5 Makanan dan minuman yang boleh menjejaskan warna gigi

Wednesday, December 07, 2016

Image result for teeth
Assalamualaikum wbt..
Awak dah check ke warna gigi awak..? Adakah ianya pudar atau putih berseri macam dalam iklan ubat gigi..? Bukannya senang nak putihkan gigi melainkan perlu buat whitening di klinik gigi dan tentulah kosnya membuatkan kita berfikir dua tiga kali nak buat.. Awak tau ada 5 jenis makan dan minuman yang boleh menjejaskan warna gigi kita..

Image result for teaTeh
Walaupun teh memberi banyak manfaat kepada kesihatan tapi pengambilan kerap akan memudarkan warna gigi secara semulajadi. Oleh itu, kurangkan minum air teh sebagai langkah utama untuk mendapatkan gigi yang cantik.




Image result for sauce bottleSos
Dalam menghasilkan sos, sejenis pewarna telah digunakan untuk memekatkannya. Begitu juga dengan kicap, sos tomato dan serbuk kari yang mempunyai bahan pewarna yang kuat. Segeralah berkumur dan memberus gigi bagi mengelakkan hilangnya warna semulajadi.



Image result for minuman bertenagaMinuman bertenaga
Umum mengetahui bahawa minuman bertenaga mempunyai kadar asid yang sangat tinggi sekali gus mempengaruhi warna dan kesihatan gigi. Dengan pengambilan terlalu kerap ia hanya akan mengikis dan membuatkan gigi rosak. Sebaiknya minumlah air putih yang nyata membawa lebih kebaikan.



Image result for chewing gumGula-gula getah
Jika awak kerap mengambil gula2 getah dan manisan seperti lolipop, ia hanya akan mengubah warna pada permukaan lidah. Ia juga boleh merosakkan gigi seterusnya menjejaskan keaslian warna gigi.



Image result for minuman anggur merahMinuman anggur merah
Jus anggur merah sedap diminum tapi kandungan asid yang tinggi dan kepekatan warnanya hanya akan menyebabkan warna gigi berubah. Elakkan mengambil minuman ini sebaliknya gantikan dengan minuman yang lebih berkhasiat terutama sekali air putih.

Nota kaki : Antara cara yang boleh dilakukan sekiranya awak telah mengambil jenis minuman dan makanan ini, jangan sesekali menyimpannya terlalu lama di dalam mulut. Telanlah ia setelah siap dikunyah, kecuali gula-gula getah... hehe kang tak pasal2 melekat dalam perut.. Selain itu, minum dengan menggunakan straw bagi mengelakkan warnanya terlekat di celah gigi. Cara terbaik yang boleh dipraktikkan adalah dengan segera berkumur dan memberus gigi selepas mengambil minuman dan makanan yang berisiko membuatkan warna gigi pudar.

6 comments

  1. Jarang yg lain ,tapi teh dan sos tu memang selalu ler kak shikin, hahaha, adeh patutlah gigi tak berapa nk putih, kehkehkeh.

    ReplyDelete
  2. My fav drinks mostly tea. Whoaaa. Nape tea ada dalam list?? ;p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  3. Baru tau.. tapi kan, gula2 getah tu bukan sahaja membuatkan gg kuning malah kalau kita ada tampal ia akan merosakkan tampalan pada gg kita.. serius.. Sha da buat eksperimen kat gg Sha.. hehehe

    ReplyDelete
  4. good info ^_^...
    sos siapa boleh tolak..
    kikiki

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧