10 tips elakkan alergen di rumah

Monday, June 15, 2020

Assalamualaikum wbt...
Apa maksud alergen nie? Ianya adalah merupakan bahan yang berupaya penyebab alergi atau alahan. Rumah yang kita duduki ini seharusnya sentiasa berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan seperti kegatalan kulit, kegatalan mata, bersin atau lelah. 

Lebih-lebih lagi jika kita ada anak kecil yang sensitif pada sebarang habuk dan kekotoran. Tips yang saya nak kongsi pada awak nie boleh dijadikan panduan agar diri kita dan seluruh keluarga tersayang tidak mengalami alergi di rumah..

Soft toys - Basuh soft toys yang sering dipeluk oleh anak sebulan sekali. Jika ia tak boleh dibasuh kerana terdapat bateri di dalam badan soft toys tue, bungkus ia di dalam plastik dan letakkan ke dalam peti sejuk selama 24 jam. Kaedah sebegini mampu membunuh hama yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kalau boleh, gantikan soft toys tue dengan permainan yang takde bulu dan digalakkan cuci permainan anak-anak dengan air suam yang dicampur sedikit dengan cecair pembasmi kuman.

Permaidani - Pilihlah permaidani yang mudah dicuci. Jika kita tak dapat nak menghantarnya ke dobi, pastikan permaidani dibersihkan dengan penyedut hampagas seminggu sekali. Awak juga digalakkan menggunakan penyedut hampagas yang mempunyai stim atau wap panas bagi membasmi hama.

Cadar - Cuci cadar seminggu sekali dengan air panas. Pastikan juga awak melapik tilam dengan alas tilam anti hama.

Langsir / bidai - Pastikan awak membeli langsir yang tahan lasak serta mudah dicuci tanpa risau yang langsir tue akan rosak. Jika rumah awak menggunakan bidai, pastikan awak kerap membersihkannya daripada habuk.

Perabot - Sekiranya perabot awak berasaskan fabrik, bersihkannya dengan menggunakan penyedut hampagas secara kerap. Ini kerana ia mudah memerangkap habuk dan ia tak elok untuk kesihatan terutamanya jika awak suka berbaring di situ. Begitu juga dengan throw cushion. Jika tak mahu membasuhnya, bersihkan saja dengan menggunakan penyedut hampagas.

Tab mandi / pancuran air - Setiap kali sebelum mandi, pastikan awak menyental tab mandi dan bilik mandi bagi mencegah pembiakan kulapuk. Formula mudah untuk kita amalkan adalah hari nie, kita sental mangkuk tandas, esok pula sental dinding bilik mandi, lusa pula lantai bilik mandi, dan seterusnya. Lama kelamaan formula nie akan jadi rutin kita setiap kali nak mandi. 

Tumbuhan berpasu - Jika awak seorang yang gemar meletakkan tumbuhan hidup di dalam rumah, pastikan awak menabur batu kerikil di atas tanah di dalam pasu yang mungkin mengandungi kulapuk. Dengan cara sebegini, peredaran udara di dalam rumah tidak tercemar dengan kulapuk yang mungkin berterbangan ditiup kipas angin. Setiap minggu, buang lebihan air siraman pada piring berlapik pasu. Sental sehingga bersih piring itu bagi mengelakkan nyamuk aedes  bertelur di dalamnya dan jika ada tumbuhan berair, letakkan ubat penghapus jentik-jentik.

Tong sampah - Pastikan awak membawa keluar setiap hari plastik sampah tidak kiralah ia penuh berisi ataupun tidak. Jadi ruang dapur takkan berbau busuk dek sampah yang tidak diselenggara dengan baik. Jangan sesekali biarkan sampah itu lama-lama sehingga berulat kerana situasi in boleh mendatangkan penyakit.

Peti sejuk - Sila buang kesemua makanan dan minuman yang telah luput tarikh. Bagi mengelakkan kulapuk membiak di sekitar peti sejuk,lap bahagian dalam dan luar peti sejuk dengan kain yang lembap dan keringkan. Untuk elakkan peti sejuk berbau busuk, awak boleh letakkan bungkusan arang yang dibungkus dalam uncang fabrik. Fungsi arang nie adalah untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk.

Jangan hisap rokok - Pantang sungguh jika ada yang merokok di dalam rumah. Jangan dalam rumah, merokok di luar rumah pun tetap tidak elok untuk kesihatan. Asap rokok boleh menyebabkan masalah pernafasan bukan sahaja buat perokok malah lebih memburukkan keadaan apabila yang tidak merokok menerima kesan yang lebih buruk. Jika masih ada ahli keluarga kita yang merokok, pastikan mereka merokok di luar rumah. Sediakan bekas abu rokok dan jangan sesekali membuang puntung rokok merata tempat kerana ianya amat merbahaya walaupun kecil.

Semoga ianya bermanfaat.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



6 comments

  1. info yang bermanfaat..macam Cuya sendiri,memang alergik pada habuk..kalau silap sikit pasti bersin atau gatal2...

    ReplyDelete
  2. baru tahu pasal alergen ni , tips tips yang berguna

    ReplyDelete
  3. bab merokok tu paling sakit hati ada yg merokok dalam opis.. emmm

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧