Tips Penjagaan Buku Yang Terbaik

Wednesday, February 22, 2017


Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma.. Pagi-pagi nie saya nak kongsikan tips camne nak jaga buku dengan penuh kasih sayang sebab saya tahu ramai sahabat saya nie merupakan pencinta buku, kan... 

Dah keja kat library adalah tips penjagaan yang tertentu tapi boleh jugak dipraktikkan di rumah dan jadikan ianya mini perpustakaan di rumah sebab membaca nie meluaskan pengetahuan kita.. Jadi, jom kita selidik apakah tips-tips penjagaan buku...

1. Elakkan buku dari kepanasan 
Jangan letak buku pada tempat yang panas. Membiarkan buku pada darjah suhu yang tinggi menyebabkan buku menjadi melengkung dan permukaannya tidak sama rata. Meninggalkan buku dalam kereta di tempat parkir yang panas atau membiarkan buku berdekatan mesin-jentera berhaba antara perkara yang perlu dielakkan bagi penjagaan buku awak. Bahang panas juga menyebabkan kulit muka dan halaman menjadi kekuningan. 

2. Balut buku 
Kekalkan penjagaan buku dengan membalut buku-buku yang dibeli. Membalut buku dapat memelihara kulit buku daripada rosak di tepi-tepinya dan mengelak lekatnya debu, minyak dan kotor terus pada muka buku. Terdapat pelbagai plastik buku di pasaran mengikut kualiti dan ketebalannya. Pilihlah plastik buku yang berkualiti. Jika awak memilih plastik buku yang nipis atau bermutu rendah maka plastik ini adalah jenis yang tidak tahan lama, mudah koyak dan cepat bertindak balas apabila berhadapan perubahan suhu tinggi. 

3. Sediakan almari / rak buku 
Buku yang dibeli dari masa ke semasa sedikit demi sedikit menjadi banyak. Kelak ia menimbun dengan pelbagai judul yang memerlukan penyimpanan teratur. Justeru itu penyediaan almari buku atau rak buku merupakan suatu cara supaya buku awak tak bersepah merata-rata. Jika ada duit lebih, beli almari / rak buku yang bercermin bagi mengelakkan buku awak dari cepat berhabuk dan berdebu. 

Image result for books4. Susun buku ikut kategori dan genre 
Atur buku ikut kategori dan genre. Maksud kategori adalah pembahagian mengikut majalah, novel, jurnal, diari, ensiklopedia, fiksyen, bukan fiksyen, dsb. Genre pula adalah perjenisan judul buku melalui tema dan intipati sesebuah buku seperti biografi, agama, ekonomi, politik, sejarah, arkitek, pendidikan, tamadun, perubatan, sains, dsb. Terpulang kaedah penyusunan masing-masing. Ada yang suka menyusun mengikut keluaran penerbit. Ada yang gemar menyusun mengikut nama penulis buku. Sebahagian lain mungkin meminati penyusunan mengikut siri / edisi. 

5. Atur buku secara menegak 
Aturan buku-buku secara menegak merupakan kaedah penyusunan yang terbaik berbanding penyusunan kaedah buku baring atau melintang. Mengapa? Pertama, buku secara menegak memudah dan mempercepatkan kita mengambil buku yang dicari. Kedua, penyusunan secara menegak memanjang jangka hayat buku. Ini kerana buku-buku secara baring menyebabkan binding buku lama-kelamaan tidak selari akibat bertindih dengan buku-buku lain di atasnya.


6. Letak penghadang buku 
Apabila menyusun buku (secara menegak), letakkan penghadang buku pada susunan buku paling tepi / akhir buku. Tujuannya supaya buku-buku yang disusun itu tidak kelihatan senget atau terjatuh. Penghadang buku boleh didapati di kedai alat tulis. 

7. Rekod maklumat buku 
Pustakakan maklumat buku-buku supaya pengkoleksian senarai bahan bacaan awak lebih tersusun, terurus dan bermaklumat. Bagi sebuah buku, perkara yang boleh direkodkan adalah seperti judul buku, nama penulis, nama penerbit, tahun terbitan, jumlah halaman, ISBN, harga buku, genre, dsb. Perekodan ini memudahkan awak melihat kembali jenis-jenis buku yang ada dalam simpanan dan urutan senarai ini amat bermanfaat bagi kegunaan capaian di masa akan datang. Awak boleh menguruskan perekodan ini melalui catitan pada buku khas. 

Image result for messageOkey, itulah tips-tips camne nak menjaga buku dengan baik... Dan ada lagi pesanan.. Jom baca.. hihi











Image result for reading books

Semasa Membaca
Pastikan tangan awak bersih, jika ada kekotoran atau berair boleh meresap ke dalam helaian kertas dan meninggalkan kesan kotoran atau kelembapan. (buku resepi mungkin susah nak tinggalkan kesan disebabkan jenis kertasnya)

Semasa sedang bersantai membaca buku sila jauhkan daripada gelas minuman dan jangan makan sambil membaca sebab dikhuatiri minuman dan makanan jatuh di atas buku.

Bila ingin berhenti membaca, jangan biarkan buku terbuka menghadap permukaan, ini boleh menyebabkan ‘binding’ rosak atau berkedut terutamanya buku berkulit lembut. Sila gunakan penanda buku. 

Jangan tandakan halaman dengan melipatkan hujung kertas. Guna penanda buku jugalah untuk menanda halaman yang terhenti.

Jangan tulis apa-apa pada buku terutamanya pen dan highlighter. Jika awak terpaksa jugak untuk menulis, sila gunakan pensel dan jangan terlalu menekan ketika menulis untuk mengelakkan daripada tulisan berbekas. 

Jangan membaca sambil memandu kereta kerana boleh menyebabkan kemalangan jalanraya. 

Penyimpanan Buku

Buku paling elok disimpan di rak buku. Susunan buku pula sepatutnya didirikan (bahagian ‘spine’ iaitu tulang belakang buku yang mempunyai tajuk menghadap luar)

Pastikan ada ruang di antara buku dan dinding rak tersebut. Cara pengendalian, buku-buku bersebelahan ditolak sedikit ke dalam, buku yang ingin diambil kemudiannya dicengkam pada bahagian depan dan belakang dan tarik keluar. Elakkan daripada menarik keluar dari bahagian atas buku.

Rak buku elok diletakkan di ruang atau bilik yang gelap. Rak buku sama sekali tidak patut diletakkan menghadap tingkap di mana cahaya matahari boleh menjamah koleksi buku. Buku akan menjadi kekuningan dengan kadar lebih cepat.

Ini adalah fakta; buku terdiri dari kertas yang bersifat organik (bahan karbon). Disebabkan ini, buku akan bertindak balas secara kimia dengan cepat jika berada di dalam suhu dan kelembapan yang tinggi. 

Pastikan rumah bersih dan bebas serangga perosak seperti lipas dan anai-anai. Terutama sekali tikus. Tikus dilahirkan tanpa kemahiran membaca, tetapi amat mahir untuk menggigit kertas. 

Jika ruang rak buku sudah dipenuhi, buku boleh disimpan di dalam kotak. Cara susunan sama seperti di rak buku. Seeloknya beli sahaja rak buku baru atau awak buat jualan atau pre-loved sebahagian buku. Buku yang disimpan terlalu lama di dalam kotak yang tidak ditutup rapi akan bertindak balas kimia dan dirosakkan oleh haiwan perosak seperti di atas.


Antara tempat-tempat penyimpanan buku yang sama sekali patut dihindarkan : 

Diluar rumah seperti di anjung, diatas bumbung, di atas pokok, tempat meletak kereta,
Didalam rumah seperti di dapur, di dalam tandas, ruang di atas siling, 
Ditinggalkan di dalam kereta ketika parkir di bawah panahan terik matahari

Pembersihan perlu dilakukan sekali-sekala pada buku dan rak buku. Gunakan alatan khas seperti bulu ayam untuk membersihkan habuk yang terkumpul pada bahagian ‘edges’ iaitu bahagian hujung kertas bila buku tertutup rapat. Pastikan rak buku telah kering sepenuhnya sebelum meletakkan buku kembali sekiranya awak telah mengelap menggunakan kain basah pada rak tersebut.

Semoga ianya menjadi panduan kepada semua pencinta ilmiah..

13 comments

  1. Saya ada satu rak buku dan dah penuh. Taktau dah nak simpan kat mana buku2 lain. huhu. Nak jual sayang, nak masukkan dalam kotak pun rasa sayang.

    Balut buku saya malas sikit, tp bab lain inshaAllah terjaga. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Tapi kak ana bukan malasa tp tak reti. Dari sek lagi fail bab balut buku. 😅😅

      Tp buku tetap terjaga. Sebab sayang kan dah beli lepas tu tak jaga elok2.

      Delete
  2. Cikna sekadar balut&susun kat rak secara menegak je.. Xde genre sebab semuanya novel romantik jiwang2 je yg baca pun cikna sorang je xleh pinjam2 k,hehee...;-)

    ReplyDelete
  3. Yang saya buat biasanya letak dalam kotak (sebab rak setakat ni dah penuh dgn buku lain). Nak balut tu macam hmmm susah sikit.

    ReplyDelete
  4. Ada rumah tu, buku lama-lama pun cantik je tersusun, buku rumah saya susah nak bertahan lama, tunggu budak2 besar sikit kot...

    ReplyDelete
  5. Saya cepat sedih kalau buku saya rosak. Kebanyakan novel inggeris saya sudah bertukar warna kuning, tak tahulah kenapa, mungkin terlalu lama kot.

    ReplyDelete
  6. dulu buku2 asing dalam satu rak khas. sekarang, kat rak buku pun dah letak macam2. anak siap letak masak2 kat rak buku. 😂

    ReplyDelete
  7. Tapi kadang kalau tinggal je buku tu lelama nanti dia macam kotor sikit en?

    ReplyDelete
  8. Nieyl biasa susun dalam rak je..
    itupun kalau x pun,letak dlm kotak je..hihihi

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang ohsem Shikin..
    Sha belum beli rak buku lagi..
    Simpan dalam box je.. Maybe dah ada rumah sendiri baru beli kot.. hehehe..
    Tapi memang dapat je buku, mesti balut dulu..
    Baru boleh baca..

    ReplyDelete
  10. nice tips.
    aida ni tak byk buku kat umah.
    semua kat opis.
    memang ada almari khas.
    kat umah buku anak2 jer la.
    hmmmm anak2, shikin, kita ni yg ngemas utk diorang.
    aduhai...

    ReplyDelete
  11. terima kasih kak atas perkongsian :D

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧