Thursday, October 26, 2017

Mood untuk menulis terbang entah ke mana..

Image result for exhausted gif

Assalamualaikum wbt..
Tengok pada tajuk tue memang rasa moody jea, sekarang pun macam moody malas nie sebenarnya.. Saya ada jea kat sini, sambil blogwalking secara silent kat blog awak suma, cuma takde perasaan untuk memberi komen-komen pada awak.. Bukannya tak sudi komen tapi keletihan menguasai diri.. Balik rumah jea, hati meronta nak bukak laptop tapi akhirnya dipandang sunyi sepi..krikk..krikk..krikkk...

Sebab pertama, mungkin la rasa penat sangat kot disebabkan penuhi appointment urut terapi buang angin untuk client baru dan regular client membuatkan saya sibuk sikit pada waktu malam selepas balik kerja... Saya balik kerja dalam pukul 4.30 petang, sampai di rumah, bergegas untuk memasak hidangan malam, walaupun hanya kami berdua saja yang makan.. Lepas solat maghrib, saya terus bersiap-siap untuk temujanji urut terapi samada di rumah sendiri ataupun rumah client.. Kalu rumah sendiri takdelah nak kelam kabut sangat, kalu saya ke rumah client tue aje yang kelam kabut sikit.. Selalunya saya akan mula membuat urutan terapi sehingga pukul 10pm ataupun lebih, bergantung pada keadaan pesakit tue,.. kalu banyak angin di dalam badan pesakit tue, maka lambatlah sampai di rumah..Nasib baik hubby setia menemani saya walau ke mana sekalipun.. Jadi bila lambat balik ke rumah kira-kira pukul 11pm sampai di rumah, masa tue la nak rehat jap, pastu konon-konon nak bukak laptop tapi akhirnya tak jadi.. Hari minggu pulak konon-konon nak update la jurnal nie tapi tak jadi jugak.. krikk..krikk..krikk.. lagi.. Sebabnya, masa tue la nak kemas rumah, basuh baju dan lepas tue, penuhi temujanji urutan terapi lagi.. hurmm... 

Sebab kedua, sekarang nie saya bekerja secara solo kat opis nie, boss saya tengah cuti bersalin dan akan masuk bekerja pada akhir bulan 11 nie, jadi ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan, tambahan pulak sekarang nie suma penjawat awam tengah mengisi borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).. So pada awak yang jadi penjawat awam tue, dah isi ke borangnya dalam HRMIS..? Isi cepat-cepat tau sebab tarikh akhir hantar tak silap saya pada akhir bulan nie..

So, mintak maaf la pada awak yang dah tinggal nota kat jurnal nie, Insha Allah.. Saya akan cuba untuk tinggalkan komen kat blog awak tapi buat masa nie hanya mampu jadi silent reader saja.. 

17 comments:

  1. pmemang pack ye jadual akak sekarang, its okay dahulukan yang penting. All the best sis :D

    ReplyDelete
  2. Semoga segala urusan akan dipermudahkan. Sy setel dah SKT dan LNPT minggu lepas. Memang srbut ase dgn sistem down nya.

    ReplyDelete
  3. Sha dah dapat markah dari PPP, sekarang tengah tunggu PPK bagi markah pula.. Huhuhu..
    Semoga Shikin kembali bersemangat.. Chayook.. Chayook..

    ReplyDelete
  4. Hujung tahun sis, agak sibuk kan... nak BW pun tak sempat...

    ReplyDelete
  5. Nanti catch up marathon blog hehe

    ReplyDelete
  6. rabia pun jarang-jarang jugak update blog..sibuk dgn contest..video pun lama dah x upload kt youtube..

    ReplyDelete
  7. Ooo patutlah lama nyepi. Masa boss mama retak tulang Kali pun mama kurang berblog sekejap. Xpelah shikin take it time

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan urusan shikin.. Xpe faham sibuk kan

    ReplyDelete
  9. Sama lah akak situasi kita..Saya pun balik rumah selalu pukul 11 lebih, kadang2 pukul 12. Memang penat sangat-sangat sebab esoknya kerja pagi lagi. Tak sempat nak tengok blog, kalau buka pun siapkan design customer yang tertunggak. T_T

    ReplyDelete
  10. Hi sis. jum check nama pemenang first giveaway by mushyzaini di sini :) semoga berjaya :)
    http://mushyzaini.blogspot.my/2017/10/the-end-senarai-nama-peserta-giveaway.html

    ReplyDelete
  11. Semoga akak diberi kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  12. semoga Shikin kembali menulis ...
    mood mrs pip pun hari tu terbang entah ke mana gara gara template susah sangat nak add a gadget,
    tapi lepas dah di re-edit oleh blogger noormaizan, yeah ! kembali bertenaga dah nak menulis ...

    ReplyDelete
  13. xde SKT dan apa2 penilaian pun... xde apa nak nilai... hehe... sama la shikin akak pun klu xde mood menulis.... tgk saja je... klip klip

    ReplyDelete
  14. samalah.. CT pun ya rabbi bila mood tadak memang tak jadi apa..

    ReplyDelete
  15. May Allah ease you sis! :)

    sending love from here ❤

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum sis. Ju dtg blogwalking malam ni ❤ lama xlawat blog rakan2 hukhuk.

    Blogger xkan perna lepas melalui mood mcm ni lagi2 bila penat xabis lagi dengan situasi tempat kerja dan komitmen lain2. Confirm mbawa kesan kepada mood penulisan. Btw, jaga kesihatan ya sis =D

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers