Assalamualaikum wbt...
Macam biasa setiap bulan saya akan umumkan siapakah yang bertuah untuk menduduki carta bulanan dalam jurnal saya.. Oh ya! Bersesuaian dengan saranan kerajaan, saya nak bagi pesanan kasih sayang pada awak, duduk di rumah dengan adanya perintah kawalan pergerakan ini, jangan balik kampung dan jangan pergi bersiar-siar ataupun untuk bersenam, kerana virus Covid-19 semakin merebak... Ingatlah pada yang tersayang...
Okey, tahniah diucapkan kepada 10 orang yang bertuah menduduki carta bulanan dalam jurnal saya pada bulan ini...
Saya nak ucapkan Selamat Kembali kepada Vitamin Syaza (VS), Umi Nazrah, Cik Ash, Mamapipie dan Adianiez kerana kembali menduduki carta bulanan dalam jurnal saya dan senarai di bawah ini adalah nama yang bertuah untuk menerima sedikit hadiah kecil daripada saya.. Jadi pada yang tersenarai kat bawah nie, saya berharap agar awak memberikan details awak kepada saya seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [https://pengeposan.wasap.my/] untuk tujuan pengeposan hadiah..
Seperti biasa jugak, kesemua Top Commentators pada bulan Mac akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 31 Mac 2020 tapi hanya 9 saja blog yang disenaraikan kerana ada seorang Top Commentators [Laixinjie] tak mempunyai laman blog..
TAHNIAH kepada semua Top Commentator dan terima kasih kerana terus menerus menyokong jurnal saya..
Assalamualaikum wbt..
Entri nie dah lama terperam sejak tahun lepas lagi.. Hihi sori.. Sebenarnya memang saya banyak kerja hakiki yang perlu dilakukan, rasa macam terabai betul jurnal saya pada tahun nie..
Okey, sebenarnya barangan nie memang ada dalam list barangan yang saya idamkan, nak ada suasana spa yang mengasyikkan, dengan bauan yang mempesonakan... Inilah dia Deerma Air Humidifier F628 dan Essential Oil Set...
Deerma Air Humidifier F628 nie berfungsi sebagai penghilang bahan cemar daripada udara di dalam ruangan bilik untuk meningkatkan kualiti udara dalaman.. Ianya jugak dikatakan amat berguna untuk yang menghidap alergi dan asma, di samping dapat mengurangkan bau yang tak menyenangkan di dalam rumah dengan meletakkan beberapa titik minyak aromaterapi Essential Oil Set ini..
Deerma Air Humidifier F628 nie dapat memuatkan kapasiti air (water) sebanyak 5 liter dan ianya wap air ini dapat bertahan selama 12-14 jam, bergantung kepada kawalan wap air yang kita kehendaki..
Harga Deerma Air Humdiifier F628 ini berharga RM460.00 tapi masa saya beli dekat Shopee Shopping, secara kebetulan barangan ini ada potongan diskaun, so saya dapat potongan harga sebanyak RM83.83 dan ada mendapat sebotol Essential Oil Air-O-Matic 36ml dan pilihan saya masa tue adalah bauan Mint Spa..
Untuk sebotol Essential Oil Air-O-Matic nie adalah berharga RM32.00 dan memang menjimatkan bila pakai minyak aromaterapi nie.. Tapi biasalah, lama kelamaan ianya akan habis dipakai jugak...
Barangan ini saya gunakan untuk menghilangkan bau yang tak menyenangkan di dalam rumah, maklumlah saya kan ada membela kucing yang semestinya ada masanya mereka akan membuat perangai.. hihihi
Dan ada masa jugak saya guna barangan ini sewaktu saya membuat rawatan urutan terapi buang angin untuk client saya yang berkunjung ke rumah saya.. Sebab dengan adanya air humidifier, client saya akan merasa tenang dan relaks semasa membuat rawatan urutan..
Bila minyak aromaterapi dah habis, saya mencuba minyak aromaterapi yang lain pulak dan inilah produk minyak aromaterapi yang saya beli.. Harga minyak aromaterapi nie adalah RM49.90 (1 set nie ada 14 bauan yang berlainan) dibeli dekat Lazada Shopping... Baunya memang sedap sangat dan menenangkan hati yang lara... hihihi...
Memang tak rugi beli barangan nie kerana salah satu sebabnya adalah rumah kita akan berbau segar dengan bauan aromaterapi, jadi tak perlu pergi ke spa untuk menikmati suasana relaks, adanya produk nie pun kita boleh relaks kat rumah, hanya pasang dan nikmatilah suasana relaks...
Assalamualaikum wbt...
Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada awak² yang telah memberikan nota komen yang membina kepada jurnal ini dan terus menerus singgah ke jurnal saya walaupun ketika ini saya telah menjarakkan masa saya untuk update jurnal ini.. Insha Allah saya akan terus untuk singgah ke blog awak² walaupun saya hanya menjadi silent reader saja...
Macam seperti bulan-bulan sebelum ini, saya akan umumkan siapakah yang bertuah yang menduduki carta bulanan saya.. Ada rakan² saya bertanya, camne saya buat pemilihan pemenang Top Commentator pada setiap bulan.. Okey, kalau awak perasan, dekat kolum bawah sekali, ada widget '"Top Commentators" di mana setiap komen yang awak tuliskan dalam jurnal saya, akan disenaraikan di dalam carta tue.. Selagi awak masih memberikan komen, semakin tinggi carta yang awak duduki sehinggalah nama awak kekal hingga ke bulan depan... Jadi, nak kekal pada carta bulanan saya nie, komen jea banyak² dan pastikan nama awak sentiasa kekal dalam carta..
Hihihi, panjang pulak citernya.. Okeylah, saya nak ucapkan TAHNIAH kepada 10 orang Top Commentators pada bulan Februari 2020...
Saya nak ucapkan 'SELAMAT KEMBALI' kepada Tiara Sapphire, Siti Yang Menaip, Nurulatika Yunus, Ejulz dan Cuya kerana berjaya kembali menduduki carta pada bulan ini.. Dan senarai di bawah ini adalah nama-nama yang bertuah untuk menerima sedikit hadiah kecil daripada saya.. Jadi pada yang tersenarai kat bawah nie, saya berharap agar awak memberikan details awak kepada saya seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [https://pengeposan.wasap.my/] untuk tujuan pengeposan hadiah..
Seperti biasa jugak, kesemua Top Commentators pada bulan Februari akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 29 Februari 2020 tapi hanya 9 saja blog yang disenaraikan kerana ada seorang Top Commentators [Laixinjie] tak mempunyai laman blog..
TAHNIAH KEPADA SEMUA dan terima kasih kerana terus menyokong saya...
Subscribe to:
Posts (Atom)












Social Icons