Friday, June 01, 2018

Tip elak buli siber

Image result for cyber bullying

Assalamualaikum wbt...
Jika dulu, kes buli hanya berlaku pada keadaan sekeliling dalam bentuk fizikal tapi dengan zaman kecanggihan teknologi, kes buli semakin meningkat sehingga ke alam siber.. Berikut saya sertakan tips camne nak elak kita daripada mangsa buli siber..

💻Lindungi kata laluan - Jangan bagitau kata laluan kepada sesiapapun dan jika kata laluan tersebut tak lagi selamat dan berlaku ketirisan, tukar kata laluan dengan kadar segera.

💻 Tak memuat naik gambar yang mengaibkan - Sebelum kita nak memuat naik atau menghantar gambar yang kurang sopan di dalam laman media sosial, fikir dulu tentang akibat yang bakal diterima dek gambar tersebut.

💻 Tak membuka emel yang tak dikenali -Jangan bukak mesej sama ada di dalam emel, pesanan teks ataupun mesej media sosial daripada orang yang tak dikenali. Padamkan mesej tersebut tanpa membukanya kerana mungkin ianya mengandungi virus yang boleh melumpuhkan sistem komputer ataupun gajet.

💻 Log keluar daripada akaun - Jangan simpan kata laluan di ruangan 'simpan kata laluan' walaupun ianya bertujuan untuk memudahkan kita. Banyak maklumat yang boleh diambil oleh orang lain sekiranya mereka mendapat akses penuh akaun kita. Log keluar dari mana-mana media sosial jika tak menggunakannya lagi.

💻 Google diri sendiri - Sentiasa buat carian nama kita di enjin carian (search engine) seperti Google, Bing, Yahoo dan sebagainya. Jika terdapat maklumat atau gambar yang bertujuan untuk menjadikan diri kita sebagai sasaran, segera padamkan dan laporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. 

Semoga kita semua selamat daripada menjadi mangsa buli siber.. 

*Sumber daripada CyberSecurity Malaysia


12 comments:

  1. actually jangan ambil langsung gambar tak sopan kalau hp link dengan apps storage online. Sangat bahaya

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing the tips, kak :D

    ReplyDelete
  3. sekarang ni kena berhati-hati..

    https://aerillhassan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. sekarang ni memang di hujung jari je, kena berhati-hati selalu.

    ReplyDelete
  5. takutnya nak upload pics sbb takut disabotaj org yg x berhati perut..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah google nama sendiri.. Nice sharing shikin..

    ReplyDelete
  7. Gud info. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. pernah juga buat carian nama sendiri. by the way elak la upload gambar yang tidak2.. sayangi diri kita jangan buka ruang untuk orang lain ambil kesempatan..

    ReplyDelete
  9. kena jaga.
    kena selalu log out if guna komputer.
    meskipun komputer sendiri. itu yg aida amalkan.
    zaman skang, pe pun boleh di buat oleh org yg bijak pandai.
    tapi guna kan ke jalan yg salah!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers