Assalamualaikum wbt..
Rakyat Malaysia sekarang semakin sibuk dengan kehidupan seharian dan kadang kala takde masa untuk menikmati makanan yang berkhasiat.. Apa saja yang nampak depan mata, pasti itulah yang dipilihnya tanpa mengetahui ada kala makanan yang dipilih tue agak berbahaya untuk kesihatan..
Saya nak berkongsi dengan awak satu produk buatan Malaysia dan ianya amat sesuai sangat pada sesiapa yang takde masa untuk makan makanan berkhasiat...
Kayliz Gronola For Fitness.. Satu produk berasaskan oat yang sangat berkhasiat kerana terdapat pelbagai bahan alami seperti :-

Oat ; Oat adalah antara bijirin yang paling sihat di bumi. Oat adalah bijirin bebas gluten dan kaya dengan sumber vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting. Komposisi gandum oat amat seimbang dan sesuai untuk bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.

Ubi keledek (sweet potato) ; Mempunyai sumber vitamin A yang sangat baik (dalam bentuk beta-karoten). Ianya juga kaya dengan sumber vitamin C, mangan, tembaga, asid pantotenik dan vitamin B6 yang sangat baik. Selain itu, ubi keledek ini juga adalah sumber yang baik untuk kalium, serat makanan, niasin, vitamin B1, vitamin B2 dan fosforus.
Benih Chia (Chia seeds) ; Ianya adalah makanan yang tertumpu yang mengandungi asid lemak omega-3 yang sihat, karbohidrat, protein, serat, antioksidan dan kalsium. Satu auns (kira-kira 2 sudu besar) mengandungi 139 kalori, 4 gram protein, 9 gram lemak, karbohidrat 12 gram dan 11 gram serat, ditambah vitamin dan mineral.

Madu (Honey) ; Madu boleh menimbulkan tahap antioksidan yang mempromosikan kesihatan di dalam badan. Antioksidan membantu menghalang radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit. Ia juga meningkatkan sistem imun, bertindak sebagai pencegahan terhadap sebarang penyakit yang melemahkan.
Oleh kerana saya memang suka makan dengan oat, jadi granola nie memang sesuai sangat dengan saya.. Lagipun bahan-bahan yang terdapat dalam granola nie membuatkan saya kenyang dan yang lebih bagus lagi, terasa macam makan biskut di dalam air..
Nampak tak biji-biji dalam cawan tue..? Itulah bijirin-bijiran ubi keledek dan bila kunyah-kunyah, terasa macam makan bijirin sarapan yang lain-lain tue..
Granola nie sesuai untuk dimakan bersama dengan susu ataupun yogurt.. Untuk sesiapa yang tak suka pada susu, awak boleh gantikan dengan susu berperisa, macam saya nie, yang tak suka pada susu yang berwarna putih.. Sebaliknya saya makan bersama dengan susu berperisa kopi..
Produk granola nie adalah produk buatan Malaysia tau.. Care Liz Resources adalah syarikat tempatan dari Negeri Sembilan dan bermula operasinya pada 16 September 2015. Syarikat ini mengeluarkan produk berasaskan makanan oat yang menyihatkan dan ianya amat sesuai dengan sesiapa yang mempunyai kehidupan yang sibuk, ahli-ahli sukan dan juga pelajar.
Harga : RM17.90
Satu lagi yang saya suka dengan granola nie adalah ubi keledek, sebabnya saya memang peminat dengan semua ubi, so memang best sangat produk nie.. 1 pek tue dapat bertahan untuk seminggu tau.. Jadi agak menjimatkan jugak kerana bahan-bahan yang pelbagai dan menyihatkan..
Untuk mendapatkan produk nie, awak boleh layari laman facebook rasmi mereka ataupun boleh jugak whatsapp kepada mereka.. PALING PENTING, BELILAH YANG ORIGINAL DAN SOKONGLAH PRODUK TEMPATAN..
Untuk sebarang pembelian atau pertanyaan, boleh layari :-
Facebook : https://www.facebook.com/kaylizHQ/
Whatsapp : 011-10906902 / 019-6255010
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
#kaylizgranolaoat
#kaylizoat
#granolasedap
Assalamualaikum wbt..
Ini adalah hebahan umum.. Pegawai kadet JBPM akan menganjurkan Program "Be Fire Fighter" yang akan berlangsung pada hari Sabtu nie, 20hb Januari 2018 bertempat di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
So, warga Kuala Kubu Bharu dan kawasan sekitarnya dijemput untuk sama-sama meriahkan program yang akan diadakan tak lama lagi.. Ada banyak tau aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut, antaranya :-
- Program derma darah
- Pameran jentera dan kerjaya bomba
- Pertandingan Fire Challenge
- Pertandingan mewarna Kelab 3K
- Demo helikopter bomba
- Kursus Pengurusan Jenazah
- Demo alat pemadam api
- Demo oil spill
- Demo repelling
- Gerai jualan
Wah, nampak seronok kan aktiviti nie, sebab semuanya boleh datang, termasuk kanak-kanak.. Ada pertandingan mewarna lagi, yang best tue mesti dapat hadiah yang grand dan meletop punya.. Sesiapa yang nak tengok helikopter bomba secara lebih dekat, datanglah beramai-ramai kat akademi bomba tue, yang lebih dikenali sebagai FRAM KKB..
Pukul berapa program nie bermula..?? Ianya bermula pada jam 8 pagi sehingga 5.30 petang... So jomlah warga KKB dan kawasan sekitar, dan dialu-alukan pada warga lain jugak, untuk sama-sama meriahkan program yang dianjurkan nie..
Nak kenal bomba..? Nak masuk bomba..? Sumanya terjawab dan boleh dilihat daripada program nie.. Jom bookmark tarikh tue.. Bila..?
Tarikh : 20 Januari 2018 (Sabtu)
Program Bermula : 8 pagi sehingga 5.30 petang
Tempat : Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
Assalamualaikum wbt,
Seperti yang dijanjikan pada 2 minggu lepas, saya akan buat review blog sahabat-sahabat saya dengan syarat blog tue aktif jea walaupun hanya buat entri 6 bulan sekali.. hihihi..
So, siapakah yang bertuah menjadi orang kedua untuk direview..? Ianya adalah...
Blog Perdu Cinta.. Nama asal pemilik blog ini adalah kak Jua Azura, seorang surirumah tangga yang berasal daripada Batu Pahat, Johor tapi pemilik blog ini lebih dikenali sebagai Kak PC.. Kak PC jugak mempunyai ramai followers termasuk saya kerana entri yang dicoretkan kebanyakkan berkisarkan kehidupan akhirat.. Banyak nasihat dan kata-kata hikmah dicoretkan dalam blog dia..
Walaupun banyak entri Kak PC berkisarkan kehidupan akhirat, dia jugak selalu tinggalkan komen kat sesiapa saja yang singgah ke blog dia dan ada masanya dia jugak akan join segmen atau giveaway sebagai tanda sokongan dia pada sesebuah blog...
Kak PC dah terlibat dalam dunia blog pada tahun 2012 lagi jadi memang banyak kata-kata nasihat dan kata-kata hikmah yang memberikan kita inspirasi dan semangat untuk teruskan perjuangan syiar Islam.. Sebab selalunya entri yang Kak PC coretkan secara tak langsung menginsafkan saya sebagai seorang hamba Allah yang lemah.. Kadang kala kita perlukan seseorang untuk menyedarkan kita agar kita kembali ke jalan Allah.. Jadi memang tak rugi untuk jengah blog Kak PC nie..
Untuk kak Perdu Cinta, terima kasih kerana selalu ingatkan saya untuk kembali ke jalan Allah dan terima kasih di atas nasihat akak pada saya.. Insha Allah, sama-sama kita beristiqamah ke jalan yang diredhai oleh Allah..

Jom kita singgah dan jengah ke blog Perdu Cinta..
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)






Social Icons