Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Ejulz

Tuesday, June 25, 2019



Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, saya masih lagi konsisten dengan segmen nie, harap-harap awak suma tak bosan.. hihi... Jom kita kenal dengan sahabat pilihan saya kali nie..




Blog Ejulz... Nama di sebalik Ejulz nie adalah Asrul Harfan, berasal daripada Sarawak, berusia dalam lingkungan 30-an, sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata.. Ejulz telah mula menulis blog sejak tahun 2010 lagi, lebih kurang sama dengan saya...

Persahabatan antara kami nie sama macam sebelum nie, iaitu melalui penyertaan segmen dan GA anjuran rakan-rakan.. Ejulz juga pernah menjadi Top Commentator dalam jurnal saya, dan masih tak jemu-jemu untuk singgah dan tinggalkan nota dalam jurnal saya.. Blog Ejulz nie lebih pada lifestyle blog, tapi ada jugak dia membuat pelbagai review.. Ejulz juga merupakan salah sorang rakan blogger yang sangat supportive dengan rakan blogger dia, salah satu caranya adalah menyertai pelbagai segmen dan GA anjuran rakan blogger.. Kalau awak nak tau, Ejulz nie merupakan seorang usahawan kecil-kecilan dengan meniaga Aiskrim Malaysia di kawasan Kuching.. So pada awak yang berada di kawasan Kuching, bolehlah hubungi Ejulz untuk merasai kenikmatan aiskrim kegemaran semua.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

Aiskrim Kuching (Malaysia) ;
Sebaik-baik Infaq Adalah Menafkahi Keluarga ;
Apa Yang Membuatkan Pekerja Bawahan Kemurungan? ;
Mee Udang Asajaya ;

dan banyak lagi entri yang menarik..


Kepada Ejulz, terima kasih saya ucapkan pada awak kerana menjadi rakan blogger saya yang paling supportive.. Terima kasih jugak kerana selalu singgah dan drop down nota dalam jurnal saya, maafkan saya kerana hanya menjadi silent reader saja, hanya sesekali saya drop down komen dalam blog awak.. Saya doakan agar awak sentiasa sukses dalam dunia blogging dan semoga awak berbahagia dengan keluarga yang tersayang.. Semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi awak sekeluarga.. 




Jom kita singgah dan jengah ke blog Ejulz dan salam perkenalan pada semua...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



13 comments

  1. Ejulz mmg rajin blogwalking & komen..

    ReplyDelete
  2. ejulz ni masih tersenarai sbg top 7 commenter di blog abe kie.

    ReplyDelete
  3. hi ucing hadir dan selamat hari raya (^_^)

    ReplyDelete
  4. salam kunjungan.
    saya pun dah lama berblogging tp kejap tulis menyepi yang lama. hahaa..

    ReplyDelete
  5. kalau dekat dah lama beli aiskrim yg ejulz jual tu serius nampak lazat

    ReplyDelete
  6. ohhh dari Sarawak rupanya blogger Ejulz ni hehehe.

    jemput join segmen terbaru blog saya kak shikin! :D

    ReplyDelete
  7. wah, review blog ejulz.
    aida folo ejulz juga :)

    ReplyDelete
  8. Ejulz mesti happy sangat-sangat nih

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧