Cara mudah untuk membuat pewangi potpuri

Tuesday, September 12, 2017

Image result for potpuri


Assalamualaikum wbt..
"Wanginya bau dalam ruang rumah awak," ataupun " Wahh, manisnya bau bilik nie," Tentu kita berasa bangga jika tetamu memuji rumah kita berbau segar dan wangi.. Selain daripada pewangi rumah yang berlambak di pasaran, ada jugak yang memilih untuk menggunakan potpuri sebagai pengganti pewangi rumah.. 

Haruman yang datang dari kelopak bunga kering sememangnya mampu memikat hati. Kebiasaannya potpuri dihasilkan daripada kelopak bunga, buah dan rempah yang dikeringkan dan diberi wangian nuansa natural yang boleh menyegarkan ruang rumah kita...

Nak cuba buat potpuri sendiri..? Jom kita cari bahan-bahannya..

Bahan yang diperlukan
Kelopak bunga mawar
Kelopak bunga kenanga
Kelopak bunga melati
Kayu manis
Cengkih
Buah kopi atau daun teh
Hirisan lemon

Image result for potpuri

Cara proses pengeringan
Taburkan bahan-bahan tadi di atas kain yang dihampar bersih. Jemur kesemua bahan tadi sehingga kering. Pastikan awak menjemur bahan tadi di bahagian yang ada teduhan. Elakkan menjemur di bawah cahaya matahari supaya bahan tadi tak menjadi terlalu kering. Pengeringan biasanya memakan masa selama beberapa hari. Kesemua bahan tadi akan mengecut jadi awak perlu sediakan kuantiti bahan nie sebanyak empak kali ganda mengikut jumlah yang awak nak tue. Jika nak menghasilkan potpuri pelbagai warna supaya nampak lebih meriah, awak boleh mencelup bahan-bahan tadi ke dalam pewarna dan jemur semula.

Cara membuat potpuri
Simpan bahan-bahan yang telah dikeringkan tadi ke dalam kantung yang bersih. Jika awak nak menggunakannya, letakkan bahan-bahan keringan tadi ke dalam bekas yang cantik dan masukkan beberapa titis minyak aromaterapi. Jangan letak minyak aromaterapi terlalu banyak bagi mengelakkan bau yang terlalu menyengat. Selain bekas, potpuri juga boleh disimpan di dalam bunjut yang comel. 

Selamat mencuba..! 

12 comments

  1. Tq for sharing kak..rabia lama dah nak buat ni..tapi tak reti nak buat..hahaha

    ReplyDelete
  2. Smua bahan2 pun mudah didapati kan sis =D

    ReplyDelete
  3. Ohh..jemur kelopak bunga ni kat bawah teduhan bukan direct pada cahaya matahari . Ok take a note

    ReplyDelete
  4. Bagus nie buat doorgift majlis.. Nak buat pun senang..

    ReplyDelete
  5. Biasanya masa majlis kahwin siqah akan nampak potpuri :)

    ReplyDelete
  6. Bagus DIY nie terutama kalau majlis kahwin

    ReplyDelete
  7. Oh macam tu caranya. Rupanya selama ni tak betul caranya. Patut lain macam je haha

    ReplyDelete
  8. dulu masa budak budak selalu teringin nak buat haha tapi mak takbgi hehe thnkyou share!

    ReplyDelete
  9. hehe, dulu time sekolah menengah , selalu juga buat benda ni ...

    ReplyDelete
  10. teringat dulu kala.
    time kat campus.
    kat uia satu bilik 4 org.
    kami berempat pernah la buat potpuri.
    masa tu memasing dpt roses from boifren.
    sembur minyak wangi memasing :) ha ha ha ha letakkan ruang tamu.
    ha ha ha kelakar bila diingat balik, shikin.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧