Monday, September 03, 2018

Camne nak jadi seorang pemandu yang beretika..?

Image result for drive on the road


Assalamualaikum wbt..
Memandu kenderaan di dalam negara nie memang memerlukan kesabaran dan fokus yang tinggi dengan keadaan jalan raya yang ada kalanya teruk, ditambah pulak dengan kesesakan trafik di waktu kemuncak terutamanya.. Ada kalanya kesilapan yang kecil boleh membawa kemalangan yang besar jika kita tak berhati-hati.. 

So, camne cara kita nak jadi seorang pemandu yang beretika di jalan raya kerana kita perlu elak daripada risiko kemalangan.. Jom kita selidik..

Pandu dengan beretika - Jika kita berada di jalan raya, pilihlah lorong yang kita rasa macam okey sikit dan kekal tetap di situ.. Janganlah pulak kerap bertukar lorong atas alasan nak cepat sampai di destinasi kerana bukan ianya tak membantu langsung untuk cepat sampai, malah lebih teruk lagi, disebabkan sikap buruk kita nie, trafik bertambah sesak. Jika ada kenderaan di lorong sebelah kanan dipandu dengan laju melepasi kita, janganlah pulak kita tekan pedal minyak untuk tingkatkan kelajuan kerana nak menunjuk-nunjuk. YANG PALING PENTING, JANGAN MEMOTONG IKUT KIRI DAN LORONG KECEMASAN. Perlakuan nie amat berbahaya sekaligus dikategori kurang sopan ketika berada di lebuh raya kerana ianya amat menyalahi undang-undang jalan raya dan berbahaya kepada kenderaan yang berhenti kerana mengalami kerosakan..

Gunakan signal untuk memberi isyarat - Menggunakan lampu isyarat adalah sangat penting untuk menunjukkan ke mana arah kita supaya tak mendatangkan kejutan pada pemandu lain. Beri signal lebih awal, terutama dalam keadaan trafik yang sibuk dan elakkan beri signal secara mengejut atau suka-suka tukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang kerana ianya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. 

Guna cermin sisi sekerap mungkin - Seperti yang kita sedia maklum, cermin sisi direka untuk melihat ke belakang. Jadi gunakanlah kemudahan itu sekerap mungkin ketika memandu dan melihat titik buta (blindspot) sebelum nak memotong. Ini kerana berkemungkinan ada kenderaan di belakang kita yang sedang memotong dalam kelajuan yang tinggi. Beri laluan kepada mereka dulu, barulah teruskan pemanduan kita di lorong kanan. 

Brek dengan perlahan - Jika kita perlu membrek kenderaan, tekan brek dengan perlahan-lahan untuk bagi amaran awal kepada pemandu kenderaan di belakang kita. Sebagai anggaran untuk masa membrek yang praktikal, lihat kereta selang kereta di depan kita. Perbuatan membrek secara mengejut adalah sangat berbahaya dan boleh membuatkan perlanggaran dengan kenderaan yang berada di belakang kita. Jika keadaan trafik memaksa kita untuk membrek secara mengejut seperti nak elak kemalangan dan sebagainya, cuba cari ruang lega di hadapan agar kenderaan belakang kita mempunyai masa yang cukup untuk membrek.

Berhenti di tempat sepatutnya - Jika berhenti semasa lampu isyarat merah, pastikan kita berhenti betul-betul pada garisan yang telah ditetapkan dan jangan berhenti terlalu jauh dengan garisan kerana perbuatan itu hanya menyusahkan kenderaan lain dan mungkin alat pengesan lampu isyarat jugak tak dapat kesan kenderaan kita. Akibatnya ianya akan memperlahankan trafik secara keseluruhan. Jangan berhenti di tengah jalan tanpa tujuan, dan jika terpaksa untuk berhenti di bahu jalan, berikan signal dan bukannya berhenti sesuka hati.

Pecut pada tempat dan masa yang betul - Pastikan kita memandu secara konsisten kerana perlakuan yang baik akan membantu pemandu lain untuk menjangka pergerakan kenderaan kita. Pecutlah kenderaan di tempat yang sepatutnya seperti apabila lampu isyarat bertukar hujau atau ketika giliran anda anda di simpang bertanda berhenti. Ia membantu mempercepatkan kelancaran trafik, sebaik saja lampu isyarat bertukar hijau, bersedialah dengan kedudukan gear dan kemudian terus bergerak.

Semoga dengan tips ini kita akan menjadi seorang pemandu yang beretika dan bersopan di jalan raya, kerana nyawa kita lebih bernilai daripada segala-galanya..


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

13 comments:

  1. thanks for the tips. kdg2 takut nak drive di tempat2 yg sesak sbb ada pemandu yg kurang ajar.

    ReplyDelete
  2. Betul, kadang2 tu dengan persimpangan pun ada orang main terjahh je. Nak marah pun hadooo.

    ReplyDelete
  3. Org skrg ni mkin ssh nak guna signal, kluar simpang takda pandang kiri kanan, drive perlahan kat lorong memotong, adoiiii kenot brain kerna nya

    ReplyDelete
  4. hati2.
    sekarang saman JPJ RM300 takde hampun

    ReplyDelete
  5. good sharing!! signal tu penting tapi ramai tak tau guna! Haha

    ReplyDelete
  6. yang paling penting bagi signal sblm membelok.. hehe

    ReplyDelete
  7. Baik! Hihi InshaAllah Syaza akan praktikkan tips dari akak. ") Good sharing Kak SHikin.

    ReplyDelete
  8. Husniey kalau berada atas jalanraya mesti mulut duk bebel je. Heee btw good tips kak shikin

    ReplyDelete
  9. tips yang bagus kak
    tapi kadang geram,kita ok da drive tp orang lain lak yg suka2 je drive sesuka hati kan pastu efek pd kita

    ReplyDelete
  10. Dok atas jalan raya ni kekadang boleh jadik stress dek krn pemandu lain. Oleh tu, semua kita mestilah tahu kesopanan di jalan raya. Permudahkan org lain kan.

    ReplyDelete
  11. Ada satu viral kena langgar dedepan tu kan. Kereta yg melanggar tu dijumpai byk dadah. Aduhai.
    Kita ok, pemandu lain boleh buat kita accident. Kena extra hati2.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers