PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

Monday, October 17, 2011


Assalamualaikum,
Aku minta maaf kepada kamu semua kerana tidak dapat membuat liputan (hehehe)... Internet broadband aku amat perlahan sekali dan aku mulai bosan dengan talian internet dan menyebabkan aku tidak dapat membuat coretan... Hari ini aku mahu bercerita tentang rahsia penyakit melalui jari kita.. Semoga kita akan mendapat manfaat ilmu...

::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::
Asas 5 jari

Jari telunjuk
usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang



Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita pula, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan kemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. Cuba periksa tapak tangan
masing-masing, kalau yang suka marah itu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab
itu selalu rasa hendak marah dan naik angin saja.

Selain itu, pernah atau tidak sahabat-sahabat mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab? Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Selain itu, urat biru / hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya ,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat-sahabat tengok pada kuku setiap jari anda. Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pula sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat.. Insya Allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧