Review filem : 10 Promises To My Dog
9:51 AM
Baru-baru nie sempena Tahun Baru Cina, Hypptv telah bukak Channel Ruby Pack selama 12 hari dan salah satu channel yang menarik adalah Channel Red By HBO.. Channel nie menyajikan pelbagai filem yang menarik daripada negara-negara seperti Jepun, Korea, Indonesia dan lain-lain dan salah satu filem yang menarik perhatian saya adalah filem dari negara Jepun yang bertajuk '10 Promises To My Dog'...
Seorang budak perempuan bernama Akari yang diabaikan oleh bapanya iaitu seorang pakar bedah yang sibuk dengan kerjaya. Ibu Akari dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang tidak boleh diubati. Oleh itu, Akari meminta pada mereka untuk mencari seekor anjing sebagai peneman. Pada suatu hari, anak anjing jenis Golden Retriever tidak disangka-sangka muncul dalam taman rumah Akari, dan Akari segera memutuskan untuk mengambilnya. Akari memberi nama sebagai "Socks" atas cadangan ibunya, kerana kaki anak anjing yang bertompok membuat ia kelihatan seperti ia telah memakai stoking putih. Ibunya meminta Akari berjanji bahawa dia akan mengikuti 'Sepuluh Rukun Pemilikan Anjing' sepanjang menjaga Socks. Akari mempunyai rakan lelaki bernama Susumu, yang dilatih oleh keluarganya untuk menjadi seorang pemain gitar profesional. Dengan bantuan Susumu, Socks dilatih untuk menjadi anjing yang sangat setia pada tuannya.

Kemudian timbul masalah yang baru apabila Susumu menerima tawaran ke sekolah muzik yang berprestij tinggi di Paris. Pada hari dia nak berangkat, bapa Akari yang sepatutnya bercuti pada hari itu, terpaksa balik ke hospital kerana ada kes kecemasan dan menyebabkan Akari tak dapat berjumpa dengan Susumu. Bapa Akari meletakkan jawatan sebagai pakar kerana dia berasa bersalah pada anak perempuannya yang tak dapat berjumpa dengan Susumu dan mengambil keputusan untuk berpindah semula ke rumah lama mereka di Hakodate dan membuka klinik di rumahnya. Akhirnya Socks kembali bersama dengan keluarga ini dan membesar bersama-sama dengan Akari.


Filem nie berjaya membuatkan airmata saya mengalir kerana jalan cerita yang begitu menyentuh perasaan.. Kisah nie yang memaparkan kasih sayang antara keluarga dan sesama makhluk Allah di muka bumi nie yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan ikatan kasih sayang yang kuat..
13 lovely notes
Baca review Shikin pun dah rasa sedih. Sekarang ni makin menjadi2 kes penderaan ke atas haiwan. dah takde perasaan kasihan dan kasih sayang agaknya manusia sekarang ni.
ReplyDeleteMemang sedih kak bila tengok filem nie..Yea memang btul sekarang nie kes penderaan ke atas haiwan dan manusia juga semakin menjadi-jadi.. Dunia semakin berada di penghujung... ;(
DeleteMovie ni dah lama kan.
ReplyDeleteTp Cik Ila tak pernah ada kesempatan nak tengok lagi.
Dari review Shikin...sedih je.
Nanti Cik Ila pun nak tengok juga.
Yea Cik Ila, movie nie ditayangkan pada tahun 2008.. Saya pun first time tengok kat channel tue, kalu TM tak bukak channel free, saya pun tak tahu filem nie.. Tengok jgn tak tengok, memg sedih jalan citernya.. ;(
DeleteBaca pun dah sebak. Kalau tengok mesti lagi sedih filem ni. Kena cari filem ni.
ReplyDeletesebak baca post Shikin ni..kalau menonton pun mesti meleleh airmata ni...
ReplyDeleteSha yang baca review nie pun bergenang air mata..
ReplyDeletesedih dan menyentuh perasaan..
Maaf cakap lah... cerita belah2 sana tu, kalau buat cerita banyak mesej yang diaorang selitkan... belah2 sini kurang sikit... Hehe...Well, complete sinopsisnya...
ReplyDeleteHuuu sedih sambil baca nak bergenang air mata....
ReplyDeleteCantik akari tu. Kenapa rasa orang potong bawang pula kat sini, sedihnyaaa T_T. Kalau saya, cerita melibatkan haiwan dan tuan memang lemah sikit, lain macam sedihnya. huhuhu.
ReplyDeleteokay kene carik ni nak downloaddd~ suke betul movie yang ade selit moral tentang kasih terhadap haiwan ni. heee sebab tu cite-cite saye nak jadi veterinar/zoologist! ^^ aminnn~
ReplyDeletejemput bace and komen my new entry. tysm <3
http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2017/02/fie-nak-jadi-mommy-dah.html
sobs..sobss..sobs...
ReplyDeleteSedihnya bca review cite nie..nk cri la nnti
ReplyDelete❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧