Thursday, September 21, 2017

Lelaki pun selalu pening pilih kasut

Assalamualaikum wbt..
Kasut adalah pelengkap kesempurnaan pada orang perempuan mahupun lelaki. Seperti tak mahu menyerah kalah pada golongan wanita, orang lelaki di zaman sekarang nie dah mula bijak bergaya dan menampilkan fesyen mereka. Kalau dulu, hanya golongan wanita saja yang pandai padankan jenis baju dan aksesori lain tapi zaman sekarang lelaki pun dah pandai berbuat demikian.

Image result for man trying on shoes

Tapi dalam masa yang sama, janganlah pulak kita menjadi mangsa fesyen dengan menggayakan sesuatu fesyen yang tak sesuai dengan umur, camtulah dengan kasut. Saya nak berkongsi dengan awak terutama abang-abang dan adik-adik di luar sana dalam pemilihan kasut yang bersesuaian.

👞Dress shoes - Kasut ini sering kali digunakan ketika adanya majlis formal seperti majlis makan malam dan graduasi. Selain daripada majlis formal, kasut ini jugak selalu dipakai ketika berada di pejabat. Kasut ini ada pelbagai jenis, ada yang muncung ke hadapan dan orang lelaki selalu memakai kasut ini dengan seluar slack fit. 

👞 Sneakers - Kasut jenis nie sesuai digayakan ketika berjalan di pusat membeli belah dan kebanyakan lelaki mesti ada menyimpan lebih dari sepasang kasut jenis nie. Sneakers seringkali menjadi pilihan lelaki kerana jenisnya yang ringkas. Jadi ianya tak menjadi kesalahan untuk melabur duit pada kasut jenis ini kerana dah sah-sah awak akan pakai kasut nie sehingga lusuh.

👞Loafers - Tak ramai lelaki yang memilih dan memakai kasut jenis nie kerana sneakers menjadi pilihan utama lelaki. Tetapi bagi lelaki urban, loafers menjadi pilihan wajib mereka. Apatah lagi ianya dipakai dengan seluar pendek paras lutut. Loafers ini memang seperti dress shoes tapi rekaannya lebih ringkas. Loafers ini memang direka untuk dipakai setiap hari.

👞Moccasins - Kasut jenis ini pula adalah kasut terakhir yang berada dalam kategori casual shoes. Terdapat dua jenis kasut moccasins, yang pertama ianya diperbuat dari kain ringan dan lebut sementara satu jenis lagi diperbuat dari bahan material yang lebih keras.

👞Running shoes - Kasut jenis ini selalu digunakan sebagai kasut harian kerana senang bergerak terutama dalam keadaan mengejar masa seperti mahu cepat menaiki tren hingga memaksa kita untuk berlari. Oleh itu, kasut jenis ini amat sesuai. Ditambah pula dengan fesyen sekarang yang menggunakan warna terang sebagai daya penarik memang ramai lelaki yang memilih warna terang seperti warna orang, hijau dan juga kuning.

👞Basketball shoes - Pada mulanya kasut ini dicetuskan oleh penyanyi Justin Bieber, selepas menjadi tular daripada selebriti tersebut, sehingga kini kasut jenis ini menjadi ikutan ramai. Rekaannya sedikit meninggi di bahagian atas buku lali menyerlahkan lagi gaya si pemakai. 

Semoga tips yang diberikan memberi manfaat pada orang lelaki dalam pemilihan kasut.. 

7 comments:

  1. memang pening pun, selalu sha jadi mangsa adik sha nak pilih kasut haha siapa cakap lelaki takcerewet?

    ReplyDelete
  2. haha, loafers la senang ... kecuali kalau nak bersukan, still kena pakai kasut sukan.

    ReplyDelete
  3. Kalau husband mama sakit kepala nak pilih saiz hihi

    ReplyDelete
  4. Sangat betul bila masuk bab pilih kasit atau selipar hby mmg fennin sendirian haha. Biasanya ju tolong tp suggestion ju xssuai dimata dia hahahaha. Last2 ju kasi ja dia pilih sdiri =D

    ReplyDelete
  5. memang pun.. bukan pompuan jerk cerewet.. lelaki pun cerewet dalam pemilihan kasut..

    ReplyDelete
  6. kasut = ni la satu2 nyer kegilaan lelaki, shikin.
    tadi aida tgk astro ria, budak AF tu kata nyer dia pantang lalu depan kedai kasut1.
    mcm asben aida, kekerapan paling tinggi dia ialah beli kasut.
    kasut keje, kasut naik gunung, kasut jogging, kasut naik beskal.
    hadoi lah!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers