Inovasi yang luar biasa direka oleh pereka Jepun

Tuesday, August 31, 2021

Assalamualaikum wbt..
Seperti yang kita tau, teknologi daripada negara matahari terbit iaitu negara Jepun sememangnya melangkaui zaman, idea pemikiran dan teknologi yang merek miliki amat mengagumkan kita...

Tapi di sebalik kecanggihan teknologi, tak semua inovasi yang mereka bangunkan boleh dipraktiskan, sebab ada di antaranya tidak sesuai dengan persekitaran kita dan tidak logika untuk dipraktiskan.. Walaupun begitu, ada di antara rekaan mereka n ie dikatakan amat unik dan rekaan ini telah disiarkan oleh Tokyo Times...

Apakah rekaan yang unik tue...? Jom kita teroka...


'Gincu' Jem - Selalunya kita makan roti bersama dengan jem, mesti akan menggunakan sudu ataupun pisau tapi pereka ini telah mencipta sebatang 'gincu' jem. Nampak seperti kelakar tapi sepertinya praktikal jika kita bercuti ke luar negara.. Tapi jangan pulak dipakai kat bibir yea... 


Nak ambik gambar panorama secara keliling tapi takde kamera yang mempunyai keupayaan seperti yang kita nak..? Pereka ini telah mereka sbuah kamera yang dapat mengambil gambar panorama secara penuh, kiri dan kanan.. Pelik pulak kalau dapat milikinya, kan...?


Siapa yang rasa bila nak pakai eye drop, rasa macam takut-takut jea...? Haaa.. Seorang pereka nie telah menghasilkan corong khas untuk pakai eye drop kat mata, selesai masalah dah...


Bila kita penat, mesti kita rasa mengantuk, kan... Lebih-lebih lagi, bila kita nak balik ke rumah dengan menggunakan tren, rasa mengantuk seperti tak dapat ditahan-tahan kerana pergerakan tren tue sendiri.. Jangan risau.. Pereka ini telah menghasilkan idea kreatif untuk membolehkan awak tidur dalam tren.. Tapi risau pulak kalau-kalau kita tercekik... Awak rasa..? 


Pernah rasa gatal-gatal kat bahagian belakang tapi awak tak sampai untuk menggaru...? Lepas tue tak jumpa pulak penggaru, mesti rasa miang-miang kan... Nak mintak tolong kawan untuk menggaru kat belakang kita pun tak dapat nak buat sebab kita tak reti nak bagitau bahagian mana yang gatal..  Tapi awak jangan risau, pereka baju nie telah mereka sehelai t-shirt yang ada rekaan grid di bahagian belakang. Uniknya grid nie telah dilukiskan nombor dan huruf, jadi awak boleh bagitau kat kawan tue, bahagian mana yang awak rasa gatal dengan menyebut nombor dan abjad tue... Lega bila dapat digaru kan...



Rasa penat sebab terpaksa bersihkan dan menggilap kasut yang kotor akibat hujan...? Hasil rekaan pereka kasut nie mungkin boleh membantu awak, tapi terfikir jugak, agak-agaknya praktikal tak rekaan nie...? Hihihi rasa macam nak tersadung jea...


Penat nak bersihkan lantai yang kotor..? Awak ada anak kecil..? Rekaan nie dapat menyelesaikan para ibu yang kepenatan untuk bersih lantai.. Pakaikan jea baby dengan rekaan baju nie, mesti lantai awak dah bersih... Tapi macam kejam pulak kan... 


Alamak... Nak bersin tapi takde tuala..? Alamak, tandas nie takde tisu la pulak...? Jangan risau, tisu mudah alin nie dapat menyelesaikan masalah awak.. Hihi ada yang nak pakai ke..?


Selalunya kaum wanita dapat membawa payung kecil dan boleh diletakkan di dalam beg.. Tapi kaum lelaki pula, nak bawak payung kecil nie rasa macam tak praktikal pulak.. Jadi, pereka nie dah faham situasi yang sering dialami oleh kaum lelaki, jadi dia pun membuat rekaan kreatif dengan mencipta payung tali leher nie, kiranya 2 dalam 1 la.. Mudah kan...


Satu lagi inovasi untuk kaum lelaki.. Tali leher serba guna nie dapat memberi seribu manfaat kepada cik abang semua. Dengan adanya poket dalam tali leher nie, awak boleh muatkan apa saja di dalamnya, kad bank, lesen, duit malah kunci kereta pun boleh dimasukkan dalam situ.. Dah tak lupa dah benda-benda asas tue sebab suma dah ada dalam tali leher tue...


Sedap betul bila dapat makan mi atau maggie panas-panas kan.. Tapi kalu makan panas-panas, lidah mesti akan melecur... Nak tiup, rasa macam lambat pulak ditambah dengan rasa kelaparan yang amat... Tak perlu risau, kipas chopstick nie dapat membantu awak makan dengan lebih cepat lagi..Dahlah makanan akan menjadi cepat sejuk, awak pun rasa nyaman jea dengan adanya kipas tue kan.. 

Jadi camne dengan semua inovasi kreatif nie..? Ada yang boleh kita tiru tak..?


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



9 comments

  1. Orang jepun ni memang kreatif ya amat. ada je benda yang dieorang reka. tapi mostly untuk kesenangan pengguna la. :)

    ReplyDelete
  2. Hehe rasa tali leher yang letak kad itu rasa praktikal sedikit, ganti poket.

    ReplyDelete
  3. Semuanya unik! Gincu butter tu rupa macam glue stick. Kang orang ingat gam pula, letak kat kertas 😅

    ReplyDelete
  4. Mula2 tengok yang nombor 1 dan 2 tu sangat inovatiff yaa. yang lain tu dh jadi kelakar tapi power kan dorang fikir. sangat kretif. Usefull pulak tu bukan saja2 buat

    ReplyDelete
  5. Memang luar biasa sungguh la inovasi ni, nak nak yang baju baby dengan baju grid garu belakang tu hahaha

    ReplyDelete
  6. Lain macam Jepun punya Inovasi.. Kelakar pun ada..

    ReplyDelete
  7. Walaupun m m kelakar tapi semua tu mmg practical sgt

    ReplyDelete
  8. Sha rasa gincu butter tu je yang betul betul praktikal.. Yang lain tu meraban sangat.. 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  9. Haha, kreatifnya mereka! suka yang baju grid. haha. dok kena ingat koordinat pula tempat yang gatal tu.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧