Assalamualaikum,
Hari ini kita sudah memasuki 12 Ramadhan, hatiku terasa sayu sahaja...Entah mengapa hati ini terasa sayu sangat... Mungkin aku merindui keluarga aku yang berada jauh di negeri Terengganu dan Insya-Allah aku akan pulang ke kampung tidak lama lagi... Walaupun aku bersedih, hubby dan si Kecik sentiasa dapat membuatkan aku sedikit ceria walaupun kadang-kadang letih aku dibuatnya kerana melayan karenah mereka ini... Lebih-lebih lagi Si Kecik (oppss...jangan salah sangka, Si Kecik ini adalah seekor kucing betina)... Dia memang suka diurut dan selalu menjerit untuk meminta aku mengusap dan mengurut badannya... Selalunya dia akan berbaring dan habis terkangkang dan kemudian dia buat muka kasihan sampai memang kasihan tengok dia... hehehe jikalau aku tidak buat demikian, memang dia akan menjerit di sebalik pintu... hubby pula memang selalu mengusik aku sampaikan aku terjerit-jerit, malu betul dengan jiran-jiran... Entah apa pula anggapan mereka pasal kami, hehehe mungkin mereka ingat kami bergaduh sedangkan kami memang bergurau senda... Walaupun kami belum ada rezeki untuk memiliki cahayamata, tetapi kami saling melengkapi antara satu sama lain.. Ya Allah, kau tetapkan iman kami dan Kau restuilah berhubungan kami ini Ya Allah, terima kasih Ya Allah kerana kami dipertemukan dengan izin-Mu... Terima kasih kerana Kau melengkapi hidup kami Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahhim... Amin Ya Rabbal A'lamin...
Surah ini abah dan ummie selalu mengajar aku supaya membaca Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 untuk kesejahteraan. Puas juga aku mencari maklumat tentang kelebihan surah ini dan akhirnya aku menemui akan kelebihannya di dalam salah satu laman web perubatan Islam....
Pagar Diri dengan Surah Yaa Siin: Di dalam sebuah hadis riwayat Sahih Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Rasulullah semasa ingin keluar berhijrah padahal baginda dikepung oleh orang-orang kafir, membaca Surah Yaa Siin ayat 1 hingga ayat 9 pada segempal tanah lalu menaburkan pada orang kafir tersebut. Akhirnya dengan kuasa Allah dan mukjizat Al-Quran, baginda dapat keluar tanpa dilihat seorang pun.`
Berdasarkan pada kelebihan ini, kita dapati banyak isim-isim atau doa-doa, samaada dalam ilmu hikmah, ilmu kebatinan atau sebagainya, yang memasukkan surah yassin ayat 1 hingga ayat 9 dalam amalan mereka. Ada juga yang menjadi ayat ini sebagai ajian halimunan apabila ingin bersembunyi dari musuh-musuh tertentu.
Dalam amalan rawatan Islam, surah yaasiin ayat 1 hingga ayat 9 ini banyak digunakan, terutama semasa sesi rawatan ingin dimulakan. Ianya dibaca dengan niat agar Allah Taala melindungi diri kita dari ancaman zahir dan batin, sebagaimana Allah melindungi Baginda rasulullah pada malam hijrah Kubra tersebut. Ia juga di baca setiap kali keluar dari rumah untuk ke tempat kerja atau sebagainya dengan niat memohon perlindungan Allah sehingga kita kembali.
Amalkan ianya setiap hari ketika keluar dari rumah ke tempat kerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons