Assalamualaikum wbt...
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada awak semua.. Maaf tau banyak-banyak kerana saya kurang berkongsi cerita dengan awak semua sejak beberapa bulan nie.. Mungkin atas faktor kesihatan mental yang kejap ok kejap rasa macam letih sangat membuatkan saya rasa takde daya nak bercerita.. Walhal memang banyak perkara yang saya ingin kongsikan pada awak...
Nak tau cerita..?
Baru-baru nie PMX telah membuat pengumuman bahawa semua penjawat awam yang berkelayakan akan diberikan kebenaran untuk membuat kerja dari rumah (BDR) bermula pada 15hb April yang lepas disebabkan konflik di Asia Barat makin meruncing.
Jadi nak dijadikan cerita, saya merupakan salah sorang yang dibenarkan untuk BDR atas faktor utama jarak antara rumah saya ke opis adalah sejauh 24 kilometer untuk sehala.. Saya mula BDR pada minggu lepas, tapi hanya dibenarkan untuk BDR selama 2 hari, dan berselang seli. Ini bermakna saya BDR pada hari Selasa dan hari Khamis..
Maka, hari sebelum saya mula BDR, saya mula mengemas barang-barang untuk di bawa balik.. Antara tugasan yang diberikan pada saya adalah tugasan biasa yang saya buat semasa berada di perpustakaan, iaitu katalog data buku untuk dimasukkan di dalam sistem perpustakaan dan membuat keratan akhbar digital dan dimasukkan ke dalam blog perpustakaan. Ada lebih kurang 4 kotak yang mengandungi buku-buku untuk saya masukkan data katalog.
Bila saya mula buat kerja katalog buku, tetiba datang idea yang merapu-rapu.. Saya sebenarnya bercita-cita nak pencen awal, iaitu sekitar umur 55 tahun.. Kalau diikutkan pencen wajib, jika dipanjangkan umur, saya akan mula berpencen wajib pada umur 58 tahun.. Tapi bila fikir semula, saya rasa saya nak berpencen awal, pada umur saya 55 tahun, saya telah berkhidmat dengan kerajaan hampir 35 tahun.. Jadi saya fikir itu sudah memandai untuk saya berkhidmat untuk negara... Lagi pula, saya rasa nak bagi peluang pada anak-anak muda untuk bekerja demi masa depan masing-masing...
Awak tau, sekarang pun saya dah fikir macam-macam apa yang saya nak buat selepas pencen.. hihihi, rasa macam tak masuk akal kan... Tapi itulah realiti saya sekarang, bila idea nak ambik upah untuk masukkan data katalog dalam sistem perpustakaan, rasa macam seronok pula, tambahan pula idea saya untuk membuka spa massage masih lagi berada di tangga teratas setelah berpencen. Tapi tue la, nak mengurut nie kena perlukan banyak tenaga, masa tue saya terfikir, larat ke saya nak ambik job tue lagi..? Apapun sama-sama kita tunggu..
Saya nak berkongsi dengan awak, satu video bermula daripada awal saya packing buku dalam kotak hinggalah saya organize buku-buku kat rumah... Hihi ramai yang cakap, susunan saya umpama macam meja guru di sekolah..Apa pendapat awak?
Versi Melayu
Versi English
Pengalaman saya guna SPOT-ME..? Bagi saya ianya mudah saja, cuma sesetengah orang ianya agak leceh untuk dilakukan kerana perlu log masuk setiap satu jam. Jika ada yang terlepas pandang, ataupun terlupa nak log masuk, maka kami perlu bersoal jawab dengan pihak atasan kenapa terlupa untuk log masuk.. Solusi saya adalah saya akan pastikan set pada alarm jam bagi mengingatkan saya untuk log masuk, jadi saya takkan terlepas untuk log masuk setiap satu jam.
Pengalaman sepanjang BDR..? Jujurnya walaupun saya hanya baru BDR selama 2 hari tapi hakikat yang sebenar adalah saya berasa seronok untuk bekerja dari rumah. Ini kerana saya takdelah rushing nak pergi kerja pagi-pagi dengan menghadap jemmed setiap hari. Sebenarnya agak letih juga untuk saya bergerak awal pagi, kudrat pun dah tak sekuat sewaktu usia masih muda, bila umur dah masuk 40-an nie, banyak benda nak kena jaga, terutama kesihatan mental dan fizikal. Jadi untuk orang introvert macam saya, masa BDR nie adalah masa yang paling saya rasa ada ketenangan, sama situasi semasa kita di zaman PKP dulu.. Lebih-lebih lagi saya nie jenis yang suka duduk di rumah dan hanya keluar jika ada hal yang perlu diselesaikan...
Harap-harap konflik di Asia Barat tak berlanjutan lama dan kita akan kembali dengan kehidupan yang normal semula...
Assalamualaikum wbt...
Ada bakat bercerita?
Pandai menyampaikan mesej dengan penuh emosi dan kreativiti? Inilah peluang awak semua!
Sertai pertandingan ini dan tonjolkan keunikan gaya pembacaan awak melalui tema :
“BERSAMA MEMBINA NEGARA BANGSA”
📅 Penyertaan dibuka mulai 14 April 2026
⏳Tarikh tutup 19 Jun 2026
👥 Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia (kecuali warga PNM)
📌 Ada dua kategori yang akan dipertandingkan :
* Kanak-kanak (7–12 tahun)
* Dewasa (13 tahun ke atas)
🏆 Hadiah menarik menanti pemenang!
🎖️ Sagu hati turut disediakan untuk 5 finalis terbaik
📲 Imbas kod QR untuk terma & syarat dan maklumat lanjut.
💡 Serlahkan kreativiti awak. Sampaikan mesej perpaduan. Jadi inspirasi kepada negara!
Assalamualaikum wbt...
Berita baik untuk semua pencinta buku 📚✨
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Negeri (MPAM) akan kembali dengan Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang dianjurkan setiap tahun. Program ini memang khas untuk galakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia—tak kira usia, semua boleh join!
Untuk tahun 2026, tema yang dibawakan ialah “Membaca Membina Bangsa” 💡
PNM juga akan adakan program ini di peringkat kebangsaan dengan butiran seperti berikut:
📅 Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 Tempat: Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh, Perak
📖 Tema: Membaca Membina Bangsa
Jadi, jangan lupa luangkan 10 minit untuk membaca bersama-sama ya! 😉📖
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Subscribe to:
Posts (Atom)


.png)

Social Icons