Tahniah kepada YS PKPjB Sayani Binti Haji Saidon di atas pelantikan menjadi Pengarah Bomba Negeri wanita yang pertama

5:39 PM

Assalamulaikum wbt,
Untuk pertama kali dalam sejarah bomba, kini Pengarah Bomba Negeri telah dibarisi oleh wanita besi, iaitu YS PKPjB Puan Sayani Binti Haji Saidon, yang sebelum nie menyandang jawatan Timbalan Pengarah Bomba Negeri di Perak. Beliau akan memulakan tugas sebagai Pengarah Bomba Negeri di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah tak lama lagi.. 


Pengarah Bomba Negeri wanita yang pertama

Alhamdulillah, wanita pada zaman ini bergerak seiring dengan tugas lelaki, selain menjadi suri rumah yang menguruskan rumah tangga, bangga sangat-sangat.. Puan Sayani nie memang selalu singgah kat library saya, orangnya memang peramah sangat dan sangat lembut tutur katanya.. Tapi dalam kelembutan ada ketegasannya.. Selalunya bila dia singgah ke Putrajaya, pasti dia akan masuk ke library, cuma bersembang kosong jea, kadang kala dia akan bertanya kekosongan slot urut, hihihihi.. Yealah, mengalas seorang Timbalan Pengarah tambahan pulak menjadi isteri dan ibu bukan tugas yang mudah, ada masanya kita akan terasa letih dan memerlukan 'me time'.. 

Secara kebetulan dia tahu akan kebolehan saya untuk membuang angin dalam badan, dan memang itulah selalunya client saya cari.. Tapi tugas hakiki takkan dilupakan, walaupun mempunyai tanggungjawab untuk menolong orang lain, orang kata, Allah pilih saya untuk menolong orang lain dengan memberi ilmu dalam pembuangan angin melalui urutan, dan itulah yang saya lakukan, berkhidmat kerana Allah..

Walaupun saya tak menyarung uniform bomba, tapi sebagai seorang wanita, saya berasa bangga dengan pencapaian ini, yang telah membuktikan wanita boleh bergerak seiring dengan lelaki, kerana tugasan bomba yang multi-skill..  TAHNIAH DIUCAPKAN.. 

#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang #Malaysianblogger #JabatanBombaDanPenyelamatMalaysia #urutterapibuanganginbagiwanita



You Might Also Like

8 lovely notes

  1. Fuh, fuh.. bersemangat je rasa bila tengok acik bomba. :)

    ReplyDelete
  2. Wah! hakak bomba pun dah ada sekarang heheheee...

    ReplyDelete
  3. Semangat bila baca cerita macam ni. Tak terlambat lagi untuk saya pun berjaya..

    ReplyDelete
  4. Wah hebat seorang wanita :) Tahniah diucapkan

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat beliau. Moga menjadi inspirasi wanita2 di luar sana.

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat beliau.
    Moga rutin beliau dipermudahkanNYA

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators