25 info urutan bayi

Wednesday, December 07, 2016


Assalamualaikum wbt..
Sejak dulu, urutan bayi dipercayai memiliki banyak manfaat, lebih2 lagi kepada bayi yang dilahirkan pra-matang atau bayi yang dilahirkan secara pembedahan caesaraen. Urutan bayi ini boleh memberikan impak positif kepada tumbesaran dan psikologi bayi. Urutan ini boleh membuatkan mereka rasa selamat dan merapatkan jurang antara ibu dengan anak.

Manfaat daripada urutan bayi ini adalah merangkumi :-
  • Menguatkan antibodi dan membantunya jarang sakit.
  • Si manja akan tidur lebih nyenyak.
  • Corak pemakanannya menjadi lebih baik.
  • Pencernaannya akan lebih lancar.
  • Sebagai satu cara merapatkan hubungan (bonding) antara si kecil dengan ibu atau bapa.
  • Urutan buat adik rasa selesa.
  • Melancarkan peredaran darah serta memperbaiki kesihatan kulit bayi.
  • Bayi yang sering diurut akan jarang mengalami kolik, sembelit dan cirit-birit.
  • Membuat otot-otot bayi lebih kuat dan koordinasi tubuhnya lebih baik.
  • Sistem kekebalan tubuh bayi akan lebih kuat membuatnya lebih tahan terhadap infeksi dan masalah-masalah kesihatan lain. Bayi yang sering diurut menjadi lebih riang dan kurang turun naik emosi dan tantrum. Secara umumnya emosional dan psikologinya lebih stabil.Urutan merangsang penghasilan hormon serotonin yang menjadikan dia lebih tenang.
  • Bagi si manja pra-matang, urutan bayi akan dapat membantu menaikkan berat badannya.
  • Menurunkan paras stress hormon di dalam badannya.
  • Waktu yang sesuai ialah selepas menukar lampin dan sebelum waktu mandi.
  • Pastikan ruang mengurut tidak bising dan selesa.
  • Alaskan si manja dengan lembut seperti tuala atau kain lampin yang tebal. Telangkupkan si manja dan mulakan urutan daripada bahagian tapak tangan, kaki dan badannya.
  • Setiap sesi adalah 10 hingga 15 minit saja.
  • Si kecil yang cerewet, dia mungkin akan rasa kurang selesa dan boleh jadi terlebih rangsangan.
  • Ibu dan bapa perlulah mempelajari teknik urutan yang betul agar manfaatnya boleh dirasai si manja dan awak berdua.
  • Pada saat awak melakukan urut, tangan dan jari jemari ibu harus dalam keadaan bersih dan kuku juga tidak berada dalam keadaan kotor atau tajam yang boleh membahayakan si kecil.
  • Pastikan perut si kecil tidak terlalu penuh dengan makanan dan juga tidak berada dalam keadaan lapar.
  • Lakukan urutan dalam keadaan tenang bagi memberikan efek yang optimum. 
  • Ajaklah si kecil berkomunikasi dan berbicara ketika proses urutan dilakukan.
  • Mulai dengan sentuhan awal yang lembut.

3 comments

  1. Wah banyaknya kelebihan sentuhan dan urutan pada bayi ya 😍

    Baby dapat rasakan kasih sayang dan membantu peredaran darah 😄

    Memang terbaik.

    😍😍 Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan 😊😉

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧