Assalamualaikum wbt...
Bersempena dengan Hari Nuzul Al-Quran pada hari esok, saya nak ajak awak semua yang berada di berdekatan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk sama-sama mengimarahkan satu program iaitu PROGRAM WORLD #QURANHOUR dengan bertemakan 'SURAH AL-JUMU'AH (HARI JUMAAT) yang akan diadakan pada 4 APRIL 2024 bersamaan 24 RAMADAN 1445H pada pukul 11.00 PAGI SEHINGGA 1.00 TENGAH HARI. Lokasi program ini akan diadakan di MASJID NEGARA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
Untuk setiap penyertaan, awak perlu mengisi borang penyertaan kehadiran di https://bit.ly/REGISTERWQH1445H.
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, awak boleh berhubung terus dengan wakil penganjur iaitu Puan Rozalina binti Mohamed (013-3946471) atau Encik Muhammad Iqbal bin Mohd Rosdi (013-6328511) atau e-mel ke rozz26@gmail.com atau m.iqbalrosdi@gmail.com.
Seperti mana Rasulullah SAW bersabda :
أَفْضَلُ عِبَادَةِ أُمَّتِي قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ
yang bermaksud "sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran.”
Riwayat al-Baihaqi (1865)
Kelebihan membaca al-Quran dapat dilihat menerusi ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Antaranya Firman Allah swt :
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّـهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَـٰرَةً لَّن تَبُورَ
yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”
(Surah al-Fatir : 29)
Assalamualaikum wbt..
Salam 10 Ramadan pada awak semua.. Pagi nie saya nak ajak awak join satu ceramah yang diberi tajuk Integriti Dan Etika Kerja Cemerlang. Penceramahnya bukan calang-calang orang tau, nama beliau adalah DCP Dato' Hj Ghazali bin Hj Daud, DIMP, JSM, BSK, PJPN, yang merupakan seorang Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling), Bukit Aman. Jom la join ceramah nie melalui Google Meet.
Tarikh : 21 Mac 2024 (Khamis)
Masa : 9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Pautan Google Meet
(Kapasiti peserta berdasarkan first-come, first-served basis. Pautan akan dibuka 30 minit sebelum sesi bermula)
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua untuk terus berintegriti dalam kerjaya masing-masing.
Assalamualaikum wbt..
Salam 3 Ramadan Al-Mubarak.. Pagi nie saya nak ajak awak semua untuk baca e-jurnal dan e-buku secara PERCUMA..
U-Pustaka ingin memperkenalkan Pangkalan Data Emerald..
Apakah itu Pangkalan Data Emerald..? Nak tahu tentangnya..?
Jom, sertai kami:
14 Mac 2024 (Khamis)
10.00 pagi - 11.30 pagi
Bersama Bernice Wong,Business Manager,
Emerald Publishing
Sila ketik pautan Google Meet di bawah
;
;Yang paling best, semua ini boleh akses secara PERCUMA dan amat MUDAH untuk semua golongan...
Semua adalah dijemput untuk hadir... Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.
Sumber :
BAHAGIAN SUMBER ELEKTRONIK
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
T : 03 - 2687 1776 / 1781 / 1892
Subscribe to:
Posts (Atom)




Social Icons