6 tabiat penyebab sakit kepala

10:00 AM


Assalamualaikum wbt...
Sakit kepala memang tidak selesa bila ianya datang menyerang kita yang tidak mengira waktu. Bila dah rasa sakit kepala, mulalah angin satu badan.. 

Sebenarnya sakit kepala yang kita alami ini ada kaitan dengan 6 tabiat yang saya senaraikan ini dan mungkin tabiat inilah yang menjadi penyebab kepada sakit kepala..

Jom kita selidiki apakah tabiat-tabiat itu.. 


Kopi
Sekiranya awak sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, mungkin menandakan penarikan kafein. Jadi elakkan untuk minum kafein pada setiap hari, boleh minum selang sehari atau amalkan hanya 3 kali seminggu untuk minum kafein.. 


Komputer
Berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang awak. Bila menghadap komputer lama-lama itulah yang menjadi penyebab kepala kita menjadi sakit kerana kita beri tumpuan penuh pada skrin komputer. 


Silau
Keletihan mata boleh membuat kita sakit kepala. Elakkan keletihan mata dengan meletakkan lapisan antireflektif pada cermin mata dan antisilau pada monitor awak.


Makan dan minum
Jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Pastikan awak minum air secukupnya dan makan pada waktu makan yang telah ditetapkan. 


Tiada masa untuk berehat
Sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30-an dan 40-an.  Mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan. Jadi ambillah cuti rehat dan tenangkan fikiran sekejap dengan pergi bercuti ke mana-mana destinasi pilihan.


Ubat-ubatan
Sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doktor tetapi awak sentiasa boleh bertanya pada doktor sekiranya ada pilihan ubat yang lain selain daripada ubat yang telah dimakan. 

So, dah tahu kan tabiat yang menjadi penyebab sakit kepala.. Jom kita ubah semua tabiat ini demi menjaga kesihatan kita...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

12 lovely notes

  1. Selalunya kalau kakmim sakit kepala, kakmim tidur jer... tapi make sure lampu semua off... curtain down mmg gelap gelita lah bilik.. mcm treatment migrain jugak.. tp kalo dh x tahan sangat baru telan panadol

    ReplyDelete
  2. Kena kenal diri sendiri mana yang boleh dan mana yang tidak,,mana yang jadi penyebab kena hindari kan..terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Kita kena tau apa punca yang membuatkan kita sakit kepala supaya kita boleh elak kena sakit kepala.

    Kalau Cik TK sakit kepala, memang tak buka lampu dah.. bergelap je tutup mata lepas tu tidur.

    ReplyDelete
  4. Hari-hari minum kopi. Angin.

    ReplyDelete
  5. tapi saya akan pening kepala kalau tak minum kopi. terbalik pulak. selain tu, tak cukup rehat pun boleh pening juga.

    ReplyDelete
  6. Kalau sakit kepala, ambik air batu, letak Kat belakang tengkuk sambil baring meniarap, saya dah cuba, InsyaAllah berkesan.

    ReplyDelete
  7. Kalau sakit kepala, ambik air batu, letak Kat belakang tengkuk sambil baring meniarap, saya dah cuba, InsyaAllah berkesan.

    ReplyDelete
  8. tq shikin for sharing mmg mama ni mudah juga nak kena sakit kepala. Mama mmg suka minum kopi dan silau. mungkin inilah punca nya

    ReplyDelete
  9. tq shikin share informasi ini.. Ada beberapa perkara yang Hsikin share ini penyebab sakit kepala sha..

    ReplyDelete
  10. shida setuju semua perkara diatas shikin..kurg tidur pn salah satu sbb shida kdg2 suka sakit kepala secara tiba2.. tq sharing shikin!

    ReplyDelete
  11. Saya setuju sangat . Lebih2 lgi yg kurang tidur tu . Kepala mesti terasa berat betul

    ReplyDelete
  12. aida = nescafe :(
    itu la buat aida sakit kepala.
    yg lain2 tu not so much.
    now cuba utk tak minum kerap.
    1 gelas dlm 3-4 hari.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators