Peluang untuk melawat Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada tahun 2020

12:44 PM


Assalamualaikum wbt..
Bermula pada tahun 2020, Pentadbiran Angkasa Dan Aeronautik Negara (NASA) membuka peluang kepada orang ramai untuk melawat ke ISS dengan bayaran penginapan AS$35,000 (RM145,180) untuk satu malam.. Pengumuman ini dibuat adalah agensi itu berhasrat untuk mengurangkan tanggungan kewangan pada makmal yang mengorbit planet bumi. 

Sebelum ini pada tahun 2001, seorang ahli perniagaan Amerika diberi penghormatan untuk membuat lawatan ke ISS dengan bayaran $AS20 juta (RM83 juta), lepas tue pengasas Guy Laliberte, Cirque du Soleil diberi peluang untuk melawat ISS lapan tahun kemudian. Tapi menurut kata Timbalan Pengarah ISS, lawatan 'angkasawan persendirian adalah dihadkan kepada dua lawatan singkat pada setiap tahun. Kita dibenarkan untuk tinggal di ISS selama 30 hari dan hanya 12 orang angkasawan  persendirian boleh melawat ISS pada setiap tahun. Angkasawan yang bertuah ini akan dibawa secara eksklusif oleh dua buah syarikat yang sedang membangunkan kenderaan untuk Nasa termasuk SpaceX dan Boeing. Syarikat terbabit akan memilih pelanggan dan mengenakan bayaran untuk perjalanan ke ISS dan menjadi pengembaraan paling mahal iaitu kira-kira $AS58 juta (RM240,58 juta) bagi tiket perjalanan dua hala. Manakala bayaran penginapan yang berharga RM145,180 untuk satu malam tue adalah merangkumi kos penggunaan stesen NASA, makanan dan peralatan sokongan pernafasan. Bagaimanapun, bayaran tambahan akan dikenakan jika nak pakai internet iaitu pada kadar $AS50 (RM207) untuk setiap gigabyte yang digunakan..

Jadi, ada sesiapa yang nak pergi ke angkasa dan tinggal di ISS untuk sebulan..? Boleh la menabung dari sekarang.. mana tau kot2  awak menjadi salah sorang angkasawan pulak kan.. Takde yang mustahil di negeri Magika.. hihihi


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

2 lovely notes

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators