Sejarah penting yang berlaku di negara kita pada bulan November

12:18 PM

Sejarah penting yang berlaku di negara kita pada bulan November


Assalamualaikum wbt..
Okey, lama betul saya tak kongsi ilmu dan info kat awak kan.. Maafla sebab sekarang nie saya tengah sibuk dengan kerja hakiki dan EKSA.. Sesiapa yang kerja dengan sektor kerajaan pasti tau apa itu EKSA kan.. hihihi.. Okey, kalau bulan lepas ada sejarahnya tersendiri, bulan nie pun ada sejarahnya yang tersendiri yang terjadi dalam negara kita.. Jom kita baca buku sejarah.. 😄



PEMBUNUHAN J.W.W. BIRCH
2 November 1875 - Residen Inggeris, J.W.W. Birch dibunuh di Pasir Salak, Perak setalah diserang oleh empat orang pejuang Melayu iaitu Seputum, Pandak Indut, Che Gondah dan Ngah Ahmad. Birch dilantik sebagai Residen Perak pada 14 Disember 1874 berikutan termenterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.

Sebagai Residen, Birch diberikan tugas sebagai penasihat dalam semua perkara kecuali perkara yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sebagai seorang yang tidak fasih berbahasa Melayu, Birch tidak mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat setempat ditambah dengan kejahilannya mengenai adat istiadat orang Melayu, serta memandang rendah pada kebolehan Sultan dan pembesar-pembesarnya.

Dalam melaksanakan sistem pungutan dan kawalan cukai Inggeris, Birch mengisytiharkan bahawa pungutan cukai hanya boleh dijalankan oleh pemungut yang dilantik oleh Residen Inggeris. Akibat tindakannya, Birch ditentang oleh Datuk Maharaja Lela dan Sultan Perak, Sultan Abdullah. Akibatnya pada 2 November Birch diserang dan terbunuh dalam kejadian tersebut.


PERASMIAN BANGUNAN PARLIMEN
2 November 1963 - Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullai, merasmikan pembukaan bangunan Parlimen yang menjadi lambang demokrasi di Malaysia. Bangunan Parlimen yang terletak di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, berharga RM16 juta dan kerja-kerja pembinaannya bermula pada tahun 1960. Reka bentuk bangunan tersebut dibuat oleh seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya. Bangunan Parlimen dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bangunan tiga tingkat dikenali sebagai Dewan Utama, manakala bahagian kedua setinggi 18 tingkat dikenali sebagai Bahagian Menara.



PEMBUKAAN RASMI ZOO NEGARA
14 November 1963 - Zoo Negara dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sebelum penubuhan Zoo Negara secara rasmi, sebuah zoo mini diwujudkan dan diuruskan oleh The Malayan Agri-Horticultural Association (MAHA).

Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, beberapa lokasi dicadangkan untuk dijadikan Zoo Negara dan akhirnya Hulu Kelang dipilih sebagai lokasi yang paling sesuai. Dengan sumbangan RM1.25 juta daripada Kerajaan Persekutuan, 36 ekar hutan belukar ini ditukar menjadi taman zoologi. Pada awal pembukaannya, pelawat dikenakan bayaran masuk sebanyak RM0.50 bagi dewasa dan RM0.30 bagi kanak-kanak. Ketika itu hanya terdapat seekor harimau Indo-China, tiga ekor orang utan, dan enam ekor buaya muara.

Kini Zoo Negara menempatkan lebih 5446 ekor haiwan daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Lebih 85% daripada haiwan yang dilindungi diklasifikasikan sebagai Haiwan Terancam, Haiwan Bakal Pupus serta Haiwan Hampir Pupus.

*p/s: Kesemua gambar ini adalah sumber daripada Google Images

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

11 lovely notes

  1. Waa~ bagus kak kongsi sejarh macam ni. Macam Hari ini dalam sejarah pulak. ^^

    ReplyDelete
  2. bagus info..
    sepanjang usia ammi 40 tahun baru sekali je masuk Zoo Negara

    ReplyDelete
  3. Saya orang teluk intan, seingat saya pernah pergi ke perkampungan JWW Birth ni. 16 tahun lepas rasanya. Boleh lah ajak keluarga melawat semula tempat sejarah ni nanti bila ada masa.

    Tiap kali balik gombak akan nampak bangunan Parlimen ni.

    Zoo negara pun dah pernah pergi sekali je. Tahun 2010

    ReplyDelete
  4. Best baca info begini Shikin..

    ReplyDelete
  5. Kalau tak up entri ni terlupa betul kisah sejarah malaysia. huhu

    ReplyDelete
  6. Rasanya dekat 20 tahun dah tak dengar nama JWW Birch.. Terima kasih atas perkongsian. 😄

    ReplyDelete
  7. wow mama baru tau.. tq shikin for sharing

    ReplyDelete
  8. wahh perkongsian yang menarik. memperingat sejarah kan.

    jom singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  9. Oh baru tahu peristiwa yang berlaku dalam bulan november ni. Thanks for sharing kak shikin

    ReplyDelete
  10. banyak peristiwa penting dalam bulan november ni. nice info :)

    ReplyDelete
  11. pernah skali masuk ke parlimen.
    lawatan sewaktu final year dulu.
    zoo negara. done bwk anak2 few years back.
    but, kecewa. haiwan byk tak terbela. busuk.
    fee mahal tapi... ntah la.
    tempat panda berbyr asing. dibela cantik. frust!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators