7 tips rapatkan jurang generasi datuk-nenek dengan cucu remaja

5:05 AM



Assalamualaikum wbt..
Selalunya hubungan datuk-nenek dengan cucu sering ditanggapi sebagai hubungan cinta yang mengasyikkan, kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang datuk-nenek kepada cucunya bak laut yang tidak bertepi, seperti tiada pasang surutnya..

Tapi biarpun kasih sayangnya tak berbelah bagi, situasi mungkin akan berubah apabila cucu-cucu kita meningkat dewasa.. Di sinilah bermulanya jurang generasi yang begitu luas, terutama dari segi pendapat dan pemikiran, yang mungkin sering menimbulkan masalah dalam hubungan antara datuk-nenek dan cucu..

Sebagai datuk-nenek, kita kena ingat bahawa cucu-cucu kita terutama yang telah meningkat remaja dan dewasa, mereka mempunyai pendapat atau pandangan tentang kehidupan mereka yang tersendiri. Sebagai seorang yang lebih tua dan banyak pengalaman hidup dalam keluarga, kita seharusnya menjadi mentor pada mereka.. Sebab itu, berbanding dengan ibu bapa, seorang datuk-nenek tak boleh bertindak sama seperti ibu bapa terhadap cucu-cucu, sebaliknya mereka memerlukan lebih kesabaran, pemahaman, masa dan belas kasihan dalam menghadapi karenah cucu-cucu...

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diguna pakai dalam memastikan jurang genrerasi antara datuk-nenek dan cucu dapat dirapatkan...

Pentingnya interaksi - Dalam dunia yang mengamalkan kebebasan bersuara ini, adalah menjadi satu perkara yabg penting untuk kita sentiasa berinteraksi dengan cucu-cucu kita agar mereka merasa dekat dan rapat serta mendengar suara hati kita. Setiap kali bersama dengan mereka, cuba 'gali' apa yang tersirat di dalam hati dan fikiran mereka. Cubalah untuk berhubungan dengan mereka agar mereka tahu bahawa mereka diterima dan diiktiraf oleh datuk-neneknya.

Setiap cucu berbeza - Kita perlu ingat bahawa setiap seorang daripada cucu kita mempunyai personaliti dan kehendak yang berbeza. Ada yang cukup dengan hanya pelukan dan memanjakan mereka saja. Sedangkan ada yang mahukan kita cuma mendengar dan memahami setiap apa yang disuarakan. Memang ada kalanya sukar untuk kita memberi tumpuan, lebih-lebih lagi bila kita mempunyai ramai cucu yang perlu dilayan, tapi berikanlah perhatian dan jangan hanya berpura-pura mendengar.. Dengan memberi sepenuh perhatian kita, pastinya cucu kita akan menghargainya..

Saling berhubungan - Pada zaman kini, cucu-cucu kita pasti akan tinggal berjauhan daripada kita dan ini menyebabkan kita tak dapat bersama dengan mereka setiap masa. Namun itu tak bermakna kita jauh daripada mereka, dan untuk sentiasa dekat dengan mereka adalah mudah dan jalan yang paling senang adalah dengan mendoakan kesejahteraan mereka setiap hari.

Gunakan kemudahan teknologi - Selain mendoakan kesejahteraan cucu kita, kita boleh hubungi mereka dengan bertanyakan khabar mereka melalui telefon ataupun emel. Pada zaman sekarang, pasti kita tak menghadapi masalah dengan menggunakan kemudahan teknologi pada bila-bila masa. Apa kata untuk sesuatu yang istimewa, seperti ulang tahun kelahiran, rakamkan gambar ataupun video kemudian masukkan lagi yang mereka gemari dan jadikan ini sebagai hadiah untuk cucu-cucu kita. Selain itu, kita boleh masukkan gambar-gambar yang telah kita rakamkan ke dalam laman sosial kita kerana kemudahan teknologi yang ada bukan saja memudahkan hidup kita tapi ianya juga dapat merapatkan hubungan dengan orang yang kita sayang.. 

Berseronok bersama - Apabila kita berkumpul dengan cucu-cucu, cubalah 'masuk' ke dalam dunia mereka. Lakukan apa yang ingin mereka lakukan misalnyha bermain pelbagai jenis permainan bersama-sama, pergi ke taman untuk bermain bola, tengok wayang bersama-sama, ataupun bermain permainan komputer bersama-sama dengan mereka. Adalah amat penting untuk 'tertawa' dan berseronok bersama cucu-cucu kita dan ianya adalah pengalaman yang sangat berharga yang kita tak boleh beli di mana-mana..

Ajar mereka tentang tanggung jawab - Bila cucu-cucu kita datang menziarahi kita, galakkan mereka untuk sama-sama membantu membuat kerja-kerja di rumah. Contohnya selain membersihkan dalam dan luar rumah, ada baiknya juga jika kita mengajak mereka untuk sama-sama menjayakan sesuatu projek, seperti berkebun atau membina sesuatu seperti rumah kucing, dan kemudian rasai hasilnya. Mereka mungkin 'liat' untuk melakukannya, tapi adalah penting untuk kita mengajar mereka erti tanggung jawab dan juga nilai sesuatu tugas.

Jangan masuk campur - Sayang kita terhadap cucu memang amat berbeza dengan sayang kita pada anak-anak, dan pastinya kita tak sampai hati bila melihat cucu-cucu kesayangan dikenakan tindakan disiplin oleh ibu bapanya. Tak kurang juga ada antara kita yang berkecil hati dengan tindakan anak kita bila memarahi cucu. Kita perlu ingat bahawa kita tak sepatutnya mencampuri dalam urusan bagaimana anak-anak kita membesarkan cucu-cucu kita tapi berikanlah nasihat hanya apabila anak-anak kita meminta pendapat daripada kita. Paling penting, janganlah kita bergaduh atau membela cucu-cucu dengan anak kita di hadapan cucu-cucu kita kerana ini akan membuatkan mereka tak menghormati orang tua mereka sendiri.. 

Semoga dengan tips ini akan mengeratkan lagi perhubungan antara datuk-nenek dengan cucu.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

7 lovely notes

  1. Tips ni bolehlah guna bila dah jadi datuk atau nenek.

    ReplyDelete
  2. Good info Boleh akak gun Kalau ad cucu nanti.. ehh

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah in my fam jurang tu tak nampak sangat. mmg mesra semua cuma sejak nenek sakit ni jelaaa dia banyak sedih. kadang2 dia nk sendiri. tapi still rapat je smeua.

    ReplyDelete
  4. hmmmm atok & cucu ni amat berhantu rapat nyer!
    mcm anak2 aida dgn emak abah aida. wow! amazing.
    hinggakan kalau call aida, emak abah nak berckp dgn cucu2.

    kita parents ni kena tanamkan la kasih syg kat anak2 agar sayangkan atok nenek.
    diorang maybe tak up to date kan. tapi, berpengalaman.

    ReplyDelete
  5. Rindunya arwah nenek. Tapi kebanyakan atuk nenek dengan cucu rapat kalau atuk nenek tu tak bezakan cucu2 dari kecik. Didikan mak ayah pun penting jugak. Sebab kanak2 kan tiru perbuatan orang dewasa.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators