Top Commentator bulan Mac 2020.. TAHNIAH..!

11:15 PM


Assalamualaikum wbt...
Macam biasa setiap bulan saya akan umumkan siapakah yang bertuah untuk menduduki carta bulanan dalam jurnal saya.. Oh ya! Bersesuaian dengan saranan kerajaan, saya nak bagi pesanan kasih sayang pada awak, duduk di rumah dengan adanya perintah kawalan pergerakan ini, jangan balik kampung dan jangan pergi bersiar-siar ataupun untuk bersenam, kerana virus Covid-19 semakin merebak... Ingatlah pada yang tersayang...

Okey, tahniah diucapkan kepada 10 orang yang bertuah menduduki carta bulanan dalam jurnal saya pada bulan ini...



Saya nak ucapkan Selamat Kembali kepada Vitamin Syaza (VS), Umi Nazrah, Cik Ash, Mamapipie dan Adianiez kerana kembali menduduki carta bulanan dalam jurnal saya dan senarai di bawah ini adalah nama yang bertuah untuk menerima sedikit hadiah kecil daripada saya.. Jadi pada yang tersenarai kat bawah nie, saya berharap agar awak memberikan details awak kepada saya seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [https://pengeposan.wasap.my/] untuk tujuan pengeposan hadiah..



Seperti biasa jugak, kesemua Top Commentators pada bulan Mac akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 31 Mac 2020 tapi hanya 9 saja blog yang disenaraikan kerana ada seorang Top Commentators [Laixinjie] tak mempunyai laman blog..



TAHNIAH kepada semua Top Commentator dan terima kasih kerana terus menerus menyokong jurnal saya.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #TopCommentator #stayathome #staysafe



You Might Also Like

11 lovely notes

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators