Hikmah pergerakan solat daripada sudut kesihatan

3:35 PM

Image result for solat

Assalamualaikum wbt..
Solat adalah merujuk kepada sembahyang di dalam agama Islam yang suci dan sebagaimana dalil Al-Quran ; 

Image result for baqarah ayat 149 dan 150

"Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( kaabah ) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka ( ada saja yang mereka jadikan alasannya ). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah ( mengenai perkara yang benar )."

Surah Al-Baqarah ayat 149 - 150

Berdasarkan kajian daripada universiti tempatan, berikut adalah beberapa hikmah pergerakan solat daripada sudut kesihatan..

Berdiri - Ketika berdiri, tubuh berada dalam keadaan rehat kerana otot-otot di bahagian atas dan bawah belakang badan direhatkan. Cara ini dapat menghindarkan sakit tulang belakang dan membentuk personaliti fizikal yang sihat. Pandangan mata tertumpu pada tempat sujud. Bahagian atas dan bawah pusat otak disatukan untuk tujuan yang satu iaitu menghadap Allah SWT. Seterusnya, akal, jiwa dan perasaan dibawa bersama untuk menghayati bacaan surah Al-Fatihah kerana bacaan ini berupaya merangsang, membersih dan menguatkan jantung, tiroid, kelenjar pineal, pituatari, buah pinggang dan paru-paru.

Rukuk - Dalam keadaan ini, darah dipam ke bahagian dada. Otot-otot di bahagian bawah belakang badan paha dan betis tertarik sepenuhnya di samping menegangkan otot-otot di bahagian perut, abdomen (bawah perut) dan buah pinggang. Ini memberi kesan yang amat baik pada keseluruhan personaliti fizikal dan rohani. 

Iktidal - Semasa bangun daripada rukuk dan terus iktidal, darah pada bahagian dada bergerak ke seluruh badan, membawa bersamanya toksin ke hujung kaki dan tangan. Pada masa yang sama, fikiran kita akan menjadi tenang dan badan berada dalam keadaan rehat.

Sujud - Posisi sujud mempercepatkan pengaliran darah ke bahagian atas badan, terutama pada bahagian kepala iaitu mata, telinga dan hidung seerta pada bahagian paru-paru. Darah yang terkumpul dapat membersih toksin di bahagian kepala. Mengulangi sujud selepas beberapa saat dapat membersihkan rongga pernafasan, sistem pengaliran darah dan sistem saraf. Oksigen akan tersebar ke seluruh badan manakala sistem saraf simpatetik dan para simpatetik menjadi seimbang.

Image result for sistem saraf simpatik dan parasimpatik
*Sumber gambar daripada Google Images

Duduk - Posisi jari kaki yang berlipat (juga termasuk cara melipatkan kaki ketika sujud) merupakan kaedah pengurutan refleksi terhadap saraf mata, telinga, tengkuk dan seluruh kawasan kepala. Cara ini dapat mengatasi masalah sakit pada bahagian kepala.Cara jari kaki dilipat juga dapat membantu pembuangan toksin dalam hati dan menguatkan gerakan peristalsis usus besar, serta membantu penghadaman makanan dengan menolak makanan ke bawah.. 

Jadi, solat ini DIWAJIBKAN ke atas umat Islam yang baligh dan berakal.. 

You Might Also Like

4 lovely notes

  1. Bagus info ini.. Banyak kebaikan dalam mengerjakan solat wajib dan sunat..

    ReplyDelete
  2. yes. aida pernah baca ni tau.
    sebab tu lah kita kita kena solat dgn tertib & toma'ninah.
    setiap pergerakan tu ada tips kesihatan.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators