Rahsia lobak merah

Wednesday, November 11, 2020


Assalamualaikum wbt..
Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa lobak merah baik untuk mengubati masalah rabun jauh. Namun, khasiat yang terkandung dalam lobak merah sebenarnya mempunyai banyak lagi kegunaan untuk membantu mengubati pelbagai jenis penyakit lain. Lobak tidak semestinya dimasukkan dalam makanan, ia juga amat popular dibuat sebagai jus lobak susu yang sering menjadi pilihan di restoran. Jom ketahui apakah khasiat lobak merah ini.
Saya nak berkongsi dengan awak, camne kita boleh adaptasi khasiat lobak merah untuk kesihatan kita.. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk menjaga kesihatan.. 

Batu karang
Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian tambah 100 ml air dan rebus selama kira-kira 15 minit. Setelah itu tapis airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut. Amalkan minum air jus tersebut sekali sehari.

Ekzema
Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.

Hipertensi
Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada beberapa bahagian kecil. Setelah itu masukkan dalam ‘blender’ dan tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Tapis dan minum airnya 3 kali sehari.

Kekejangan jantung
Sediakan 3 batang lobak merah, cuci dan parut. Tambahkan 2 gelas air masak dan perah airnya. Tambahkan airnya dengan 2 sudu besar madu dan gula pasir, adun hingga rata dan minum airnya sekali sehari.

Sakit ketika datang haid
Sediakan 250 gram lobak merah, cuci bersih dan potong. Tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Minum jusnya 2 kali sehari.

Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



12 comments

  1. Memang ingat lobak merah untuk mata.
    Oklah itu ada khasiat lain.

    ReplyDelete
  2. aida sgt suka carrot juice, shikin :)
    sejuk! nyaman sgt. berkhasiat plak tu kan...
    then, kalau beli carrot organik, aida makan gitu je.
    krup krap krup krap... rangup.

    ReplyDelete
  3. tak tahu plak carrot boleh rawat ekzema, atie ada ekzema di kulit kepala.. boleh try

    ReplyDelete
  4. Banyak juga khasiatnya.
    Selalu jugalah beli.

    ReplyDelete
  5. Saya baru tahu carrot bole hilangkan sakit semasa period , saya nak cuba lah nanti

    ReplyDelete
  6. wow banyak juga kebaikan lobak merah ni..

    ReplyDelete
  7. yeay !! carrot kita suka. kadang makan saja..
    memang banyak khasiat..

    ReplyDelete
  8. info menarik tentg karet..byk khasiatnya..

    ReplyDelete
  9. Banyak khasiat lobak. Mujur suka makan lobak :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧