Bermacam cara nak seludup masuk ke sesebuah negara...

11:35 PM

Assalamualaikum wbt..
Kebiasaannya kalau pendatang asing nak menyeludup masuk ke sesebuah negara adalah melalui laut ataupun jalan tikus tapi kisah nie agak menarik.. 

Dekat Sepanyol, pihak polis agak terkejut apabila mereka menemui seorang pemuda yang bersembunyi di dalam papan pemuka kereta dalam usaha untuk menyeludup masuk ke negara Eropah melalui pintu sempadan di negara itu.  Menurut sebuah akhbar Mail Online melaporkan, pihak polis sempadan memeriksa tiga buah kenderaan dalam tempoh tiga jam di Beni Enzar di Maghribi, pintu sempadan untuk masuk ke Melilla, Sepanyol. Pemeriksaan pada kereta pertama, pihak polis terkejut bila terjumpa seorang pemuda yang berumur 20 tahun sedang bersembunyi dalam papan pemuka kereta yang terletak berhampiran dengan enjin kereta. Dalam kereta kedua pulak, mereka jumpa sorang lagi pemuda yang sama usia dengan pemuda pertama, bersembuny di dalam tempat duduk belakang kereta dan penemuan sorang lagi pemuda dalam kereta ketiga berada dalam kedudukan yang bahaya dalam sebuah trak.




haihh.. macam-macam cara nak masuk ke dalam negara secara haram.. Kadang pelik jugak sebab mereka sanggup bersusah payah untuk masuk secara haram, lebih suka untuk menyakitkan tubuh badan dan ada kalanya menemui ajal ketika dalam perjalanan.. Macam kisah kat Sepanyol nie, kalau tengok pada gambarnya memang agak bahaya jugak kedudukan orang nie, berdekatan dengan enjin kereta.. 

kan...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

4 lovely notes

  1. macam macam lah zaman skrg ni

    ReplyDelete
  2. desakan hidup mcm2 cara diorang sanggup

    ReplyDelete
  3. hmmmm mcm2 helah diorang, shikin.
    seludup org.
    seludup brg.
    kami memang blaja camne nak tau kereta yg masuk negara tu ada seludup something.
    ada kriteria nyer utk memastikannya.
    akal nak menipu ni memang panjang :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators