Al-Ahsa oasis paling besar di dunia

3:56 PM


Assalamualaikum wbt...
Awak tau, ada satu oasis padang pasir yang paling besar di dunia nie telah diiktiraf oleh Guinness Book Of World Records, dan oasis yang dimaksudkan adalah Al-Ahsa Oasis yang terletak di timur Arab Saudi.

Menurut laporan daripada Arab News, kawasan oasis yang seluas 85.4 kilometer persegi ini mempunyai 2.5 juta pokok kurma dan 280 sumber mata air.. Oasis ini bukan saja terkenal dengan kekayaan dengan warisan alam semula jadi malah kawasan itu juga dikatakan mempunyai sejarah dan ketamadunan tersendiri..

Di antaranya termasuklah tapak penempatan manusia paling tua yang berusia ribuan tahun, selain daripada oasis itu dikelilingi kawasan berpasir yang paling luas di dunia...


Dipercayai, selepas Suruhanjaya Warisan Arab Saudi menyenaraikan Oasis Al-Ahsa di dalam buku Ensiklopedia Dunia, oasis ini yang turut tersenarai sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), barulah pengiktirafan dalam Guinness Book Of World Records diperolehi..

Walaupun begitu, jadi benarlah daripada Nabi SAW bersabda bermaksud: "Tiada berlakunya kiamat sehingga harta melimpah-ruah, sehingga seseorang keluar dengan membawa zakat hartanya namun tidak menjumpai orang yang layak menerimanya. Tidak berlakunya kiamat sehingga Tanah Arab Kembali hijau dipenuhi sungai." (hadis Riwayat Muslim, no. 157)

Jadi, kita sentiasa beringat yang kiamat pasti akan berlaku, cuma masanya hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.. 

Wallahualam..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

5 lovely notes

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators