Sebiji durian kanyao dilelong dengan harga RM199,536...

12:58 PM


Assalamualaikum wbt...
Haa...? Biar betul.. Buah durian dilelong dengan harga RM199,536, itupun harga sebiji durian tue.. Katanya berlaku dekat Thailand, sebiji durian Kanyao telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan denga harga 1.5 juta baht atau dengan duit kita sebanyak RM199,536 dalam satu sesi lelongan.. 

Durian Kanyao nie dikatakan baka durian yang paling termahal di dunia, dengan rasa yang luar biasa dan isi lebih tebal. Masa mula-mula dilelong tue, harga permulaan lelongan adalah dengan harga RM2,650.. huyoo...

Tapi rasanya kalu dah minat makan durian, sanggup berhabis banyak duit kan untuk beli durian..So adakah awak nie sorang yang suka makan durian..? Saya pun suka jugak, makan memang tak ingat dunia.. 

Petua lepas makan durian, letak air mineral pada pangkal kulit pangsa durian dan minumlah air pada pangsa durian tue, Insha Allah badan takkan menjadi panas.. dan jangan lupa untuk buang sampah lepas makan, jangan bersepah-sepah yea.. hihi.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

4 lovely notes

  1. Akak kan..kalau la akak kaya raya..akak takde de nak beli durian dengan harga tu...

    ReplyDelete
  2. ni surely duit dtg bergolek2 tanpa susah payah.
    if susah cari duit, surely kita menghargai setiap sen duit tu dgn benda yg berfaedah.

    ReplyDelete
  3. orang kaya memang tak kisah, kita yg takde duit ni sangat kisah duit banyak tu.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators