Assalamualaikum wbt..
Terima kasih pada Anum Kudut kerana sudi mengirimkan hadiah giveaway.. Dan ada cerita di sebaliknya.. hihihi.. Nak tau kisah..?
Camnie citernya...
Pada 15hb Mei yang lepas, saya menerima satu pesanan SMS daripada J&T Ekspress yang mengatakan ada parcel yang akan dihantar ke alamat di Putrajaya.. Masa tue hati berteka-teki apakah barangan yang akan dihantar tue..? Sebab seingat memori ingatan, rasanya saya takde pun shopping online, memandangkan sekarang nie kan musim PKP, jadi segala penghantaran saya letak alamat rumah sebagai alamat penghantaran..
Masa tue dup..dap..dup..dap menunggu parcel tue, dan akhirnya terjawab sudah teka-teki hati saya nie.. Parcel yang di nanti akhirnya sampai pada 19hb Mei yang lalu, dan bila melihat nama penghantar, senyuman mula diukir pada bibir...
Rupa-rupanya parcel nie dihantar oleh sahabat blogger saya, Anum Kudut [https://anumkhairil.blogspot.com/]... Tapi masa tue, rasa musykil pulak kenapa dia hantar hadiah yang comel nie pada saya... So, saya pun whatsapp la pada Anum dan katanya hadiah tue dah lama berada dalam almari opis dia, dan dia sendiri dah lupa tentang hadiah tue😅.. So ini bermakna ini adalah hadiah giveaway, yang saya pun sendiri tak ingat bilakah giveaway tue berlangsung😂.. hihihi
Apapun saya nak ucapkan terima kasih pada Anum Kudut kerana sudi hantar hadiah yang comel nie pada saya.. Semoga awak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hendaknya dan semoga ikatan ukhuwah kita akan kekal hingga ke akhirnya..
![]() |
| Sumber gambar Google Images |
Assalamualaikum wbt..
Bila kita mengamalkan diet, segala panduan, aturan dan amalan telah dilakukan dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan aturan diet yang betul. Jadi, agak-agak apa yang kita buat selama ini membuahkan hasil ke tak? Mungkin awak merasakan yang diet awak telah berjaya, tapi sebenarnya tak sepenuhnya.
Akan tetapi awak jangan risau!
Berikut adalah 6 tanda yang diet awak sebenarnya telah berjaya dilakukan... TAHNIAH!!!
LINGKARAN PINGGANG - Biasanya diet kita akan sukses apabila lingkaran pinggang juga menurun. Walau bagaimanapun, kita mesti terus berusaha untuk menurunkan berat badan ideal. Kadang-kadang berat badan saja yang berjaya turun tapi belum tentu lingkaran pinggang terutamanya jika berat badan hanya turun sekitar 1-2 kilogram saja.
SEMANGAT UNTUK BERSENAM - Ketika kita ingin bersenam sama ada di gimnasium, tempat riada ataupun di rumah, kita merasakan perasaan amat seronok, lebih menyenangkan dan tidak membebankan. Malah ketika bersenam, tahap pernafasan kita juga menjadi stabil dan ini bermakna diet yang kita amalkan itu membuahkan hasil.
BADAN LEBIH SEGAR - Setiap kali bangun pagi, kita merasakan badan kita menjadi lebih segar dan lebih ringan. Malah kita merasakan lebih bersemangat untuk melakukan kerja-kerja harian dan mempunyai rehat yang mencukupi. Ini menandakan diet yang kita amalkan adalah betul dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita adalah mencukupi.
TIDAK MUDAH SAKIT - Bila diet kita kita ini adalah betul, maka kita akan sentiasa dalam keadaan cergas, kekal ramping dan tak mudah mendapat penyakit. Ini menunjukkan kita berada dalam situasi metabolisme dan penghadaman yang baik.
CERMIN DIRI - Ketika berada di depan cermin, kita sendiri merasakan bahawa penampilan menjadi lebih langsing dan berbeza daripada sebelum ini. Nilailah dengan jujur dan perbetulkan lagi program diet yang kita lakukan. Mengikut kata Brad J. Bushman dalam Journal Of Applied Psychology, melihat bayangan sendiri di dalam cermin akan membuatkan kita lebih sedar terhadap apa yang kita ambil dan berapa banyak yang kita makan.
DIAKUI OLEH KAWAN-KAWAN - Bila ramai di kalangan kawan-kawan kita yang perasan tentang perubahan diri, maka tak sia-sia latihan dan program diet yang kita lakukan itu.
Adakah petanda ini kena dengan situasi awak sekarang? Kalau yea, TAHNIAH diucapkan, kalau belum, teruskan displin awak untuk meneruskan program diet ini.. FIGHTING!!!
Assalamualaikum wbt...
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada awak semua... Maaf zahir dan batin, andai ada salah dan silap sepanjang saya menulis nukilan dari jurnal ini.. Saya mintak maaf jugak pada rakan-rakan yang menjemput saya untuk join mana-mana segmen dan giveaway anjuran awak, sebab masa tak mengizinkan saya untuk berbuat demikian..
Saya sendiri dalam proses untuk memulihkan diri sendiri, dengan pelbagai dugaan yang terus menerus mendatang... Kadangkala dalam hati ini terasa ingin menamatkan saja penulisan saya nie, tapi rasanya belum boleh lagi kot untuk saya berhenti begitu saja😅 Apapun saya nak ucapkan banyak² terima kasih pada awak kerana sudi menjemput saya untuk join segmen dan giveaway..
Dengan norma baru yang meliputi kehidupan kita nie, saya harap agar awak sentiasa menjaga diri masing-masing, jaga jarak dan ikutlah apa yang disarankan oleh KKM dan kerajaan.. Semoga kita semua dilindungi Allah hendaknya.. Saya nak mohon doa daripada awak semua agar saya sembuh seperti sediakala dan kembali aktif seperti dulu..
Subscribe to:
Posts (Atom)


Social Icons