Assalamualaikum wbt..
Mesti seronok kan bila dapat menyewa sebuah rumah yang menjadi impian kita, yang mungkin pada hemat kewangan kita tak mampu nak memilikinya secara hakiki.. Pelbagai pengalaman yang kita dapat bila menyewa sesebuah rumah, ada yang baik dan ada jugak yang berdepan dengan pengalaman yang buruk, lebih-lebih lagi pada penyewa yang baru saja kali pertama menyewa rumah.. Pengalaman buruk ini sebenarnya berpunca daripada lima kesalahan yang penyewa membuat kesilapan kerana tak memberi perhatian ke atasnya..
Jom kita selidik apa yang kesalahan paling utama yang penyewa buat dan jadikan iktibar pada adik, kakak, abang yang baru nak menyewa rumah buat kali pertama...
Tanggungjawab kewangan
Ada segelintir orang yang keluar daripada rumah mak ayah walaupun mereka tak berkemampuan dari aspek kewangan untuk menyara diri. Sebelum berpindah, awak perlu menulis dan menyenaraikan pelan perbelanjaan akan datang seperti elektrik, air, duit sewa rumah, perbelanjaan diri dan lain-lain. Jangan buat kiraan yang salah ke atas kewangan awak kerana ianya akan memberi impak yang besar.
Keperluan / kemahuan
Memisahkan apa yang awak mahukan daripada apa yang awak perlukan boleh menjimatkan banyak wang dan mengelak masalah pada kemudian hari. Contohnya, awak impikan rumah / apartmen yang mempunyai kolam renang ataupun gimnasium tapi keperluan sebenarnya adalah awak hanya perlu mencari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja awak supaya boleh menjimatkan kos pengangkutan.
Membuat lawatan ke rumah sewa
Sebelum awak bersetuju untuk menandatangani sewaan rumah, awak kena membuat lawatan dan memeriksa rumah itu secara menyeluruh. Walaupun tuan rumah itu merupakan seorang yang kita kenal, malah mungkin saudara mara kita, awak perlu memeriksa rumah itu untuk pastikan ianya selesa ataupun tak untuk tinggal di situ. Yealah, kita kalau boleh nak tinggal lama di rumah sewa tanpa berfikir nak pindah banyak kali, keselesaan ini penting untuk kita sebagai penyewa agar takdelah masalah yang akan timbul kelak..
Terlepas pandang pada kontrak sewaan
Walaupun senarai ini menduduki carta keempat tapi perkara ini jugak menjadi sangat penting yang selalu menjadi kesalahan pada penyewa. Ramai orang suka ambik mudah tentang perkara nie, terus tandatangan pada kontrak sewaan tanpa membaca butirannya terlebih dulu, mungkin ada jugak yang baca tapi cuma sepintas lalu tanpa menelitinya..
Memanglah ada tuan rumah memberi butiran kontrak sewaan yang panjang berjela dan kebanyakan daripada kita 'malas' nak membaca ayat-ayat yang panjang nie, tapi ianya WAJIB untuk kita baca dan fahami betul-betul. Ini kerana bila terjadinya sesuatu perkara yang tak diingini dan berdepan dengan tuan rumah, memudahkan kita untuk membuat tuntutan.. Jadi takdelah isu-isu tak puas hati dari pihak awak mahupun pihak tuan rumah...
Tak mencari rumah lain sebagai pilihan kedua
Walaupun awak dah yakin sangat yang awak dah jumpa dengan rumah idaman awak tapi tak salah untuk mencari dan memiliki beberapa pilihan dalam tangan awak. Bila ada banyak pilihan nie, ianya memberi dua perkara iaitu :-
Pertama - Membolehkan awak bersedia jika ada sesuatu di luar dugaan berlaku seperti secara tiba-tiba tuan rumah tak jadi nak memberi sewa pada awak.
Kedua - Membolehkan awak tak nampak seperti terdesak untuk menyewa sebuah rumah dan sikap sebegini memberi ruang pada tuan rumah mengambil kesempatan pada awak.
Jadilah pengguna yang bijak...
Ana 2 tahun pertama kahwin masih duduk dekay rumah MIL. Lepas tu terus beli rumah ayah. Walaupun rumah flat, tapi selesa. Janji mampu dan tak membebankan :)
ReplyDeletebajet, lawatan tu semua penting. kalau saya paling menitikberatkan reka bentuk toilet dia mcm mana ;D
ReplyDeleteTips yang bagus dan berguna..
ReplyDeleteNice tips... Bila tak bersedia akan mula timbul masalah...
ReplyDeleteTips berguna kak :) Siqah pun salah seorang penyewa jugak. Siqah sangat menitikberatkan harga sewa rumah ( mesti dalam budget ), keadaan rumah dan suasana persekitaran. Alhamdullilah, pemilik rumah sewa siqah baik orangnya :)
ReplyDeletesgt bmanfaat, part bajet & mencari pilihan kdua tu mmg ju sokong sgt =D
ReplyDeleteTips yang sangat brguna ni.. Thankz shikin.. :)
ReplyDeletebanyaknya yang kena buat sebagai pemilik sewa, aduh2, nervous pula nak sewakan rumah pertama neeza nanti
ReplyDeletewww.neezalife.com
teringat dulu waktu cari umah sewa.
ReplyDeletemasa tu masih single. on the way nak kawin.
susah nyer la...
Kkdg kehendk tu lg kuat dri keperluan sudhnya trouble kmudian hari..huhuu..
ReplyDelete