Teliti 4 perkara sebelum putuskan cinta

7:17 PM



Assalamualaikum wbt..
Sesiapapun dalam dunia ini tak mahu memutuskan hubungan cinta yang telah lama terjalin.. Tapi disebabkan asbab yang yang tak dapat dielakkan dan demi menjaga nama baik hubungan kedua-dua belah pihak, ataupun disebabkan tak mahu hati disakiti, si dia terpaksa melepaskan cintanya pergi.. 

Sebelum kita nak putuskan hubungan cinta dengan si dia, kita perlu teliti dulu empat perkara dan yang paling penting, jangan putuskan hubungan cinta ini dengan tujuan untuk menyakiti hati orang lain.. 

1) Alasan yang tepat
Carilah punca kenapa kita tak menyintainya lagi. Kemudian terangkan kepada si dia agar dia faham kenapa cinta awak berdua perlu diputuskan. Jangan putuskan hubungan awak berdua tanpa alasan yang kukuh dan munasabah kerana ianya hanya akan membuatkan si dia sakit hati dan berkemungkinan akan berdendam dengan awak.. 

2) Bersemuka
Dengan teknologi yang semakin canggih, ramai di kalangan kita yang lebih gemar untuk memutuskan hubungan melalui aplikasi moden dan adalah dinasihatkan supaya tak berbuat demikian. Bersemukalah secara berhemah jika nak memutuskan hubungan cinta. Jika kita memutuskan hubungan dengan tak bersemuka dengan si dia, itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

3) Jangan salahkan sesiapa
Apabila kita meminta supaya hubungan kalian berdua diputuskan, jangan menyalahkan sesiapapun. Jangan menuduh si dia sebagai punca awak minta hubungan diputuskan. Cara yang terbaik adalah meletakkan segala punca pada hal yang neutral tanpa menyalahkan sesiapa. Perkara sebegini adalah lebih baik berbanding menyalahkan sesiapa apabila terpaksa putus cinta.

4) Jangan beri harapan
Apabila awak nak memutuskan hubungan dengan si dia, jangan memberikan harapan kepadanya. Sekiranya awak memberikan harapan kepada si dia, seolah-olah awak masih meletakkan perasaan cinta kepada si dia. Awak perlu konsisten dengan keputusan yang telah awak ambil sebelum ini. Andai putus, maka putuslah jawapannya. Jika awak berdua masih ada jodoh, biarlah waktu yang menentukan dan bukannya keluar daripada diri awak sendiri pada saat awak melafazkan perpisahan..

Semoga awak berdua baik-baik saja dan jangan bersedih dengan apa yang berlaku antara awak. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya yang tersendiri, jika terputus hubungan, selalu bersangka baik dengan sesiapa saja dan jangan berdendam walau sebesar zarah pun, kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.. Semua yang terjadi adalah kerana Allah yang menentukan siapakah jodoh kita walaupun kita dah merancang itulah jodoh kita.. 



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

12 lovely notes

  1. Ya teguh dengan pendirian. Tidak akan kembali semula.

    ReplyDelete
  2. Better putus bila dah habis fikir masak-masak sebab kelak menyusahkan orang lain

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  3. dulu masa muda, rasa tak sesuai terus je tinggalkan. Tak ajak bersemuka pun. huhu.. alhamdulillah mereka2 dah dapat yang lebih baik sekarang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul syaz..semua dah kawen dgn pilihan selepas shida ^_^ bahagiaa dah..

      Delete
  4. bersemuka tu, tak semua yang mahu.... benci org mcm ni

    ReplyDelete
  5. Kalau memang tak boleh teruskan atas sebab pelbagai masalah, baik putus saja

    ReplyDelete
  6. Teringat kisah dulu. Tapi tak nak ingat dah. hihi

    ReplyDelete
  7. solatlah istikharah untuk cari penyelesaian sebaiknya

    ReplyDelete
  8. Kalau memang dah tak boleh bersama, baiklah putus dari terus menyakitkan..

    ReplyDelete
  9. betul shikin..dulu2 cehhh dulu2 semua ada sejarah hahaha
    shida pun dah tinggalkan semua yg rasa xsesuai utk diri *_*

    ReplyDelete
  10. yaa jangan la beri harapan kalau dah decide nak putus kan ,

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators