Diari harian

Wednesday, June 27, 2012

Al-Hamdulillah, aku bersyukur kerana masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ini... Al-Hamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberi hamba-Mu yang lemah dan dhaif ini bernafas dan terus akan berzikir kepada-Mu.... Walaupun pelbagai masalah telah melanda dalam diri aku tetapi aku bersabar dan sentiasa ingat yang Allah akan sentiasa membantu aku dalam apa jua rintangan.. Aku amat takut dengan dugaan yang maha besar bila kita di Padang Mashyar nanti, jadi tidak mengapa jika kita diuji pada masa sekarang kerana ujian yang kita alami sekarang ini amat sedikit jika dibandingkan ujian di dalam kubur dan akhirat nanti.... 
Astagfirullahaladzim... Ya Allah, ampuni aku, ampuni suami aku, ampuni kedua-dua ibu bapa kami, ampuni keluarga kami, ampuni semua umat Islam Ya Allah... Berikan kami petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami.... Terima taubat aku Ya Allah... Terima taubat suami aku, terima taubat kedua-dua ibu bapa kami, terima taubat keluarga kami, terima taubat umat Islam Ya Allah.... Amin Ya Rabbal Alamin....

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧