Diari harian

Friday, March 02, 2012

Hari ini genap 25 tahun umur adik lelaki aku, Wan Ahmad Kamarul Redzuan Bin Razali... Aku berasa amat gembira kerana dia menjadi salah seorang adik yang aku sayangi.. Kak Nur ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk adik Iwan yang Kak Nur sayangi... Adik lelaki aku ini seorang yang baik dan bertubuh besar walaupun dia agak kuat makan tetapi lebih rajin jika dibandingkan dengan yang lain selain itu senang pula untuk melakukan kerja... Dia suka membela ikan dan kucing, sama seperti aku, dan sekarang ini hobi dia beralih kepada membela ikan nemo, salah satu spesis ikan laut... hehehe ... Sebenarnya dia sudah membela banyak spesis ikan dan udang, baik ikan laut atau ikan sungai... Udang pula pelbagai jenis dan bentuk yang pernah dia bela tetapi semuanya tidak menjadi kekal lama kerana kucing-kucing di rumah selalu juga memakan ikan tersebut...Walaupun mereka selalu juga memakan ikan-ikan tersebut tetapi adik lelaki aku ini sedikit pun tidak marah, malah dia geli hati melihat gelagat mereka sewaktu untuk menangkap ikan-ikan untuk dimakan.... Sekali lagi Kak Nur hendak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada adik lelaki Kak Nur yang disayangi... Semoga adik akan sentiasa sihat, dirahmati dan dilindungi Allah SWT selalu... Semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan dan semoga apa yang dihajatkan akan ditunaikan, kena selalu ingat bahawa Allah akan sentiasa mendengar hamba-Nya berdoa... 

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧