Review : Deerma Air Humidifier F628 dan Essential Oil Set

2:18 AM


Assalamualaikum wbt..
Entri nie dah lama terperam sejak tahun lepas lagi.. Hihi sori.. Sebenarnya memang saya banyak kerja hakiki yang perlu dilakukan, rasa macam terabai betul jurnal saya pada tahun nie.. 

Okey, sebenarnya barangan nie memang ada dalam list barangan yang saya idamkan, nak ada suasana spa yang mengasyikkan, dengan bauan yang mempesonakan... Inilah dia Deerma Air Humidifier F628 dan Essential Oil Set... 

Deerma Air Humidifier F628 nie berfungsi sebagai penghilang bahan cemar daripada udara di dalam ruangan bilik untuk meningkatkan kualiti udara dalaman.. Ianya jugak dikatakan amat berguna untuk yang menghidap alergi dan asma, di samping dapat mengurangkan bau yang tak menyenangkan di dalam rumah dengan meletakkan beberapa titik minyak aromaterapi  Essential Oil Set ini.. 

Deerma Air Humidifier F628 nie dapat memuatkan kapasiti air (water) sebanyak 5 liter dan ianya wap air ini dapat bertahan selama 12-14 jam, bergantung kepada kawalan wap air yang kita kehendaki..

Harga Deerma Air Humdiifier F628 ini berharga RM460.00 tapi masa saya beli dekat Shopee Shopping, secara kebetulan barangan ini ada potongan diskaun, so saya dapat potongan harga sebanyak RM83.83 dan ada mendapat sebotol Essential Oil Air-O-Matic 36ml dan pilihan saya masa tue adalah bauan Mint Spa.. 

Untuk sebotol Essential Oil Air-O-Matic nie adalah berharga RM32.00 dan memang menjimatkan bila pakai minyak aromaterapi nie.. Tapi biasalah, lama kelamaan ianya akan habis dipakai jugak... 


Review : Deerma Air Humidifier F628 dan Essential Oil Set

Review : Deerma Air Humidifier F628 dan Essential Oil Set

Review : Deerma Air Humidifier F628 dan Essential Oil Set

Review : Deerma Air Humidifier F628 dan Essential Oil Set

Barangan ini saya gunakan untuk menghilangkan bau yang tak menyenangkan di dalam rumah, maklumlah saya kan ada membela kucing yang semestinya ada masanya mereka akan membuat perangai.. hihihi 

Dan ada masa jugak saya guna barangan ini sewaktu saya membuat rawatan urutan terapi buang angin  untuk client saya yang berkunjung ke rumah saya.. Sebab dengan adanya air humidifier, client saya akan merasa tenang dan relaks semasa membuat rawatan urutan.. 

Bila minyak aromaterapi dah habis, saya mencuba minyak aromaterapi yang lain pulak dan inilah produk minyak aromaterapi yang saya beli.. Harga minyak aromaterapi nie adalah RM49.90 (1 set nie ada 14 bauan yang berlainan) dibeli dekat Lazada Shopping... Baunya memang sedap sangat dan menenangkan hati yang lara... hihihi... 

Memang tak rugi beli barangan nie kerana salah satu sebabnya adalah rumah kita akan berbau segar dengan bauan aromaterapi, jadi tak perlu pergi ke spa untuk menikmati suasana relaks, adanya produk nie pun kita boleh relaks kat rumah, hanya pasang dan nikmatilah suasana relaks... 



Review : Deerma Air Humidifier F301 dan Essential Oil Set



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

6 lovely notes

  1. Wah, very relaxing ni Kak Shikin :) EO tu jugak ada banyak kegunaan selain daripada bau-bauannya yang segar. Boleh jadi skincare harian if kita tahu macam mana nak blend kan EO :)

    ReplyDelete
  2. Saya pun ada beberapa botol EO guna secara terus atau diffuse.
    Harga RM49.90 tu sebotol atau 1 set? Murah juga.

    ReplyDelete
  3. nowadays dah byk kesedaran gini, kan.
    haruman eo segenap pelusuk rumah.
    utk kesihatan la utamanya, shikin.
    yes la. udara di luar x brape sihat now ni.
    kena la ikhtiar kan.

    ReplyDelete
  4. sy hari tu ada plan nak beli..
    Tp murahlah..

    ReplyDelete
  5. bagus juga ada benda ini.. boleh buat terapi melalui bauan..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators