Cara terbaik untuk tidur yang lebih lena

7:42 AM



Assalamualaikum wbt...
Tidur adalah nikmat hidup yang indah selain daripada makan. Tapi ramai di kalangan daripada kita tak begitu menghargai nikmat ini dengan baik dan ada juga yang hampir-hampir kehilangan kenikmatan tidur yang lena...

Jadi, apakah cara yang terbaik untuk tidur yang lebih lena...? Jom kita semak...

Lakukan senaman pagi - Senaman awal pagi bukan saja dapat meningkatkan hormon kortisol sehingga 12 jam lamanya, malah ianya dapat membantu kita untuk tidur lebih cepat dan lena. Orang yang melakukan latihan kardio selama 30 minit pada waktu pagi juga akan mendapat 75 peratus tidur yang lena berbanding mereka yang bersenam pada lewat petang atau malam.

Yoga, jom? - Yoga juga dikatakan berkesan  untuk membantu tidur yang lkena dan ianya tak kisah untuk dilakukan pada bila-bila masa. Menurut seorang profesor Madya Sar Bir Singh Khalsa, Ph.D, daripada Medicine Harvard Medical School, orang yang konsisten mengamalkan yoga akan mendapat tidur yang jauh lebih berkualiti.

Makan karbohidrat waktu malam - Eh, nanti gemuk macamana..? Sabar dulu... Karbohidrat yang dimaksudkan di sini bukannya seperti nasi beriyani, nasi lemak, nasi goreng kampung yea.. Untuk mendapatkan kebaikan insulin daripada karbohidrat, kita boleh ambil beras perang, keladi ataupun pasta (dalam saiz yang minimum). Insulin ini dapat membantu kita untuk lena dengan lebih cepat. Sasarkan untuk mengambil antara 15 ke 20 gram karbohidrat untuk makan malam, iaitu kira-kira setengah cawan quinoa atau spaghetti gandum penuh.

Dapatkan cahaya - Kira-kira lima minit sebelum kita betul-betul mahu bangun daripada katil, cuba dapatkan cahaya lampu dari bilik sebagai petanda bahawa hari sudah pagi. Kemudian dapatkan juga cahaya matahari pada waktu siangnya. Kajian baru-baru ini mendapati bahawa pekerja yang mendapat cahaya matahari akan menerima 46 peratus lebih waktu tidur berbanding mereka yang kurang mendapat cahaya matahari.

Semoga dengan tips ini, awak suma boleh tidur dengan lena... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

12 lovely notes

  1. Menarik makan karbohidrat waktu malam tu.
    Memang saya akan jemur diri bawah matahari sekejap.

    ReplyDelete
  2. Tq Shikin good tips.. take care ye

    ReplyDelete
  3. suka tips last tu.. mmg kena amek masa utk bangun. dudukla skejap terkebil2 pandang siling ke.. jangan terus bangun nanti pening..

    ReplyDelete
  4. aida sekarang ni, dah 40an ni, mudah tertidur, shikin.
    lena tak lena tu yg tak ikut time.
    mana le nak lena, ijat masih lagi tidur bwh ketiak :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. Tips yang menarik. Saya pernah merasa ditarik nikmat tido lena sampai tahap kena makan ubat tido. Take care shikin. Stay safe. Stay at home

    ReplyDelete
  6. Tak tahu pulak kalau ambik karohidrat waktu malam boleh tido lena hmm boleh try ni.

    ReplyDelete
  7. Kena bersenam balik nie.. hehehe

    ReplyDelete
  8. bagus tips ni...thanks yea share info ni

    ReplyDelete
  9. wah boleh try light pasta or at least yoga . dah lama nak try yoga

    ReplyDelete
  10. wah fakta yang menarik..baru tahu semua nii

    ReplyDelete
  11. semua ni fakta yang menarik. tinggal kita saja nak praktikkan dalam kehidupan seharian kita

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators