Hari nie saya nak bercerita kosong jea... Penatnya badan nie, maklumlah usia makin meningkat.. Hihi apa bendalah saya bercerita nie kan... Kisah nie bermula pada dua minggu lepas, saya berpuasa dan bersahur di Sungkai, Perak untuk bertemu dengan suami dan keluarga mertua.. Mujur jugak saya tak memandu untuk ke sana sebaliknya saya menaiki bas ekspress, so takdelah rasa letih sangat.. Kemudian pada minggu lepas, saya balik ke Kuala Terengganu untuk berpuasa dan bersahur bersama-sama dengan keluarga tercinta.. Secara kebetulan, hubby tak dapat nak ikut balik ke sana kerana kekangan kerja.. So hanya saya dan adik bongsu saja yang balik ke sana..
Awak nak tau, saya punya perangai memang sebijik sama dengan ummie saya, perut akan menjadi senak dan tak selesa bila fikirkan perjalanan jauh, padahal bukan ke mana-mana pun, cuma balik kampung jea.. Mungkin perasaan tue hadir disebabkan saya memandu sendiri balik ke Terengganu dengan ditemani oleh adik bongsu...
Saya mengambil cuti rehat pada hari Jumaat lepas. Mulanya pada planning asal saya dan adik nak bergerak dari KL pada pukul 8 pagi tapi secara tiba-tiba saya berubah fikiran.. Ini kes senak perut punya pasal la, di samping ada perasaan berdebar-debar, macam nak ambik exam tue... huhuhu... Lepas berbuka pada hari Khamis malam, saya mengemas apa yang patut dan masuk tidur pada pukul 11 malam.. Tapi otak pulak taknak tidur sedangkan mata nie bagaikan ditahan dengan batang mancis.. Kejap-kejap saya tengok jam.. Lorr.. baru pukul 12.15 pagi.. Lepas tue.. lorr baru pukul 1.25 pagi.. Dan akhirnya pada pukul 2 pagi saya pun bangun dan terus mandi.. Niat di hati nak bergerak dari rumah untuk ke rumah adik bongsu di Wangsa Maju pada pukul 3 pagi tapi bila mata dah segar, saya pun bertolak ke sana pada pukul 2.30 pagi..
Sampai saja di rumah adik, kami bertukar kereta kerana adik keempat saya nak tumpang balik ke KL bersama-sama.. Dalam pukul 3.45 pagi kami pun bergerak balik ke Terengganu dan bersahur dalam kereta aje, mujur jugak saya dah beli roti dan air terlebih dulu dan adik bongsu membeli McD dekat area Gombak..
Kami sampai di Kuala Terengganu pada pukul 9 pagi dan dapat berehat secukupnya.. Ini kerana saya memandu sorang diri memandangkan adik bongsu tak sihat.. Kami berempat termasuk anak sedara balik ke KL pada hari Isnin jam 6.30 pagi.. Pada mulanya kami nak balik ke KL pada hari Ahad, tapi anak sedara saya Salsabila pulak demam, agaknya demam rindu nak tinggal tok ummie dan abah Wan dia la kot... hihi.. Nasib baik pada hari Isnin tue, jalan tak berapa sesak walaupun banyak kereta yang menghala ke KL.. Kami sampai di rumah masing-masing pada jam 12 tengahari dan sampai di Salak Tinggi pada pukul 1 tengahari.. Letihnya rasa badan nie hanya Allah saja yang tahu walaupun bertukar pemandu.. Saya sengaja meminta adik bongsu memandu kereta daripada rumah kami hingga ke hentian Gambang kerana nak membiasakan dirinya dengan perjalanan jauh... Kemudian saya mengambil alih untuk memandu kerana adik bongsu masih tak biasa lagi memandu di Highway Karak yang bengkang bengkok tue., pada sesiapa yang penah lalu highway tue tentu faham camne bahayanya jika kita memandu terlalu laju, kan...
Saya memang dah biasa memandu pada perjalanan yang jauh, tapi tue la, bila usia dah meningkat nie, rasa penat sangat... Tapi bila hubby ikut balik kampung di Kuala Terengganu, dia memang tak benarkan saya memandu kecuali jika dia benar-benar letih dan mengantuk.. Kalu menghala arah ke Sungkai pulak, saya memang memandu sorang diri saja..
Okeylah, dah panjang lebar luahan hati saya... Harap-harap minggu nie saya takde planning ke mana-mana sebab rindukan suasana rumah sendiri.. hihi..
Dulu-dulu lea selalu jugak memandu jauh sendirian.. Skrg rasa macam tak yakin dah nak memandu sendiri sebab dah ada 'driver' kan.. hehehe
ReplyDeletejauh perjalanan, hati2 la memandu ya..
ReplyDeleteinshaallah hati2
ReplyDeleteSeronok bila dpt balik kampung halaman...
ReplyDeleteBerhati-hati semasa memandu.... semoga dipermudahkan....
ReplyDeleteMama pun dh x biasa nemandu dah ayahh Syafi asyik conquer stereng aje haha
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan
ReplyDeletehati2 memandu.
ReplyDeletepandu cermat jiwa selamat :)
Saya paling jauh drive ambil masa 3 jam dari KK ke Ranau. Letih tu tak payah cakap la, tambahan pula drive pada waktu malam kena lebih berhati-hati.
ReplyDeleteSy tak pernah lagi drive ke Kl.smpai bentong je berani. Huhu
ReplyDeleteSha sampai sekarang memang tak berani memandu dekat Highway Karak tu.. Rasa semacam je.. Bila nak lalu situ je mesti tukar pemandu.. Seram.. Bila dah makin berusia memang terasa penatnya memandu..
ReplyDeleteEkekeke... nak2 lagi tengah malam.. memang sorammmm...
Deletejaga kesihatan tau sis, ju pun xda masalah kalo drive jauh ni tp bila da smpai destinasi confirm cari tilam terus xD
ReplyDeletedriving = tiring, shikin.
ReplyDeleteaida da bosan driving jauh.
setahun lebih tiap hari drive keje jauh2 kan.
memang x nak ulang!!!! taubat!!!!
kalau dekat, boleh la driving sorang. kalau jauh, boleh terlelap bersendirian. bahaya 😱
ReplyDelete