober dan November...

Biasalah nak dekat akhir tahun nie, banyak kerja yang perlu diselesaikan.. Nama jea kerja kat library, tapi sebenarnya ada banyak kerja lain yang perlu buat, pastu nak kejar KPI untuk kursus tahunan... 

Harap di bulan November nie semuanya berjalan dengan lancar...

Oh ya! Jangan di lupa untuk membaca doa Qunut Nazilah untuk saudara Islam kita di Palestin.. Semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT dan orang-orang Palestin mendapat kemenangan dalam mempertahankan tanah suci Islam serta tempat kiblat pertama kita..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

8 comments

  1. semoga dipermudahkan semua urusan shikin

    ReplyDelete
  2. Dah nak hujung tahun lagi sibuk kan? Semoga yang baik-baik je untuk kak shikin.

    ReplyDelete
  3. kerja hakiki memang perlu diutamakan

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan urusan awak

    ReplyDelete
  5. Aaamiiin, jangan pernah lupa untuk mendoakan saudara2 kita di Palestina.

    Dah dekat akhir tahun terkadang memang banyaaak urusan kerja yg harus diselesaikan LBH dulu kak shikin ☺️. Semoga lancar semua urusan kakak yaa

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧