Diari harian

Sunday, August 21, 2011


Al-Hamdulillah, cuaca pada hari ini agak cerah dan aku dapat menjemur semua pakaian aku dan hubby... Aku terpaksa membasuh semula pakaian kami kerana ianya agak berbau dan akhirnya pakaian aku dapat dikeringkan... Al-Hamdulillah aku bersyukur kepada Allah kerana dapat memberikan aku nafas untuk terus hidup di muka bumi Allah ini... Hari ini genap 21 hari kita berpuasa dan tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Syawal dan hari kemerdekaan negara kita... Tanggal 31 Ogos 2011 ini, genap 54 tahun kita merdeka dan aku berasa amat berbangga menjadi sebahagian anak Malaysia... Aku berharap janganlah di antara kita yang sanggup mengadai maruah Malaysia semata-mata kepentingan diri sendiri... Nenek moyang kita telah bersusah payah untuk menjadikan negara kita ini bebas dari penjajah dan adakah kita sanggup untuk melupakan segala pengorbanan mereka dahulu?! Aku tidak sanggup untuk kehilangan banyak nyawa sekali lagi di kancah peperangan dan aku harap ianya tidak akan terjadi lagi... Di zaman sekarang ini sememangnya manusia suka saling berbunuh-bunuhan antara sesama sendiri dan aku tidak tahu ke mana perginya ke semua sifat perikemanusiaan mereka... Apakah mereka tidak takut pada dosa atau mungkin mereka terlupa yang dunia ini hanya pinjaman semata-mata... Memang betul ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Allah tetapi kita TIDAK ADA HAK untuk mengambil nyawa sendiri atau orang lain... Agaknya mereka tidak fikir yang mereka akan menghadap Allah, mungkin mereka fikir yang mereka tidak akan diadili dengan seadil-adilnya... Apa yang pasti hari Kiamat pasti akan tiba cuma kita tidak tahu bila ianya akan berlaku... Hanya Allah SWT sahaja yang tahu tentang hari Kiamat... Bila difikirkan, terasa diri ini begitu kerdil sekali dan aku berasa tidak banyak ibadat yang aku lakukan... Ya Allah, Kau ampunkan dosa-dosa aku, ampunkan dosa suami aku, ampunkan dosa kedua-dua ibu bapa kami, ampunkan dosa-dosa kaum keluarga kami dan ampunkan dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia... Janganlah Engkau menyeksa kami dengan seksaan api neraka dan jauhkanlah kami dari seksaan api neraka Ya Allah... Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani...

1 comment

  1. Hargai kebebasan yang diterima. Kalau ditarik memang azab.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧