Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Siap jugak akhirnya....and baru nak bergembira tapi....!

Thursday, August 20, 2015


Assalamualaikum,
Nie makcik nak luahkan perasaan (makcik..!), hehehe.. Semalam kan, mood 'terlalu rajin' nak mengemaskini blog library telah muncul dan akhirnya tepat jam 2.30 petang tadi, ianya siap dikemaskinikan... ada banyak info baru saya buat dan di upgrade kan, kalu awak suma sudi singgah sila layari blog library kami : Perpustakaan JBPM ... 

Lepas tue nak luahkan perasaan lagi... hari nie ada di kalangan kakitangan kerajaan di Putrajaya sahaja (negeri lain tak dapat gaji lagi) telah mendapat gaji awal daripada tarikh sebenar, iaitu yang sepatutnya pada 25hb yang akan datang... dalam erti kata lain, gaji saya pun dah masuk dalam akaun, tapi pihak AG (Kementerian Kewangan) menyekat kembali gaji tersebut..Duit ada dalam bank tapi tak boleh dikeluarkan... huwaaaa :(  rasa menyesal pun ada sebab rakan ada bagitahu kalu nak ambik duit gaji hanya di waktu pagi hingga tengahari jea sebabnya lepas tengahari mereka akan menyekat gaji itu daripada dikeluarkan... tapi penyakit malas nak keluar opis tue menyinggah dalam diri, dan kerja mengemaskini blog tak siap, saya abaikan jea,..huhuhu kalu tahu jadi begini, mesti saya dah siap-siap bayar bil internet yang tertunggak.... ahaksss... takpelah Shikin... tunggulah gaji 25hb nanti, bolehlah jelaskan hutang-hutang yang ada tue... :) cheer up...

Kita baru berangan nak beli barang dapur sebab esok family mertua nak datang rumah....nasib baik suami dapat advanced gaji dia pada hari nie, kalu tak ... termenung kejap... oleh kerana nak hiburkan hati yang lara, saya mula mencari hiburan yang lain, haaa...bukan pegi ke mana-mana pun, cuma surf internet jea, hihi... 


Saya ada terbaca satu artikel di mana seorang lelaki menyaman isterinya sebanyak RM82k atas alasan tertipu dengan wajah buruk isterinya kerana solekan tebal... hmmm macam-macam kes pelik berlaku sekarang...sebelum nie ada jugak kes suami menyaman isterinya kerana melahirkan anak yang mempunyai wajah buruk dan tak sama wajah seperti isterinya, rupa-rupanya si isteri telah membuat pembedahan plastik yang membuatkan dia cantik seperti artis antarabangsa... tengok gambar tue, memang cantik bila dimekap tebal sebegitu, tapi itu bukanlah kecantikan semula jadi... saya pun bermekap jugak tapi sekadar pakai bedak muka, maskara dan gincu jea, tue pun lipgloss, lepas solat zohor, jarang nak tonyoh balik muka nie dengan alat solek, sampaikan ada rakan2 opis menegur, sakit ke? tak sihat ke? napa muka pucat jea? dan senang aje jawapan saya, malas nak pakai... hehehe 




 
 
read more

Video viral mengenai penyu menahan kesakitan akibat straw minuman berada di dalam rongga hidungnya...

Tuesday, August 18, 2015

Assalamualaikum...
Sementara tengah tunggu hubby balik daripada kerja, saya nak berkongsi sikit mengenai satu lagi sikap buruk manusia, iaitu buang sampah merata-rata tempat hingga menyusahkan hidupan lain...


Sekarang nie, tengah menjadi viral kat fesbuk seekor penyu menahan kesakitan kerana ada sebatang straw minuman melekat di dalam rongga hidung..kemudian ada beberapa orang penyelam, mungkin jugak aktivis alam telah menjumpai seekor penyu yang sakit tue...mereka cuba membantu penyu tersebut dengan menarik keluar straw tersebut dengan menggunakan playar dan memancut darah keluar..yang sedih tue,bila masa penyu menggeliat menahan kesakitan tapi aktivis tue beberapa kali menyebut maaf kepada penyu terbabit..setelah 3 minit, barulah straw dapat dikeluarkan dan darah makin membuak daripada hidung penyu tue...



--> tengok link video kat sini..

Memang buruk betul perangai manusia sekarang, meleleh airmata saya bila tengok video nie... awak tengoklah sendiri video nie dan nilaikan sendiri dengan sikap manusia...

 
read more

Jom sama-sama kita kibarkan jalur gemilang


Assalamualaikum...
Saya tak perasan kita dah masuk pertengahan bulan Ogos dan bulan ini adalah bulan kemerdekaan negara kita kan.. Hampir 58 tahun kita dah merdeka dan diharapkan kekalkan lah keamanan di negara kita nie...Janganlah kita ikut sangat perasaan nak buat demo sana demo sini tanpa kebenaran, memanglah kita ada hak untuk bersuara tapi ada caranya.. tengoklah di negara-negara bergolak, sampaikan kita nak bersiar-siar bersama keluarga pun kena berhati-hati, takut kena tembak lah, kena bomb lah dan macam-macam..yang paling kesian dan menyayat hati adalah jika melibatkan kanak-kanak...Nauzubillahiminzallik... Mintak-mintak dijauhkan oleh Allah agar keluarga, sanak saudara dan sahabat dilindungi oleh Allah...

Bercakap pasal jalur gemilang nie, awak tau tak asal usul ciptaan bendera negara kita yang tercinta nie...

Ia bermula pada 29 November 1949 apabila diadakan pertandingan mencipta bendera peringkat kebangsaan.

Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang dan buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950.

Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 31 Ogos 1997, sekali lagi sejarah bendera terukir apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Penghasilan bendera yang diilhamkan oleh penciptanya, Mohamad Hamzah dibuat dengan jiwa yang penuh semangat nasionalisme.

Maka, setiap lambang dan warnanya yang digunakan menonjolkan maksud tertentu.

a) Bahagian berwarna biru tua bermaksud perpaduan yang merupakan elemen paling penting bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

b) Warna kuning pula bermaksud Raja Berpelembagaan.

c) Merah membawa maksud keberanian.

d) Manakala putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi meningkatkan dan mempertahankan kebudayaan dan keperibadian Malaysia.



Jadi,sempena dengan bulan kemerdekaan nie, marilah kita sama-sama mengibarkan jalur gemilang di mana-mana...


read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    PERTANDINGAN TIKTOK MENCIPTA SAJAK KEMERDEKAAN 2026
  • Jom Kita Masak-Masak
    Rojak Buah Stor Versi Terengganu
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ▼  2026 (31)
    • ▼  August (1)
      • PERTANDINGAN TIKTOK MENCIPTA SAJAK KEMERDEKAAN 2026
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (14)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2025 (59)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (133)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (20)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (268)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (27)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (271)
    • ►  December (59)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist February - July 2026

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: PURDAH BUKAN FESYEN :.
  • KasihkuAmani
    888 3in1 Instat Milk Tea
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Tiffin for today ++
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Nafkah Anak: Tanggungjawab Yang Tidak Pernah Terputus
  • Warisan Petani
    Buah Duku Johor
  • Manis Strawberi
    Air Tangan Kak Ipar Bahagian 2 2025
  • Syurga Untuk Sofie🖊️
    Sekitar Julai Yang Lalu
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Menu Dinner 26 Julai - 30 Julai 2026
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Terima Hadiah Daripada Blogger Roziah Muhammad Nor
  • Blog Rabia Adawiyah
    Nasi goreng untuk bekal
  • Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini!
    Ayam Masak Kicap, Dinner Yang Simple
  • aizamia3
    Duduk Rumah Sampai Lupa Rupa Sendiri
  • anajingga
    Pengalaman penerbangan umrah bersama Saudia Airline KLIA - Madinah ( Part 4 )
  • Titian Perjalanan
    Mencari Al-Quran Per Juzuk di Mekah
  • ~ Blog Diari Famili Kami ~
    27/12/2025 | Hari Ke-3 ~ MELK, HALLSTATT & SALZBURG
  • Camdandusler
    ÖYLE BİR GEÇER ZAMAN Kİ
  • Aida Deq Su
    Doakan Ikhlas dapat masuk SBP ye
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • Daily Bliss Journal
    Trip Kerja ke Miri, Sarawak
  • Drawing the Words
    Hadiah Untuk Malaikat Kecil
  • Blog Cik Renex
    Kamera mini untuk Mikhail dan sambutan hari jadi di tabika
  • Yusuf Baradar
    Kisah Harimau Dan Tikus: Siapa Yang Lebih Hebat?
Show 10 Show All

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.