Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Halimah Muhiden

2:16 AM

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna

Assalamualaikum wbt..
Hihi cerita nie patut keluar semalam tapi terlajak lagi.. Apapun saya masih tak lupakan segmen yang saya buat nie.. Insha Allah saya akan teruskan hingga hati nie benar-benar berpuas hati... 

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Halimah Muhiden

Blog Keunggulan Wanita... Nama di sebalik blog ini adalah Kak Halimah Muhiden, seorang surirumah sepenuh masa tapi dalam masa yang sama dia merupakan seorang penulis buku kanak-kanak yang berpangkalan di Dewan Bahasa Dan Pustaka, selain daripada itu dia jugak merupakan blogger separuh masa.. 

Saya kenal dengan kak Halimah nie masa kami join team BPT lagi, dan macam saya cakap sebelum nie, kami adalah antara ahli yang terawal sekali join team BPT.. Walaupun saya dah tak join team nie lagi, tapi hubungan persahabatan antara kami masih lagi ada terjalin.. Kak Halimah nie memang seorang supportive dan begitu aktif sekali dalam dunia blogging, buktinya dia selalu saja pegi mana-mana event dan ada masanya dia akan travel ke tempat-tempat percutian yang menarik.. Apa yang menarik tentang kak Halimah nie adalah dia memang seorang penulis buku kanak-kanak dan antara buku yang telah diterbitkan adalah 

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Halimah Muhiden


Antara entri yang menarik untuk dibaca :-

Cara Penjagaan Rahim Yang Perlu Kita Amalkan ;
Resipi : Buat Sendiri Minuman Jamu Untuk Kesihatan Tubuh
Cara Urut Baby ;
Peminta Sedekah Pun Manusia Juga

Dan banyak lagi entri yang menarik dalam blog beliau...


Kepada Kak Halimah, terima kasih bebanyak kerana masih lagi menjadi rakan blogger saya.. Terima kasih kerana terus memberi sokongan untuk saya teruskan dalam dunia blog ini.. Insha Allah saya berharap satu hari nanti kita akan bertemu empat mata dan semoga ikatan ukhuwah ini akan berkekalan hingga ke akhirnya.. Saya selalu baca blog akak tapi memang tak sempat nak drop down komen dalam blog akak, hihi.. maaf sangat-sangat.. Buku akak pun memang ada dalam senarai saya tapi selalu lupa nak beli... Sebab saya pun memang peminat buku kanak-kanak jugak, saja jea nak membaca.. Saya doakan agar akak teruskan berkarya dalam memberi ilmu kepada kanak-kanak kerana saya pasti ada pengajaran moral dalam penceritaan akak tue.. Saya doakan jugak akak terus sukses dalam dunia blogging  dan semoga akak sekeluarga diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh Allah.. 



Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Halimah Muhiden a.k.a. Keunggulan Wanita dan salam perkenalan pada semua.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #SahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



You Might Also Like

9 lovely notes

  1. Salam..Starlavenderluna...heee..Sorrylah kak baru terbaca entri Starlavenderluna, rasa malulah plk..terima kasih memilih blog kak utk direview. Kita biasa-biasa jer..sekarang dah jadi blogger sepenuh masa sambil job urut org bersalin...muahhh..muahh..masih ingat kat kita.

    ReplyDelete
  2. Aida biasa lepak drop komen blog halimah.
    Tapi, br tau she's one of a writer. :)

    ReplyDelete
  3. Kadang2 Ada juga singgah blog kak halimah..

    ReplyDelete
  4. Tak tahu pun yang kak Halimah ni penulis buku kanak-kanak, ingatkan blogger sepenuh masa je. Inpirasi nih haha

    p/s : saya klik google ads kak Shikin

    ReplyDelete
  5. first time tahu blog kak Halimah ni..terima kasih share kak..

    ReplyDelete
  6. First time dgar pasal Kak Halimah.. Nice sharing kak..

    ReplyDelete
  7. wahhh penulis buku kanak2! Boleh terjah ni

    ReplyDelete
  8. Wahhh blog kak Limah pun dah tersenarai kat sini. Hebatnya.. tahniah kak Limah. Kita dah jumpa dah kak Limah depan² tau hikhik

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators