Assalamualaikum wbt...
Di kesempatan nie, walaupun hari dah semakin petang, tapi saya nak ucap jugak.. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 59 tahun kepada suma rakyat Malaysia, jagalah keamanan yang kita telah kecapi selama 59 tahun ini...
Sebenarnya, dari sejak semalam lagi saya tak sihat, selesema, batuk ditambah pulak dengan sakit kepala, huhuhu gara-gara jerebu punya pasal... Makan pun tak berapa lalu sangat, sejak pagi tadi cuma makan roti telur jea, nasib baik ada buah epal untuk mengalas perut...
Kelmarin, hati nie berkobar-kobar nak kemas rumah tapi akhirnya terjelepok atas katil jea... hurmm.. Askar-askar wataniah pulak pandai jea bila tengok tuannya sakit, takdelah mereka mengada-ngada sangat untuk mintak belai diorang.. hehehe..
Tapi apapun, semangat patriotik nie masih membara lagi tau, walaupun tak dapat tengok pancaragam secara live, dapat tengok kat tv pun jadilah....
Dan walaupun saya mengalami sakit-sakit badan, kerja part-time tetap saya lakukan apatah lagi pada customer yang telah lama berurusan dengan saya.. Rasa macam kesian pulak kalau saya batalkan temujanji atau tak ambik peluang.. Yea, kesihatan perlu dijaga jugak kan.. Kalu saya larat, saya ambiklah peluang untuk membuat perkhidmatan urut terapi.. kalu tak, terpaksa dianjak lagi satu hari selepas saya dah okey.. Tapi hari nie satu hari saya tak ambik appointment urut sebab badan memang tak larat... Insha Allah esok dan hari seterusnya saya akan ambik semula job nie... Awak doa2kan kesihatan saya yea.. Saya cuma nak tolong pada sesiapa yang memerlukan pertolongan.. Allah kurniakan saya dengan kurniaan yang besar, iaitu dapat membuang angin di dalam badan seseorang dan adalah menjadi tugas saya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.. Betul tak..?
Oh, ya! Awak jangan lupa tau tunggu keputusan Giveaway Birthday By Starlavenderluna yang akan tamat pada 11.59 malam nie.. Pada sesiapa yang belum sertai GA saya nie, awak boleh klik sini dan mana tau kot2 rezeki awak boleh menang dalam pemilihan GA saya nie kan...
Lupa pulak nak cakap, saya sebenarnya pakai font jenis papyrus.. Sebab tue kalu awak takde font nie, memang akan nampak seperti font biasa jea...
Jaa nee...
Assalamualaikum wbt..
Haa.. Awak ingat lagi tak entri saya yang nie? Ala, pasal drama bersiri kebombaan bertajuk "Hero"..? Ianya akan mula ditayangkan pada 5 September 2016 di TV2 pada jam 9 malam..
So pada yang sapa2 yang minat pada pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Anne Ngasri, Rushdi Ramli, Tiz Zaqyah dan Fezrul Khan bolehlah menonton siri nie..
Alhamdulillah, sekurang2nya ada jugak penerbit yang sudi menerbitkan drama mengenai anggota bomba, yealah.., kebanyakan kita semua tahu tugas utama anggota bomba adalah memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa lemas atau kemalangan, tapi sebenarnya skop bidang kebombaan nie terlalu luas...
Melalui drama nie jugak memaparkan bagaimana anggota bomba bersiap siaga demi kesejahteraan rakyat, sedia berkorban demi menyelamatkan nyawa dan harta benda...
Melalui drama nie jugak memaparkan bagaimana anggota bomba bersiap siaga demi kesejahteraan rakyat, sedia berkorban demi menyelamatkan nyawa dan harta benda...
Jom kita ramai2 tengok drama bersiri kebombaan nie..

Awak rasa sukar tak untuk mengimbangi peranan yang berbeza dalam kehidupan seharian? Jika jawapan awak adalah ya, awak tak bersendirian sebab menurut kajian dari negara Kanada melaporkan 'beban' ini terhasil daripada tekanan berkaitan dengan kerja, rumah, keluarga, rakan-rakan, kesihatan fizikal dan lain-lain..
Okey, hari nie kita cuba jawab soalan kuiz di bawah bagi nak tahu jika awak berada dalam keseimbangan atau tidak..
1) Saya rasa seperti tidak mempunyai kawalan langsung dalam kehidupan dan kerja saya.
2) Saya kerap menikmati hobi dan aktiviti luar waktu kerja.
3) Saya rasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa melakukan semua yang saya mahukan.
4) Saya sering berasa cemas atau kecewa dengan apa yang berlaku di tempat kerja.
5) Saya mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan masa bersama dengan orang yang disayangi.
6) Apabila berada di rumah, saya rasa tenang dan selesa.
7) Saya mempunyai masa untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri pada setiap minggu.
8) Pada kebanyakan hari, saya berasa terharu dan amat komited.
9) Saya jarang hilang sabar semasa di tempat kerja.
10) Saya tidak pernah menggunakan semua hari percutian saya seperti yang diperuntukkan.
11) Saya sering berasa letih walaupun pada permulaan minggu.
12) Biasanya, saya bekerja semasa waktu makan tengah hari.
13) Saya jarang terlepas acara penting melibatkan keluarga kerana kerja.
14) Saya sering berfikir tentang kerja walaupun semasa bercuti atau di rumah.
15) Keluarga sering kecewa kerana masa saya lebih banyak dihabiskan dengan kerja.
Okey, selamat menjawab yea..
Jaa nee..
Subscribe to:
Posts (Atom)




Social Icons